Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap kroni tegar Lim Kit Siang semakin panik. Skandal bilion ringgit wang rakyat Bayan Mutiara semakin dilomdehkan!
Banyak persoalan dan fakta dipersoalkan. MiM pasti kroni Lim Kit Siang itu akan zip mulut tidak mahu menjawab fakta di bawah :
Pemuda berpendapat pengswastaan bayan mutiara adalah satu pengkhianatan kepada rakyat pp berdasarkan fakta2 berikut:
1.pelan pembangunan asal bayan mutiara telah direkabentuk oleh PDC Properties sb dan PDC Consultancy sb yang rata2nya adalah rakyat pulau pinang dan sebahagian besar daripada mereka adalah golongan profesional dan mempunyai pengalaman serta kepakaran yg amat baik berbanding dengan pemaju swasta yg dilantik.
2.pelan kebenaran merancang keseluruhan bayan mutiara telah diluluskan pada 2008/2009 yang mana kepakaran perunding yang digunakan adalah daripada PDC Properties dan PDC Consultancy.Malahan pelan bangunan bagi 1 blok kondominium telah lulus.Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara juga mengandungi 5 blok kondominium,kawasan komersial,tapak sekolah dan tapak masjid.
3.Disamping kepakaran dan pengalaman PDC Properties dan PDC Consultancy,kerja2 pembinaan juga boleh dilaksanakan oleh PDC Nusabina yang juga merupakan anak syarikat PDC yang amat berpengalaman dalam melaksanakan pembangunan2 PDC selama ini.
4.Semua hasil kerja dan kepakaran yang ducurahkan oleh PDC Properties dan PDC Consultancy telah musnah sebegitu sahaja apabila keseluruhan pembangunan diberikan Tropicana Ivory SB yakni syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corporation Bhd.
5.tidakkah lge nampak bahawa semua kepakaran yang akan terlibat dalam pembinaan projek pembangunan ini tidaka akan mendatangkan keuntungan kepada PDC dan tidak akan ada penambaikan pengalaman dan kepakaran kepada kakitangan profesional PDC.
6.Tahukah lge jika nilai pembangunan kasar(gdv) bayan mutiara adalah 10 billion,maka Pemaju akan membuat keuntungan sekurang kurangnya 30% yakni 3 billion.Pada hakikatnya kerajaan negeri telah RUGI sebanyak rm2 billion apabila hanya mendapat keuntungan 1 billion sahaja,itupun setelah 5 tahun.
7.Keuntungan sekurang2nya sebanyak 3billion boleh diperolehi sendiri oleh PDC jika pembangunannya dilaksanakan sendiri oleh PDC memandangkan Pelan Pembangunannya telah lulus.
8.Bolehkah lge mendesak pemaju ivory untuk melantik PDC Properties dan PDC Consultancy sebagai Perunding bagi keseluruhan projek ini.Bolehkah lge mendesak ivory untuk melantik PDC Nusabina sebagai kontraktor bagi keseluruhan projek itu.

2 komentar:
Pade Wak, soal bongkar membongkar ni memang patut di buat, di bongkar hal PR banyak yang tak baik nye, kalau terbongkar pula hal2 pemimpin BN maka lagi bertambah2 besar hal yang tak baik nye.
Melancung ke Italy...dan imbuhan hadiah Unit Condominium untuk anak beranak...akan terbongkar...!!!
Post a Comment