RECOMMENDED NEWS

Saturday, March 03, 2012

PANAS! Angan-angan Terpendam Mahfuz Omar.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.

Sebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang.

"Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ.

"Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh.Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Azizan kini berdepan dengan 'kemelut' dalam pentadbirannya susulan dua exco kanan - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - enggan mengangkat sumpah bagi menyambung semula tugas sebagai exco.Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata beliau tidak ada niat untuk bertanding kerusi DUN walaupun ada cadangan di kawasannya supaya beliau berbuat demikian.

"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak... Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar.

4 komentar:

Anonymous said...

cakap boleh la tp dalam hati membuak2 nak jadi MB dan ahli parlimen byk faedah akan dapat..lgpun mahfuz nie semua pakar...pakar ekonomi,politik,sains dsbnya dan elok dilantik jd menteri besar pasti negeri tu maju kebelakang

PenganutPAS said...

Mahfuz adalah salah seorang calon paling kaliber , profesional , berkeupayaan , berkemahiran dan kepakaran tadbir yang boleh diketengahkan oleh PAS . Sebagai bekas penjaga setor airport Bayan Lepas dan berkelulusan SRP , Mahfuz yang pandai cakap tapi tak tahu buat keje , adalah calon yang sesuai untuk melingkupkan negara.

Dosa Azizan yang paling besar adalah cadangan beliau supaya pusat hiburan di Kedah berhenti beroperasi di bulan Ramadhan. Dosa tu nampaknya tidak diampunkan oleh PAS kerana telah mengguris hati kalangan parti pakatan . Bila timbul isu KUIN , balasan terhadap dosa Azizan yang lalu hendak dilaksanakan oleh golongan Islam Liberal seperti Mahfuz . Bak kata pepatah , habis madu jadi lah Azizan hampas yang dibuang .

Mana mungkin seorang yang berpelajaran tinggi dan telah memimpin akar umbi PAS Kedah ke tahap yang ada sekarang di canang sebagai seorang pentadbir yang tidak cekap ?? Seorang Menteri Besar yang lemah dan tidak berprinsip .

Yang pasti roh memartabatkan Islam terlalu banyak menyebelahi Azizan berbanding dengan Mahfuz . Secara fizikal pun boleh nampak , wajah Azizan lebih bercahaya dari Mahfuz . Bagi Mahfuz yang lebih bercahaya adalah rambut beliau !!!!

Anonymous said...

kempen selamatkan perkara 153 perlembagaan malaysia.
sejak akhir-akhir ini perkara 153 perlembagaan malaysia dengan beraninya telah dicabar dan disentuh samada secara lansung atau tidak lansung olih parti ultra kasiu dap dan perkara ini tidak selamat untuk keamanan malaysia dan perkara 153 itu sendiri.
mengapa ini tidak terjadi?
ada beberapa jawapannya. tetapi aku hanya mahu membincangkan jawapan tentang kegagalan bangsa melayu memahami dan membuat tindakan yang selaras dengan undang-undang dan memahami bagaimana undang-undang itu ditafsirkan. aku ambil satu contoh iaitu suatu kes yang mana karpal singh yang telah dituduh di bawah akta hasutan tetapi pihak pendakwa gagal membuktikan adanya. Ini disebabkan dalam kes itu mahkamah tidak melihat bukti wujudnya kegusaran orang melayu di atas perkataan yang dibuat olih karpal singh kerana tiadanya tindakan olih bangsa melayu bagi menyatakan kegusaran terhadap perkataan kapal singh itu. kita kena ingat dalam setiap perbicaraan mahkamah mahu melihat sesuatu kes itu mempunyai keterangan dan bukti yang kukuh. dalam kes itu ketiadaan report polis, tiadanya bantahan seperti demontrasi secara aman atau memerondum kepada karpal singh, dap dan kerajaan malaysia menyebabkan pihak mahkamah melihat tiada unsur hasutan kerana tiada reaksi atau kesan secara lansung yang diberi olih bangsa melayu. maknanya di sini bangsa melayu kena bangkit mempertahankan perkara 153 perlembagaan malaysia itu. dan kebangkitan itu hendaklah dengan bijaksana dan selaras dengan kehendak undang-undang, janganlah bangkit seperti jebat derhaka kerana akhirnya kesalahan jebat derhaka adalah membuat onar maka mempertahankan tuah telah menjadi tidak releven.
jika sesiapa melihat, mendengar dan merasakan sesuatu yang telah diperkatakan dan dibuat olih pihak dap yang mana ianya mempunyai unsur menghasut dan mempersoalkan perkara 153 perlembagaan malaysia, dengan segala takzimnya anda diminta membuat perkara berikut :-
1. membuat report polis - sebanyak mungkin report berkenaan lagi baik. keberkesanan report polis ini terbukti dalam kes lgbt gagal dalam permohonanya membuat demontrasi kebebasan seksual kerana adanya report polis olih pelbagai pihak yang menyatakan kegusaran mereka terhadap implikasi tindakan lgbt tersebut. moralnya kita kena menyatakan bantahan kita selaras dengan kehendak undang-undang dan sebagaimana peruntukan undang-undang itu sendiri. undang-undang tidak akan membantu kita sekiranya kita bertindak diluar batas undang-undang walaupun perbuatan itu pada pandangan kita adalah benar.
2. membuat bantahan contohnya demontrasi aman - akta perhimpunan aman telah diluluskan, gunakanlah akta ini sebijak dan sebaik mungkin. kita lihat bagaimana pihak pembankang mengimpimentasikan akta ini dengan berkesan. cuma aku nasihatkan agar memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat demontrasi atau perhimpunan awam.
3. membuat memorandum dan menyerahkan memorondum kepada raja-raja, ydpa, pm dan kepada parti politik yang menimbulkan sesuatu isu yang berbau atau berunsur mempersoalkan perkara 153 perlembagaan malaysia.
ayuh perkasa dan semua pertubuhan melayu jangan mendiamkan diri kerana menurut bidalan lama orang melayu "diam ertinya bersetuju" yang mana dalam konteks ini diam anda apabila perkara 153 perlembagaan malaysia dipersoalkan makanya anda bersetuju dengan mereka yang mempersoalkannya. jangan jadi majoriti senyap kerana senyap membuatkan mahkamah melihat tiada unsur hasutan, sebagai rakyat malaysia kita hendaklah bertindak selaras dengan kehendak undang-undang dan bagaimana undang-undang itu ditafsirkan olih mahkamah. dan jangan juga menggunakan perkataan tidak senonoh seperti bodoh, anjing, babi dan lainnya serta perkataan menghina seperti .... balik kampung/negara dan sebagainya. bijak dan berhematlah dalam menyatakan hak dan perasaan anda.

Anonymous said...

Bro Dr. , apa kata kita layan mahfuz si naib presiden pas ni debat dgn salah sorg naib presiden atau sap[ae je dlm umno? debat isu taja jati. londehkan kebodohan si mr bean ni...

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

ALTERNATIVE BLOGS

Blog Archive