
Metafor mudah, jika anda menghantar SMS kepada Badrul Amin, apakah anda mengiktiraf atau merestui 'kaunseling dengan isteri orang 2 pagi' walau pun kandungan SMS itu adalah nasihat supaya tidak dilakukan dosa tersebut?
Sudah tentu tidak iktiraf. Kita tidak boleh hanya berdasarkan kepada menghantar SMS sahaja tetapi niat penghantar SMS mesti merujuk kepada kandungan SMS tersebut.
Tetapi metafor yang sangat simplistik hingga budak sekolah rendah pun tahu itu sangat sukar untuk difaham pemimpin PAS yang tugasnya menjadi Ketua Penerangan PAS iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man.
Anda baca dulu kenyataan kurang cerdik pemimpin PAS itu :
Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel adalah bukti pengiktirafan kerajaan BN terhadap negara rejim Yahudi itu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Menghantar surat rasmi maksudnya mengiktiraf kewujudan negara Israel?
“Jika tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, mengapa perlu menghantar surat rasmi kepada negara Yahudi tersebut?
“Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel merupakan satu pengiktirafan terhadap negara haram Yahudi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau mengulas tindakan kerajaan menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat Dr Mahathir kepada tiga perdana menteri Israel. seterusnya
Kenyataan di atas merupakan salah satu kenyataan paling bodoh yang pernah keluar daripada mulut pemimpin tertinggi PAS! Bukan sahaja bodoh tetapi jelas menunjukkan kurang cerdiknya Ketua Penerangan PAS Pusat yang buta mata dan buta hati tidak mahu tahu kandungan surat rasmi yang sangat jelas menunjukkan ketegasan negara Malaysia mempertahankan hak dan kedaulatan negara Palestin.
Di dalam surat tersebut, Tun M mewakili seluruh rakyat Malaysia telah menasihatkan kepimpinan tertinggi Israel supaya tunduk kepada desakan antarabangsa dan yang penting sekali ialah berperikemanusiaan dan sebagainya.
Tindakan Tun Mahathir itu menulis kepada Perdana Menteri Israel merupakan satu tuntutan sebagai pemimpin Islam untuk menegur Israel dan mempertahankan saudara Islam di Palestin.
Tun Mahathir telah menjalankan amanah beliau untuk menegur Israel melalui surat-surat tersebut.
Maka, amat naif dan bertambah rendah nilai maruah seseorang pemimpin Islam seperti Tuan Ibrahim PAS untuk mempertikaikan niat kerajaan Malaysia menghantar surat tersebut. Tun Mahathir merupakan segelintir pemimpin Islam dunia yang sangat vokal dan tegas memperjuangkan kedaulatan negara Palestin.
Malah sumbangan besar tersebut turut diiktiraf oleh Allahyarham Yaseer Arafat yang juga dikenali sebagai 'The Father Of Palestine'. Baca Sini
Makanya, kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat atau sesiapa sahaja yang mahu mempertikaikan sumbangan Tun Mahathir kepada Palestine, MiM sarankan supaya cermin diri dulu dan kemudiannya cermin diri itu sekali lagi dan begitu seterusnya sebelum bercakap memperbodoh-bodohkan diri itu.
Seterusnya : Klik Respons Anwar Terhadap Surat Tun M..

7 komentar:
kalau x bodoh bukan pas namanyaaaa....
Sallam.....
saya ingat saya seorang jer yang berfikir macam saudara....buat malu orang pahang jer...
sebab tu aku campak je akhbar harakah yg adik aku bawa balik. Hampas betul isi kadungannya...Cakap asal cakap, tak tahu yg dicakap tu menunjukkan kebodohan sendiri...
Anis
ala..kenyataan bodoh untuk dapat perhatian dari anwar...diaorang ni semua nya bodoh bodoh belaka.
setuju...BODOH itu PAS!!!
salam semua... sebenarnya bukan Tun hantar surat kpd ketiga2 PM israel tu...
3 PM israel yg hantar surat kepada tun sbg PM Msia mohon adakan kerjasama dagangan dan diplomatik. 3 surat yg didedahkan media itu hanyalah surat balasan atau jawapan oleh tun M kepada mereka. Itulah hakikatnya. Baca betul2...
Bebalisme tahap gaban..aduiilah punya sengal..asal tulis surat kita sokongkah?abis tu kalau tulis surat bantahan pun tak boleh...lawaknya pemimpin PASshit ni!
Post a Comment