RECOMMENDED NEWS

Saturday, February 25, 2012

MUTAKHIR : Restu Hadi Awang Presiden PAS Lebih Murah Daripada 1 Sen ?


Sebelim ini MiM telah menulis pendirian Azizan Razak PAS, MB Kedah yang pernah berkata bahawa beliau tidak percaya kepada exco kerajaan beliau sendiri!

MiM juga mendedahkan bahwa Hadi Awang sendiri 'takut' kepada pakcik rabun berkahwin dua tapi sudah 'tidak boleh kayuh basikal' itu! BACA SINI

Metafor dan kenyataan di atas ada seperti ada kebenarannya apabila Azizan Razak menunjukkan kuasa beliau sebagai MB Kedah. Baca laporan di bawah :
ALOR SETAR 25 Feb. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidang kuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.

"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata, senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini. — BERNAMA.
Memang benar Azizan Razak mempunyai kuasa eksekutif di Kedah tetapi kenyataan 'hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS' merupakan satu kenyataan yang sangat keras dan seolah-olah memperkecil-kecilkan Hadi Awang.

Sebagai veteran politik, Azizan Razak sepatutnya turut menjaga kredibiliti Hadi Awang dengan mengeluarkan kenyataan yang lebih selamat seperri 'saya turut mendapatkan pandangan Hadi Awang memandangkan beliau adalah Presiden parti saya'. Bagi mukalah kepada Hadi Awang itu!

Dek kenyataan tegas Azizan Razak itu, Hadi Awang dilihat sebagai pemimpin tertinggi PAS yang tiada taring dan tidak mampu melakukan apa-apa pun bila merujuk kepada isu Azizan Razak.

TETAPI Azizan Razak mungkin lupa bahawa kewujudan beliau menjadi calon dan bertanding di Kedah adalah di atas ehsan serta sokongan Presiden PAS. Malah, beliau boleh hilang kerusi MB jika Presiden PAS mahukan beliau dinyahkan daripada jawatan beliau itu.

Akal logik mengatakan bahawa Hadi Awang mampu berbuat demikian memandangkan beliau adalah Presiden PAS. Azizan Razak hanya orang bawahan beliau sahaja di dalam parti tersebut!

Persoalan besar, apakah Hadi Awang tidak rasa tercabar dengan kenyataan 'Hadi Awang tak perlu dirujuk' oleh Azizan Razak itu?

Takkan Hadi Awang monyok diam diri sahaja setelah diperkecil-kecilkan oleh orang bawahan beliau?

0 komentar:

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

ALTERNATIVE BLOGS

Blog Archive