RECOMMENDED NEWS

Wednesday, February 29, 2012

TERBARU : Anwar Ibrahim Terlibat Dalam Kes Khalwat Badrul Amin?


Memang ada benarnya. Dek kes khalwat Ustaz PKR Badrul Amin, Anwar Ibrahim mampu 'bernafas semula' setelah dikritik hebat akibat kenyataan beliau menyokong keselamatan negara Israel.

Anwar Ibrahim bukan sahaja dikecam oleh parti lawan tetapi rakan-rakan politik termasuk media alternatif mereka.

Malah, wakil Palestin turut menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap Anwar Ibrahim. Pelbagai alasan dan putar belit yang digunakan untuk menutup malu Anwar Ibrahim. Daripada penafian, memperalat-alatkan Ulama Yusuf Al-Qardawi dan pelbagai lagi.

Yang terakhir kita dengar ialah kenyataan Nik Aziz selepas berjumpa dengan Anwar Ibrahim. Nik Aziz memberikan jawapan yang sudah diramalkan sebelum mereka berjumpa iaitu 'terpulang kepada Anwar Ibrahim'.

Jika jawapannya 'terpulang kepada kepada Anwar Ibrahim', maka tindakan Majlis Syura PAS yang 'berpendirian tegas' mengecam kenyataan Anwar Ibrahim hanya sekadar gimik politik murahan yang amat memualkan. Baca Sini

Walaubagaimana pun, kes Israel tersebut tergantung tanpa respons dari Majlis Syura apabila kes khalwat Badrul Amin meletup di dalam media. Jika sebelum ini isu Israel, sekarang skandal khalwat ustaz PKR Badrul Amin menjadi perbualan hangat orang ramai.

Saban hari kita berbicara tentang khalwat Badrul Amin. Ianya menjadi lebih hangat apabila Badrul Amin menimbulkan pelbagai keraguan yang menambahkan banyak persoalan tentang kejujuran beliau.

Lebih-lebih lagi apabila beliau dengan mudah menuduh parti lawan yang 'memerangkap' atau pun kononnya dibelasah oleh suami si isteri dan 20 orang. Tetapi semasa membuat sidang akhbar selepas keluar bangunag JAIP, ustaz PKR mulut celupar itu nampak biasa sahaja.

Segala keraguan, persoalan, persepsi dan versi cerita ustaz PKR itu telah berjaya menenggelamkan isu Anwar Ibrahim dan negara Israel. Kehangatan isu negara Israel menjadi sejuk dan hilang begitu sahaja tanpa perlu lagi dipertahankan oleh jentera parti pembangkang.

Sebelum ini mereka meroyan cuba menghalalkan pengikitrafan Anwar kepada negara Israel dengan kononnya berjaya menggaitkan kerajaan dengan Israel tetapi backfired dan memalukan mereka balik.

Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim tidak perlu lagi membuat sebarang kenyataan tentang negara Israel kerana jika terus didesak, beliau mungkin slipped of the tongue atau terlajak cakap hingga terpaksa 'menghadap' rakan-rakan zionis beliau untuk memperjelaskan isu atau 'meminta maaf'.

Anwar Ibrahim dapat menarik nafas yang panjang dan sangat lega dek kes khalwat tersebut.


Seriously, Anwar Ibrahim patut berterima kasih kepada ustaz PKR!

Maka timbul satu persoalan besar, jika kes khalwat Badrul Amin berhasil menutup kes 'Anwar dan sokongan kepada negara Israel' dengan jayanya, maka timbul satu persepsi yang mengatakan bahwa kes khalwat ini adalah konspirasi Anwar dan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu negara Israel?

Yang manambahkeraguan rakyat ialah kes khalwat itu terjadi semasa retreat kepimpinan PKR. Sudah pasti terdapat ramai kepimpinan PKR di sana dan berlaku brainstorming dan strategi politik. Mungkin salah satu topiknya ialah 'bagaimana untuk divert isu kenyataan Anwar tentang negara Israel'?

Menarik! Bacaan seterusnya : Klik Sini

7 komentar:

Anonymous said...

Salam semua;
Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

Anonymous said...

say if this story is true abt DSAI plotting to sacrifice one of PKR's top leaders only to divert the society's attention from focusing on the main concerns regarding DSAI's strong support towards Israel, then i must say that this information and psychological warfare has worked to some extent, but nevertheless, may the truth be unfolded.

Reverse Gear said...

possible. tapi ingatkan Anwar gunakan isu perhimpunan Hijau utk divert isu. tapi efek perhimpunan yang kurang membrangsangkan membuatkan "plan B" terpaksa dilaksanakan. B = Badrul?

Anonymous said...

yang pasti, aku takkan percaya pada PKR lagi.

Anonymous said...

kalau pun bawak 20 orang, apa salahnya... kalau betui dia khalwat, memang ada hak untuk laki tu pukui...laki tu bayaq mahar, hantaran, bukan utk orang lain rasa... mungkin had ni 1 konspirasi, atau pun mungkin dah benda tu nak jadi... sebelum apa2,mohon pihak tertentu siasat betui..takut jadi dosa besaq..jangan disebabkan politik, semua benda nak dihalalkan...

Anonymous said...

al-jubury memang pakar dalam strategi "the ultimate defection"

kalau tak masakan ex-KPN boleh tumbuk mata dia dulu dan seterusnya dijadikan modal utk meraih simpati rakyat

Anonymous said...

kalu aku x-kpn yg tumbuk dia dulu, skang nih aku da senyum pueh sbb aku da tumbuk dia..dgn kelaku yg dia dok wat skrg nih lebih drp penyepak patut dpt

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

ALTERNATIVE BLOGS

Blog Archive