
Tajuk artikel ini sudah tentu menyebabkan pro-pembangkang meroyan seronok kerana ada satu lagi 'pendedahan' yang boleh digunakan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap keceluparan mulut Anwar Ibrahim yang menyokong negara Israel.
Tun M memang pernah menulis surat kepada 2 Perdana Menteri Israel tetapi perincian di dalam surat itu sudah pasti menyebabkan pro-pembangkang sangat kecewa.
Isi kandungannya menyatakan pendirian tegas Tun M tidak akan mengadakan hubungan diplomatik.
Sila baca di bawah :
Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.Selain daripada itu,
Namun, menurut Dr. Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
"Ia benar. Saya terima surat daripada Netanyahu dan Ehud Barak dan saya jawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.
"Bila dia (Netanyahu dan Ehud) jadi Perdana Menteri, harapan dia kita di Malaysia yang tidak ada hubungan dengan Israel akan ubah pendirian dan adakan hubungan dengan Israel. Saya kata tidak mungkin selagi dia (Israel) ganas macam itu," katanya- Utusan.
Dan jika kita lihat perkembangan tentang konflik Israel-Palestin ini, tidak mungkin Israel akan berlembut dan 'tidak ganas'. Tidak mungkin Malaysia akan mengiktiraf Israel seperti yang dikatakan oleh Tun M.Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong segala usaha memastikan keselamatan Israel, Mahathir berkata, tiada sebab untuk negara menyokong Israel.
Katanya, Israel mempunyai pendekatan yang amat ganas iaitu lebih ganas daripada pengganas dalam tindakan untuk mempertahankan keselamatan negara tersebut.
Tambah beliau, Israel juga tidak mempedulikan segala undang-undang antarabangsa dan ia dapat dilihat daripada tindakan rejim Zionis itu mengebom Iraq dan Mesir sebelum peperangan dan pembunuhan sembilan aktivis Turki di atas kapal 'The Spirit of Rachel Corrie' di perairan antarabangsa.
MiM percaya Tun M tahu sangat tentang sikap pemimpin Israel memandangkan Tun M merupakan salah satu pemimpin Islam dunia yang sangat vokal mempertahankan hak rakyat Palestin.
Allahyarham Yaseer Arafat, Father of Palestine, turut mengakui sumbangan besar Tun M.
Bacaan seterusnya : Klik : Anwar Berjaya Malukan Tun M.
Yang terbaru ialah perjanjian perkongsian kerajaan perpaduan Hamas-Fatah terpaksa ditangguhkan.
AFP melaporkan bahawa Hamas berkeras mahu menghalang suruhanjaya pilihan raya daripada mendaftar nama pengundi di Gaza.
Hamas masih belum mengumumkan persetujuan rasmi untuk membentuk kerajaan yang mampu mengakhiri perbalahan dengan Fatah!
Malah, PM Gaza Hamas sendiri mengaku tidak mungkin akan menyokong negara Israel! Baca Sini
p/s : Sekarang sudah ada ahli politik pembangkang hingusan yang berlagak pandai tentang hubungan Malaysia, Palestin dan Israel. Pathetic!

3 komentar:
Berok mak yeh keluarkan lah surat yang mamak tongkang hantar kat pm israel tu yang siap memuji dan siap untuk berjumpa pulak tu,seperti didalam blog anak sungai derhaka tu tunjuk kat ahli2 umgok yang bahalol2 macam kamu ni
anon beruk kat atas.
yang mamat anuwaq secara jelas sebut dalam kenyataan WSJ dia tak mau plak kamu percaya.bole search sendiri kat web dia
yang bab surat mahathir ni laju je nak suruh keluarkan.
eh lembu btui sekor sekor
hey beruk Pakatan ! balaci DAP dan kuncu2 nya.. ko patut bising dgn isu Bang Nuar mengeluarkan kenyataan tentang sokongan terhadap israel ... dengan jelas dan nyata lagi bukti . sampai skunk Bang Nuar diamkan diri! memang betul penjilat tegar lah ko nie!! ko spin2 kasi tutup je.. mmg bahalol2 juga Puak Bang Nuar nie !
Post a Comment