RECOMMENDED NEWS

Monday, February 13, 2012

Tun Dr Mahathir Bidas & Jawab Fitnah Terbaru!!


KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Namun begitu, Dr Mahathir (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.

“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.

“Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.

Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian,  Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

“Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi - MI

8 komentar:

Anonymous said...

Itulah kehebatan Tun akan berhadapan dengan mana-mana malaun yang sebarkan fitnah , teringat zaman pemerintahan beliau , kita tak perlu baca blog untuk cari jawapan TAPI hanya perlu kenyataan dan jawapan beliau yang direct berani dan benar !!!

Anonymous said...

Sial sunggoh Mamak tongkang ni ada ke dia yang kata Agong Yang tak mahu Tun salleh Abas hoi mamak bahalol bukan kah kamu yang suroh agong sain surat tu memang dasar sial kerturunan gampang ni

Anonymous said...

Zaidin..., bertandinglah sebagai calon dalam PRU13 nanti. Bila dah jadi Ahli Parlimen, bawalah isu ni dalam Parlimen. Stop the blaming game. Kamu pun layak untuk bertanding. As a learned judge, tentu ramai penyokong dan kemenangan pasti terjamin.

Anonymous said...

Anon 6.44pm
kalau sesiapa yang tahu kedegilan salleh abas yang menyebabkan Agong murka..mungkin kamu tidak tergamak mendapat dosa kering kerana maki Tun M.
lain kali bacalah dari banyak sumber...

Cheguman said...

Orang kedua yg komen di atas dah baca buku Tun Saleh Abas? Di dalamnya terdapat pengakuan Tun Saleh Abas sendiri bahawa beliau berkrisis dgn Agong kerana masalah peribadi. Lihat salinan surat TunSaleh Abas yang mengadu terganggu dengan bunyi bising akibat kerja pengubahsuaian istana ketika itu.

Tun Saleh tak sedar surat tersebut amat menyinggung perasaan Agong dan menyangka Tun M punca dipecat.

Anonymous said...

Yang berkuasa memecat adalah YDP Agong...salah ker kenyataan Tun..yang anon 6:44 bangang sangat ngaper...ada brani tunjuk diri sebenarla...aku nak tau gak sapanya org yg kononnya brani sgt nie...sekurang-kurangnya TM banyak jasanya banding ngan ko...berok...

Anonymous said...

Salam Dr. Tolong buangkan komen saya sebelum ini kerana saya tidak menemui bukti berkenaan dakwaan saya itu.

Terima kasih.

Anonymous said...

apakah jasa anom 6:16 kepada negara malaysia. aku rasa jasa pengutip sampah pun lebih banyak dari anom 616. apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan jasa tun M. mungkin tun pernah melakukan 1 atau dua kesilapan kerana kita manusia tidak dapat lari dari kesilapan, we born to makes a mistakes. tetapi bandingkan jasanya dengan jasa anda dan kemudian jika anda merasa jasa anda lebih banyak dari jasa tun M. kutuklah tun M sebanyak-banyaknya. tetapi bagi aku jasa tun M amat banyak kepada rakyat malaysia, melalui ketegasannya malaysia menginjak maju, semasa kereta proton dibina, jambatan penang dibuat tun M dikeji olih puak hangpa, tetapi kini kedua-duanya puak hangpa dok guna dan memang dasar hang pa tak tahu malu. kalaulah pak lah teruskan pembinaan jambatan bengkok negara malaysia akan bertambah maju dan makmur kerana pandangan tun m yang jauh lebih terkehadapan berbanding dengan anom 6:16.

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

ALTERNATIVE BLOGS

Blog Archive