RECOMMENDED NEWS

Tuesday, February 28, 2012

MELAMPAU ! Ostad PKR Badrul Amin Langgar Batasan Sekali Lagi !!


Jika sebelum ini ostad PKR, Badrul Amin melanggari batasan agama kerana didakwa berkhalwat, sekarang beliau melanggar satu lagi batasan iaitu menghina Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Tuduhan dan penghinaan terhadap jabatan di bawah Sultan Pahang itu telah dimurkai oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah!

Baca di bawah :

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, murka terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrolamin yang ditangkap kerana berkhalwat.

Menurut sumber, Tengku Mahkota Pahang murka kerana pemimpin PKR tersebut menganggap Jabatan Agama Islam Pahang merancang untuk penangkapannya bersama isteri orang yang bernama Watiwani.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Semalam, Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota kerana perbuatan itu berlaku dinegeri Pahang.

Tengku Mahkota juga murka kerana baginda dikaitkan akan membantu Badrolamin dalam kes khalwat.

JAIP pada Sabtu lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang bernama Watiwani di sebuah hotel di Kuantan.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Gazali Abd Aziz menafikan dakwaan Badrulamin bahwa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita itu sendiri yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain - Rapat Setia On-line

3 komentar:

Anonymous said...

Ini semua adalah perangkap, perbuatan jahat BN/Umno. Mereka merancang semua ini sebagaimana yang mereka buat untuk memerangkap Anwar. Jika tak percaya, sila buka link di bawah. Gambar ini jelas menunjukkan bahawa ANwar telah diperangkap di dalam kes Saiful. Gambarajah perangkap akhirnya terbongkar!

http://www0.xup.in/exec/ximg.php?fid=14521087

hidup pakatan!

Anonymous said...

Kpd sdra Anonymous 12:16am...

Ini bukan perangkap siapa2. Ini kuasa dan takdir Allah utk menunjukkan mana benar mana salah. Walaupun masih belum habis siasat, ustaz dah nak resign... Kononnya tak nak melibatkan parti. Boleh blah!!! Kalau dah salah dan terang-terangan pulak tu, kau takkan terlepas punya. Baik taubat cepat.... Menyampah aku dgn orang macam ni yg pura2 alim.
Hidup JAIP...

Anonymous said...

perangkap?

kalau begitu, memang pemimpin2 pakatan amat bodoh sebab jatuh perangkap. kalau terperangkap tak buat keji takpela jugak..ini terperangkap main china doll..yg sorang pulak terperangkap buat kaunseling jam 3pagi di bilik hotel bertiga2an dgn seorang budak yg belum mumaiyiz..

apecer???
bangang punya penyokong pakatan!

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

ALTERNATIVE BLOGS

Blog Archive