
1. Spekulasi tarikh PRU13 begitu hebat dibincang, diramal dan didebatkan. Bermula dengan bulan Mei, sekarang sudah masuk awal bulan Jun.
2. 9hb Jun hingga ke 21hb Julai depan adalah satu tempoh yang semakin singkat (40 hari) untuk menyusun langkah membubar, penamaan calon, berkempen dan hari mengundi. Dalam tempoh ini,
a. Israk dan Mikraj jatuh pada 17hb Jun.
b. Ulang Tahun TYT Pulau Pinang pada 14hb Julai.
c. Hari Keputeraan Sultan Terengganu pada 20hb Julai.
3. 21hb Julai adalah Awal Muharram dan umat Islam mengerjakan ibadah puasa sehingga 20hb Ogos.
4. Hari Raya Puasa menyusul dan kemudiannya diikuti dengan Hari Kebangsaan pada 31hb Ogos 2012.
5. PRU13 pada bulan September turut menjadi bualan ramai. Ketika itu hanya ada 2 hari keramaian iaitu Ulangtahun TYT Negeri Sarawak pada 8hb September dan Hari Malaysia pada 16hb September.
6. Tetapi terdapat satu lagi tarikh yang sangat penting iaitu 28hb September 2012 iaitu hari pembentangan Bajet 2013.
7. PRU13 pada bulan September? MiM tidak nampak ada keperluan untuk DS Najib Razak mengadakannya pada bulan itu. MiM rasa perlaksaanaan Bajet 2013 itu yang lebih penting.
8. MiM menjangka hujung bulan September hingga pertengahan Oktober sebagai tempoh Pakatan haram pembangkang untuk menggunakan 2 tektik lapok dan murahan mereka iaitu 'Bajet 2013 adalah bajet atau gula-gula pilihanraya' dan 'Najib Razak 'cilok atau tiru' bajet pembangkang.
9. Pembentangan dan perlaksanaan Bajet 2013 sekaligus akan membuktikan pembohongan serta memalukan kepimpinan Pakatan haram pembangkang yang sebelum ini terpekik melolong kononnya Bajet 2012 adalah 'bajet pilihanraya'.
10. Bulan Oktober pula terdapat :
a. Ulangtahun TYT Negeri Sabah pada 6hb.
b. Hari Keputeraan TYT Negeri Melaka pada 13hb.
c. Ulangtahun Sultan Pahang pada 24hb.
d. Hari Raya Haji pada 26 - 27hb.
11. Bagi MiM, Perdana Menteri juga tiada keperluan untuk mengadakan PRU13 pada bulan Oktober.
12. Jika begitu, bilakah bulan yang sesuai untuk PRU13? MiM akan sambung di artikel seterusnya.
13. Apa pun, yang penting ialah jentera dan seluruh kepimpinan parti mesti sentiasa bekerja keras serta buktikan bahawa parti BN adalah yang terbaik.
14. Satu perkara yang ingin MiM kongsi dengan kepimpinan UMNO/BN dan anda semua. Pengundi berumur :
a. 21 hingga 29 tahun - 2.3 juta orang.
b. 30 hingga 39 tahun - 2.8 juta orang.
c. 40 hingga 49 tahun - 2.8 juta orang.
d. 50 hingga 59 tahun - 2.3 juta orang
15. Daripada keempat-empat golongan ini, pengundi berumur 50 hingga 59 tahun merupakan golongan yang majoritinya sudah sudah membuat keputusan tentang parti politik.
16. Daripada sini, kita sudah tentu nampak pemfokusan generasi yang perlu dilakukan oleh kepimpinan UMNO/BN untuk berjaya dalam PRU13.
17. Pemfokusan generasi celik internet juga memerlukan penekanan yang sangat penting kepada media alternatif seperti facebook, blogs, twitters dan cybertroopers.
18. Tiada kompromi di dalam memperkasakan jentera media alternatif yang sebelum ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jentera pro-pembangkang.
(bersambung...)

6 comments:
apapun saya sebagai cybertroopers akan melakukan yg terbaik untuk masa depan yg bakal dinikmati oleh anak cucu cicit kita...
pejuang hamas...
Org umno dah betul2 berubah ke? Betul2 dah bersedia Dan bukan masih lagi ditakuk lama......!!!!
Yang penting pemimpin Pas dan Pkr yg diterjemahkan dlm watak Pak Maon dlm filem Nasib Do Re Mi lebih 40 tahun dulu perlu ditentang. Mereka semua temberang belaka...dari bomoh temberang hinggalah watak Pak Maon baca buku sejarah...bawa tasbih tapi akhirnya ke Buluh Inn...Program PKR di Kepala Batas minggu lepas membuktikannya...penari lucah yg didendangkan kpd pemimpin Pas dan Pkr...mata tutup juga tapi syok tengok melalui celah jari..he..he..
kepada pemimpin UMNO dan dikalangan ahli UMNO, berubahlah dari mentingkan diri sendiri kepada mementingkan agenda dan kehendak rakyat...zaman dah berubah..rakyat memerlukan pemimpin yang senantiasa mendengar keluhan mereka agar setiap detik nadi dan jantung rakyat dapat di dengari dari pemimpin.Berubah demi negara,bangsa dan agama.
tak kisah la bila PRU. yang pasti kami sekeluarga takkan undi pakatan rakyat lagi. sekian
UMNO / BN Terbaek.....Akan kami undi kami tetap bersama sekeluarga dari dulu...kini...dan selamanya....HIDUP UMNO.!!!!!!
Post a Comment