PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, February 26, 2012

LAPORAN TENTANG KES KHALWAT USTAZ PKR BADRUL AMIN.


Laporan Pahang Daily :

KUANTAN, 26 Feb - Susulan kes penangkapan khalwat yang melibatkan tokoh agama dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ustaz Dr.Badrulamin Bahron (foto) di Hotel Swiss Garden yang telah dikecohkan oleh media arus perdana semalam, maka akhirnya pemimpin terbabit tampil membuat penjelasan apakah isu yang sebenarnya terjadi kepada beliau semalam.

Kenyataan itu telah diedarkan kepada media, bagi tidak menimbulkan salah faham dan prasangka buruk semua pihak terhadap beliau.

Menurut Dr.Badrulamin apa yang terjadi semalam adalah satu tindakan terancang pihak-pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan diri beliau."Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini. Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian", katanya.Menurutnya lagi, pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau bagi memaklumkan bahawa dirinya sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan di Hotel Swiss Garden.

6 comments:

Anonymous said...

Memang temurapat pun. Rapat-rapat.

Anonymous said...

Jangan ngaku, Ustaz...!

Lawan Tetap Lawan...

Anonymous said...

dan dlm ramai2 ostad dan pemimpin yg ada dia cari saya,yahooo,tapi kena tngkap pulak.siap dgn laki dia dtg sekali,kenapa laki dia tak bawa ke bilik lain,sebab laki dia dah tahu.

Johan said...

Ustaz ini seorang yang berilmu, sebab itu beliau amat bijaksana dalam menangani apa-apa masalah yang timbul. Kebijaksanaan beliau merangkumi juga ilmu rumah tangga. Beliau masak sangat pasal bab isteri tetapi beliau lupa isteri orang itu ada suami. Lupa bukan bererti dungu...beliau bijak bila beliau memikir masak-masak dalam bilik bagaimana nak bagi tahu orang-orang dungu JAIP. Alah kalau mufti pun boleh beliau maki, nikan pula JAIP. Sebagai seorang yang ada PHD beliau amat arif mengelola masalah kecil seperti ini....beliau kan lebih tinggi darjatnya daripada mufti...saya kira beliau akan terlepas...kata-kata bijaksana udah pun beliau ungkap...'saya diperangkap'... siapa yang perangkap? udah tentu suami perempuan itu yang mungkin ditaja oleh mana-mana mufti kot. Entah apa pula gelaran maki hamun ustaz yang penuh hasad dengki (phd) terhadap JAIP dan Mufti pahang..

Anonymous said...

Alo Oztard, ada berani Sumpah Laknat..rest your case..

Anonymous said...

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED