PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, May 20, 2012

ANWAR IBRAHIM PENUNGGANG YANG TAK SABAR - TUN DR MAHATHIR.

Kelmarin MiM telah membeli buku 'Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad'. Buku setebal 982 mukasurat itu adalah terjemahan kepada buku Tun M sebelum ini iaitu 'Doctor In The House'


Buku terbaru ini diterjemahkan oleh A Kadir Jasin. MiM memiliki kedua-dua buku, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk santapan minda ini yang sentiasa kagum dengan ketajaman fikiran, visi dan jasa-jasa beliau.

Bukan itu sahaja, sejarah politik beliau penuh dengan cabaran, tentangan dan asam garam politik yang bermula dengan harapan iaitu untuk membantu bangsa dan negara. Tidak ada karpet merah atau sudu emas di dalam perjalanan awal karier politik Tun M.


Buku terjemahan Tun M ini mempunyai 62 bab bermula daripada Bab 1 : Menjadi Perdana Menteri hingga ke Bab 62 : Warisan dan Dilema Baru.


Kesemua bab sangat menarik tetapi memandangkan isu-isu semasa yang selalu hangat di arena politik, Bab 31 : Anwar Sertai UMNO dan Bab 53 : Cabaran Anwar, sudah tentu akan bacaan wajib selain daripada bab-bab lain.


Tun M menulis bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang penunggang kuda yang tidak sabar. Kerana itu Anwar pernah jatuh dan hampir patah tengkuknya. Tetapi Anwar mendakwa bahawa polis yang mencederakan tengkuknya.

Banyak lagi yang didedahkan tetapi MiM pun baru sampai Bab 1 sahaja belum sampai lagi bab tersebut :)

MiM bersetuju dengan penterjemah buku 'Doktor Umum' ini. A Kadir Jasin yang mengatakan bahawa versi asal dalam bahasa Inggeris menggunakan gaya bahasa dan penulisan yang mudah dengan gaya Tun M yang tersendiri.

Seperti yang kita tahu, Tum M straight forward di dalam sebarang kenyataan beliau supaya semua orang faham dengan mudah.


Sekarang MiM sudah sampai ke mukasurat 48.......... HANYA tinggal 934 mukasurat lagi !

Kebetulan pula di mukasurat 48 ini, Tun M telah menulis,
'Sejarah sudah membuktikan ia adalah guru terbaik. Sayang sekali anak muridnya yang tidak memberi perhatian.'
So, I believe this book will bring us to the voyage of hope and inspirations. And definitely yes, MiM recommend this book kepada anda semua.

3 comments:

Anonymous said...

cam mana nak pesan?

Dr M i M said...

saya beli di kedai Borders. Tq.

Zek said...

Saya dah baca versi bahasa inggeris. Bila saja saya mula membaca, saya sudah mula tertarik dan susah hendak berhenti. Kemana sahaja saya pergi kecuali ke tandas, saya akan bawa buku itu kerana nak cepat habis.

Memang amat menarik. Kepada siapa yang belum membacanya, cubalah rasakan apa yang saya alami.

Tulisannya datang daripada hatinya yang sayangkan agamanya, bangsanya dan negaranya.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED