RECOMMENDED NEWS

Monday, March 05, 2012

DAP & PKR Mati Akal Dengan Video Hadi Awang PAS...

Isu DAP dan PKR yang mengipas serta mengelirukan segelintir rakyat tentang isu Lynas memang amat memualkan.

Yang lebih memualkan ialah tindakan pemimpin mereka seperti Lim Guan Eng yang sengaja membakar hadirin yang hadir semasa Himpunan Hijau di Pulau Pinang tetapi bukannya pakar-pakar saintis yang bertauliah dan sangat mahir tentang isu Lynas.

DAP terpekik terlolong tanpa penjelasan yang sebenarnya tentang isu tersebut. Yang paling asas sekali ialah projek Lynas bukan satu logi nuklear seperti yang diterangkan oleh pakar.

Malah, hadirin yang datang dalam perhimpunan itu berfikiran mereka sedang berdemo untuk membantah pembinaan loji nuklear padahal tanggapan mereka itu salah sama sekali.

Siapa yang tidak terdetik untuk turut sama berdemo Himpunan Hijau jika isunya ialah loji nuklear dan itulah yang disebarkan kepada orang ramai sehinggakan ada yang terbeli dengan putar belit DAP dan PKR.

Malah Hadi Awang, Presiden PAS sendiri telah mengaku peri pentingnya bertanya pakar dan bukannya seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng DAP.

Lihat di bawah :


Video : Hadi Awang dan kenyataan pakar.

Jika pakar sudah mengesahkan validity projek Lynas dan merujuk kepada video di atas, ianya secara langsung bermaksud Hadi Awang menyokong projek Lynas.

Tetapi dalam masa yang sama, kita terfikir sama ada DAP sengaja memperlekeh-lekehkan pakar-pakar Melayu termasuk ADUN parti PAS?

Apa Lim Guan Eng DAP bagus sangatkah selain daripada bergelumang dengan skandal bilion ringgit wang rakyat?

6 komentar:

Anonymous said...

terima kasih dan syabas kepada Dr.Che Rosli Che Mat dan Prof.Dr. Ahmad Termizi kerana berdiri diatas kebenaran dan insyaAllah tuan akan mendapat ganjaran keberkatan daripada ilmu yang dianugerahkan oleh Allah dalam memunafaatkan kepada kefahaman umum. Terima kasih kpd Tn HjHadi, ternyata masih ada sinar dihati tuan utk membuka kebenaran. Mereka yang memesongkan kebenaran Lynas semata2 untuk kepentingan diri, terutama bila menjadikan kejahilan mereka sebagai fitnah,sudah pasti faham kutukan Allah balasannya.

Anonymous said...

Siapa yang jadi pembelit dalam posting ini? MIM (Melayu Iblis Malaysia) yang belit. Anda bacalah betul-betul. Tibaiannya tu tak ada lain tujuannya, selain nak kelirukan khalayak. Orang macam ni akan terima juga balasannya nanti. Janji Allah tetap dan kekal.

Ahmad Shukri Mokhtar said...

Hadi dah nampak jalan utk bergabung dgn kebenaran tetapi disanggah oleh SiBABI AnuWar, N.AJIS pun memang pemakan bangkai memang dah buta hati utk mendapat hidayah ALLAH utk melihat kebenaran hanya pentingkan hasad dengkinya kepada UMNO,.

Anonymous said...

Anonymous says:
March 5, 2012 8:42 PM

Jangan guna komputer & handphone, jangan tengok tv - ada berganda radiasi lagi tinggi dari Lynas.

Wah...confident sungguh menghukum

fames said...

di negara cina sendiri dah ada kilang seperti lynas beroperasi tahun lepas. pandai pulak cina dap ni tak ambil jadikan contoh. cuba kalau memihak kepada depa, dan2 akan ambil contoh dari luar negara. khalifah taik minyak, penipu dan bersandiwara.

oik65 said...

Kalium klorida yang kita import dalam jutaan tan setiap tahun untuk dimakan dan dijadikan baja jauh lebih radioaktif dari sisa Lynas. Harap dapat rujuk blog saya untuk maklumat lanjut - http://oik65.wordpress.com/2012/03/05/lynas/

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

ALTERNATIVE BLOGS

Blog Archive