RECOMMENDED NEWS

Friday, March 02, 2012

TERBARU : Ada Pihak Ketiga Ketika Badrul Amin Bersama Isteri Orang Jam 3 Pagi?



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan apa yang terjadi kepada pemimpin kanan PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat baru-baru ini, haruslah diserahkan kepada Mahkamah untuk memutuskannya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan sewaktu menyampaikan satu ceramah agama di Ibu Negara.

"Dari segi prinsip, masyarakat tidak boleh membuat pelbagai persepsi buruk terhadap pemimpin PKR tersebut walaupun tuan tubuh mengaku bersama-sama perempuan terbabit pada pukul 2 pagi..," kata Fathul Bari.

Walaubagaimanapun, Fathul Bari menegaskan bahawa tidak boleh untuk berdua-duaan dengan perempuan bukan muhrim biarpun dengan alasan untuk membuat kaunseling.

"Walaupun tuan tubuh (Badrulamin) menyebut hendak consult (memberi kaunseling), tapi consult tak sesuailah pada waktu tersebut.., waktu jam 2 pagi tu semua."

"Nak consult dengan perempuan dalam bilik pun tak boleh.., tidaklah bersendirian seseorang itu dengan wanita yang bukan mahramnya kecuali syaitan menjadi pihak ketiga..," ujar beliau.

Fathul Bari juga menasihatkan agar Badrulamin tidak membuat terlampau banyak kenyataan terbuka kepada media kerana dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak fitnah kepada dirinya sendiri.

Pada 25 Februari lalu, Badrulamin ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan Pahang pada pukul 3 pagi.Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang kemudiannya menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). - UtaraNews

5 komentar:

Anonymous said...

Kalau aku yg bukan ustaz pun tahu hadis ni takkan pula member tak tau?

Anonymous said...

Berkhalwat tu, maknanya berdua2an....

Kalau ada makhluk yg ketiga.., kire okay laa..! Syaitan tu pun, kan hamba Allah jugak..?

Anonymous said...

There! Ada org ketiga pe, kengkawan nik najis! Mesti kengkawan dia leh tulun!!
Abah

Anonymous said...

keterangan saksi makhluk allah yang ketiga itu akan digunakan olih ustaz badrul amin sebagai saksi yang akan menyokong hujahnya apabila pihak JAIP mendakwa beliau kelak. maka sekiranya keterangan itu digunakan akan terbuktilah kospirasi umno, jaip dan suami wanita itu bagi menjatuhkan ustaz badrul amin.

Anonymous said...

apsal masa tangkap tu naper tak check ****r badrulamin atau ****p pompuan tu? confirm dua-duanya berlendir..kalau ada, bukan setakat khalwat jer tapi cubaan nak bersetubuh haram pun ada..

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

ALTERNATIVE BLOGS

Blog Archive