Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, July 31, 2012

HOT! BANNER YANG PASTI BUAT PEMIMPIN PEMBANGKANG MELENTING!

Artikel menarik oleh rakan blogger Generasi Pejuang Bangsa.

Sila baca :

Banner kontroversi ini  pasti  membuat juak-juak khawarij PAS meroyan yang digantung di Kelantan . Pakatan pembangkang  yang disertai  PAS ini  dilabel  Pakatan Ahzab.

Atas  nama untuk menegakkan negara Islam, dulu  PAS melabel UMNO parti kafir yang wajib diperangi. Tapi  nada sekarang  sudah berubah, PAS sudah beralih arah. Negara Islam yang lantang disuarakan sekian lama, berganti pendekatan baru, kononnya perjuangan untuk negara berkebajikan. 

Ini disebabkan PAS sudah terjerumus dalam Pakatan Ahzab terdiri PKR & DAP .  PAS sebenarnya   tahu DAP tidak akan berkompromi dengan apa pun berkaitan Islam lalu memilih konsep negara kebajikan demi menyelamatkan gabungan itu.


Mereka menyangka perubahan ini mampu membawa kejayaan untuk ke Putrajaya. seterusnya

ARTIS DAYANGKU INTAN HINA NEGERI JOHOR!!


Satu artikel tentang kedaifan seorang artis yang baru berjinak-jinak dalam politik tetapi sudah berlagak pandai tahu tentang ekonomi negeri.

Sila baca artikel MPP online :

“Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan kepada HaraMkah. 

Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu. 

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

"Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa.  

"Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya.  Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat. - MPP Online.

Video ! Portal Pro-pembangkang MalaysiaKini Kena Balun !


Video menarik tentang 'Janji ditepati' dan portal pro-pembangkang, MalaysiaKini yang dibalun oleh YB Zulkifli Nordin.

Lihat di bawah :

Monday, July 30, 2012

Tukar Pengarah KPDNKK - Mahfuz Omar Melenting ??


MiM ingin mengulas satu topik panas mengenai empat pengarah koperasi negeri yang bertukar tempat kerja. Pertukaran tempat kerja ini telah dieksploitasikan oleh seorang pemimpin PAS, Mahfuz Omar.

Seperti yang semua tahu, Naib Presiden Pas itu telah digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan beliau telah dibuat dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut
pada 20hb Jun 2011.

Yang terbaru ialah Mahfuz Omar mendakwa bahawa pertukaran tempat kerja itu adalah atas arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri. Dan alasan yang diberi ialah pengarah-pengarah tersebut adalah salah satu punca kepada Hari Koperasi Negara yang tidak mencapai sasaran 100ribu orang.

Apakah benar sasaran tidak tercapai kerana ahli-ahli KOOP 'tidak berminat' untuk hadir?

Sedangkan Hari Koperasi Negara hanya setahun sekali dan MiM yakin ramai ahli KOOP yang mahu turut serta bersama-sama Najib Razak.

Mereka ingin mendengar sendiri amanat Perdana Menteri Malaysia di program tersebut. Dan memang benar, Najib Razak telah menggariskan beberapa visi dan imbuhan yang pasti mendapat reaksi positif daripada hadirin di program Hari Koperasi Negara itu.

Di antaranya ialah kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memutuskan bahawa sumbangan sebanyak dua peratus kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dikurangkan kepada satu peratus untuk tempoh dua tahun sehingga 2012.

Selain itu, Najib Razak juga berkata, kerajaan membuat keputusan bahawa sumbangan koperasi kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada 25 peratus sehingga akhir Mei 2013.

Maksudnya, dengan penurunan sumbangan kedua-dua kumpulan ini, koperasi dijangka boleh dikekalkan keuntungan lebih kurang RM300 juta dan modal ini boleh digunakan koperasi untuk membesarkan perniagaan mereka dan pada akhirnya dapat meningkatkan pendapatan koperasi dan seterusnya memberi faedah kepada anggota KOOP.

Pelbagai insentif dan imbuhan yang diperkatakan oleh Najib Razak itu sudah pasti mahu didengar sendiri oleh ahli-ahli KOOP.

Maka MiM yakin bahawa sasaran 100,000 orang bukanlah satu angka yang mustahil untuk dicapai.

Maka kerana itu, tentu ada sebab-sebab lain yang berlaku yang tidak kita sedari sebelum ini. Anda boleh baca pendedahan mengenai perkara tersebut di sini. KLIK SINI dan KLIK SINI

Kedua-dua entri yang MiM linkkan itu mendedahkan pelbagai masaalah yang bermula di beberapa negeri hingga menyebabkan berlakunya kesulitan kepada ahli-ahli KOOP yang bersemangat untuk hadir ke program Hari Koperasi Negara yang dirasmikan oleh DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Kenapa jadi begitu?

Maka timbullah isu 4 pengarah koperasi negeri yang bertukar tempat kerja dan dikaitkan dengan Hari Koperasi Negara.

MiM sungguh hairan dengan tindakan Mahfuz Omar yang mempertikaikan kuasa eksekutif Menteri untuk menentukan kementerian beliau sentiasa mantap dan bekerja kuat.

Maka, jika benarlah pertukaran tempat kerja itu disebabkan oleh Hari Koperasi Negara, MiM jangka tidak ada yang akan membantah kecuali Mahfuz Omar PAS seorang.

Mahfuz Omar bukannya tidak tahu bahawa setiap program besar bukannya dilakukan secara ad hoc tetapi mengikut jadual, pelbagai mesyuarat dan perancangan khusus supaya tiada perkara yang dapat menganggu kelancaran program tersebut.

Tambahan pula, warga koperasi hanya ada satu hari yang besar dan bersejarah iaitu Hari Koperasi Negara dan tumpuan jentera koperasi negeri dan negara sudah tentu dapat ditumpukan kepada Hari tersebut.

Dan MiM yakin angka 100,000 orang itu angka yang bukan 'dipetik di bulan dan bintang' tetapi hasil daripada persetujuan setiap pengarah koperasi negeri.

Maka, jika benar ada pengarah-pengarah koperasi negeri yang tidak perform dalam satu perkara yang mudah iaitu menetukan kehadiran ahli-ahli seperti yang dipersetujui, apakah pengarah tersebut boleh dibiarkan sahaja?

Dan jika dibiarkan sahaja, siapa pula yang akan mempertahankan nama baik Ismail Sabri jika ahli-ahli KOOP bersuara kecewa dan tidak puas hati kerana tidak dapat hadir ke Hari Koperasi Negara?

Apakah Mahfuz Omar akan bersuara atau bertindak opportunis ?

Siapa pula yang akan tampil ke depan menjaga maruah Kementerian apabila rakyat dan orang bawah yang mungkin tidak senang melihat segala yang berlaku di dalam jabatan koperasi negeri?

Apakah Mahfuz Omar akan tampil atau bertindak opportunis?

MiM yakin kita semua tahu jawapannya!

Mahfuz persoalkan tindakan seorang menteri yang tegas, adakah kita mahu kerajaan yang lembik?

Rakyat sudah tentu akan berpihak kepada Ismail Sabri dan bukannya pihak yang sengaja mahukan kementerian kerajaan BN dianggap lembik dan sambil lewa untuk kepentingan politik mereka.

Apa pun, MiM percaya Ismail Sabri adalah seorang Menteri yang bersedia untuk berbincang dan mendengar pandangan orang ramai demi kemantapan kementerian dan kesejahteraan rakyat.

Soalan terakhir, apakah sumbangan signifikan yang telah Mahfuz Omar sumbang kepada koperasi negeri dan negara selama ini? Ada ke?

MELAMPAU! SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW DISAMAKAN DENGAN KHINZIR!!

Seriously....MiM tidak faham dengan tindakan bodoh lagi biadap pusat tuisyen yang menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw.

Apakah mereka tidak ada akal atau sekurang-kurangnya sensitif dengan perasaan penganut agama Islam di negara ini?

Apa sudah jadi dengan sesetengah pihak yang terang-terangan menghina Islam?

Bagaimana pula dengan sesetengah pihak yang didakwa sudah mulai berani menuntut perkara yang melanggar perlembangaan negara? KLIK SINI


myMetro - TANGKAK: Kurang ajar dan tidak menghormati sensitiviti agama! Itulah dilakukan pengurusan sebuah pusat tuisyen di sini, apabila menggunakan pelbagai karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas subjek Sejarah yang diajar kepada pelajarnya.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, dalam nota itu ada 16 sahabat nabi yang disamakan dengan karikatur dan mencerminkan perwatakan tidak baik.

Katanya, nota tingkatan empat, bab lima, Kerajaan Islam di Madinah memaparkan karikatur 16 sahabat nabi dan paling menyedihkan, watak Zubir Al-Awwam disamakan dengan haiwan berwajah khinzir.

"Lebih biadab apabila menantu Rasulullah iaitu Saidina Uthman Affan dihina dengan karikatur dan digambarkan sebagai lelaki kaki perempuan serta menghina institusi perkahwinan umat Islam.

Harian Metro - LEDANG – Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.

"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.

Bacaan seterusnya : KLIK SINI


.

EKSKLUSIF! JAWAPAN TENGKU MAHKOTA JOHOR TENTANG DAKWAAN NEO SATRIA WWW1 KEMALANGAN cc @HRHJohor2


Sebelum ini MiM telah menulis entri mengenai dakwaan sesetengah pihak mengenai sebuah kereta Neo Satria plat WWW1 yang mengalami kemalangan di Johor.

MiM curiga dengan dakwaan tersebut kerana ianya hanya sekadar spekulasi tanpa bukti yang sah.

Sila baca entri tersebut : NEO SATRIA PLAT WWW1 KEMALANGAN?? cc @HRHJohor2

MiM juga menulis agar dakwaan ini dijawab supaya tidak diputarbeiit demi menjaga nama baik Tuanku Sultan Johor. MiM juga tweet entri tersebut kepada Tengku Mahkota Johor dengan harapan Tengku Mahkota dapat clearkan segala dakwaan yang disebarkan di dalam internet.

Alhamdulillah kerana Tengku Mahkota Johor telah sudi menjawab dan menerangkan segala dakwaan dan khabar angin tersebut.

Di dalam tweet HRHJohor2, Tengku Mahkota Johor telah menafikan spekulasi tersebut. Malah, Tengku Mahkota juga menasihati mereka yang memulakan spekulasi tersebut supaya bertanyakan Tengku sendiri.

Lihat tweet Tengku Mahkota Johor :


Jawapan Tengku Mahkota sangat jelas. Segala khabaran tentang Neo Satria itu hanya spekulasi sahaja. Full stop.

MiM mengucapkan terima kasih kepada Tengku Mahkota Johor kerana meluangkan masa menjawab isu ini.

Sunday, July 29, 2012

Ini Logo Hari Merdeka ke-55 Yang Sebenarnya...

MiM merujuk kepada 2 kenyataan Rais Yatim berkenaan logo hari Merdeka ke-55 yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Yang pertama adalah laporan di bawah di mana Rais Yatim mempertahankan keaslian logo hari kemerdekaan ke-55. Di antara laporannya :


Di bawah pula adalah satu lagi kenyataan Rais Yatim yang mengatakan tiada logo rasmi untuk hari kemerdekaan ke-55 ini!

Yang ada cuma logo 1Malaysia sahaja. Di antara laporannya :


Ooo....begitu ceritanya.

Kenyataan pertama Rais Yatim yang 'mempertahankan keaslian logo hari kemerdekaan ke-55' itu sebenarnya merujuk kepada logo 1Malaysia, logo yang juga 'digunapakai untuk program-program dan hari-hari lain'.

Ooo....baru MiM faham! Rais Yatim buat suspens dan gempaq sahaja!

Ini dia logo hari kemerdekaan ke-55 :

TERBARU! ISU BESAR YANG MENGEMPARKAN SELURUH UMAT ISLAM MALAYSIA!

Bulan Ramadhan ini kita dikejutkan dengan prinsip terakhir yang disenaraikan oleh Persekutuan Kristian Malaysia. Prinsip ke lapan ini menuntut agar :


Selama ini kita tidak mempunyai masaalah sesama penganut agama Islam dan Kristian di negara. Kita bertolak-ansur berpandukan perlembagaan negara yang selama ini berjaya mengekang pergeseran melampau sesama rakyat Malaysia.

Kita juga bukan anti kepada mana-mana agama di negara ini kerana kita telah dididik untuk menghormati sesama kita tanpa prejudis dan buruk sangka. MiM sendiri mempunyai rakan rapat dari pelbagai agama dan bangsa tanpa rasa syak wasangka dan sebagainya.

Akan tetapi, tuntutan Pesekutuan Kristian Malaysia itu didakwa sebagai tidak mencerminkan perlembagaan negara Malaysia.

Kenyataan di atas sudah pasti mendatangkan risau kepada seluruh rakyat Malaysia, tak kira bangsa dan agama.

Umat islam di negara ini tak kira ideologi politik perlu bangkit dan mempertahankan hak yang sudah dimeterai dalam perlembagaan.

Isu besar ini bukan peluang untuk mendapatkan sedikit sokongan daripada yang menuntut tetapi ianya ibarat menconteng muka setiap orang Islam di negara ini.

Dalam masa yang sama, kenyataan ini pasti mendatangkan gundah rakyat bukan Islam di negara ini yang selama ini selesa dengan keamanan dan kesejahteraan tanpa konflik buruk.

MiM berharap agar pihak-pihak atasan dan yang bertanggungjawab supaya menyiasat serta melakukan sesuatu tentang perkara ini.

Jangan biarkan perkara ini dipanjangkan lagi.


Lihat juga video di bawah :

Laporan Yang Tak mungkin Disebut oleh Anwar & Lidah Rasmi Pembangkang!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai pemimpin keenam paling popular di dunia oleh sebuah firma perhubungan awam dan komunikasi antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Burson-Marsteller.

Menurut kaji selidik Twiplomacy yang telah dijalankan oleh firma nombor satu dunia itu, Najib merupakan antara pemimpin dunia yang aktif menggunakan akaun Twitter secara tulen. Jelas kaji selidik tersebut, Perdana Menteri ketika ini mempunyai lebih 750,000 pengikut dan jumlah itu bertambah setiap hari.

"Ini sekali gus menjadikan beliau (Najib) sebagai pemimpin negara yang paling popular di Asia di laman Twitter iaitu satu dalam 37 (per kapita) dan juga dengan selesa menduduki dalam ranking 10 pemimpin paling popular di dunia.

"Tidak dinafikan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan pemimpin paling popular dunia, namun Najib juga merupakan antara pemimpin yang tidak kurang popularnya dalam kalangan rakyat," kata Twiplomacy.


Kata Twiplomacy, kedudukan akaun Twitter Najib pula boleh dirumuskan sebagai nombor dua paling aktif di Asia dan ke-17 di dunia berbanding akaun-akaun ketua kerajaan dan institusi lain.

"Perdana Menteri Malaysia ini juga dianggap antara pemimpin terawal yang berjaya menyesuaikan diri dengan penggunaan Twitter, ini juga merupakan contoh terbaik yang menampilkan betapa maju serta kehadapan pemikiran masyarakat di Malaysia," katanya.

Baru-baru ini Universiti Oxford turut mengeluarkan kenyataan kaji selidik mereka yang menunjukkan Malaysia menguasai kedudukan ketiga paling tinggi penggunaan Twitter secara meluas berbanding negara-negara barat. seterusnya

NEO SATRIA PLAT WWW1 KEMALANGAN?? cc @HRHJohor2

Portal forum terkenal lowyat.net telah menyiarkan foto sebuah kereta proton Neo satria yang terlibat dalam kemalangan. klik sini

Yang menjadi persoalannya ialah ada dakwaan yang mengatakan kereta tersebut berplatkan WWW1 tetapi tidak dapat disahkan kesahihannya. klik sini

Lihat di bawah :










Foto Neo Satria Sultan Johor juga ditunjukkan untuk membandingkannya dengan kereta yang terlibat dengan kemalangan tersebut.


MiM berharap agar pemandu kereta tersebut selamat dan tidak cedera.

Dalam masa yang sama, MiM berharap agar ada pihak yang dapat mengesahkan kesahihan cerita yang disiarkan dalam forum lowyat.net itu.

MiM juga berharap agar Tengku Mahkota Johor boleh membantu menghilangkan keraguan dan persoalan tentang cerita ini.

Kita tidak mahu cerita ini diputarbelit dan dijadikan bahan yang tidak elok terhadap Sultan Johor.

NEO SATRIA PLAT WWW1 KEMALANGAN?? cc HRHJohor2

Portal forum terkenal lowyat.net telah menyiarkan foto sebuah kereta proton Neo satria yang terlibat dalam kemalangan. klik sini

Yang menjadi persoalannya ialah ada dakwaan yang mengatakan kereta tersebut berplatkan WWW1 tetapi tidak dapat disahkan kesahihannya. klik sini

Lihat di bawah :










Foto Neo Satria Sultan Johor juga ditunjukkan untuk membandingkannya dengan kereta yang terlibat dengan kemalangan tersebut.


MiM berharap agar pemandu kereta tersebut selamat dan tidak cedera.

Dalam masa yang sama, MiM berharap agar ada pihak yang dapat mengesahkan kesahihan cerita yang disiarkan dalam forum lowyat.net itu.

MiM juga berharap agar Tengku Mahkota Johor boleh membantu menghilangkan keraguan dan persoalan tentang cerita ini.

Kita tidak mahu cerita ini diputarbelit dan dijadikan bahan yang tidak elok terhadap Sultan Johor.

HOT! DS @NajibRazak Buat Pengumuman Penting Isnin Ini!!


Dua tiga hari ini kita didendangkan dengan perangai seorang pemimpin Sabah yang telah diberikan jawatan penting dalam kerajaan pusat berbanding dengan counterparts beliau di Sabah.

Apabila beliau meletakkan semua jawatan politik, MiM rasa ramai yang berasa sangat lega kerana memudahkan kerja kepimpinan UMNO negeri Sabah. Tiada lagi pemimpin yang tidak sehaluan di dalam parti yang menyusahkan kelancaran parti BN untuk mengulangi kejayaan pada PRU13 nanti.

MiM difahamkan bahawa Sabah sentiasa mempunyai pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang berkaliber, mantap dan bersiap sedia untuk mengganti sebarang pemimpin yang tersasar daripada pegangan perjuangan politik beliau.

Maka, apabila Lajim Ukim meletakkan jawatan, Najib Razak bertambah senang kerana tiada lagi api dalam sekam, atau musuh dalam selimut.

Dan MiM percaya ramai lagi yang benar-benar loyal kepada parti yang dapat mengganti tempat pemimpin yang tergelincir itu.

Anda baca di bawah :

PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu,” katanya.Lajim hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno. -BERNAMA

Saturday, July 28, 2012

TUN MAHATHIR DEDAHKAN GOLONGAN PUTARBELIT RASIS!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan pembangkang khususnya DAP akan menggunakan label ‘rasis’ kepada golongan Melayu apabila mereka berusaha mempertahankan bangsa mereka.

Menurutnya, label itu sengaja dibuat untuk melindungi satu hakikat utama iaitu golongan yang menuduh rasis itu sebenarnya pengamal sikap rasis untuk melindungi bangsanya sendiri. 

"Saya dapati pihak parti lawan terutamanya DAP telah berjaya mengalihkan (konsep) perjuangan kepada kepentingan bangsa kepada kepentingan yang tidak berasas kepada bangsa..kepada sesiapa yang bercakap berkenaan bangsa akan dicap sebagai rasis”. 

"Malangnya orang Melayu terbawa-bawa dengan kemungkinan mereka dicap sebagai rasis…(sehingga) dengan itu mereka tidak nampak bahawa orang yang menegur yang berkata mereka rasis, (sebenarnya) mereka sendiri adalah rasis, sebab itu mereka membuat teguran.

"Mereka membuat teguran itu untuk kepentingan bangsa mereka, tetapi kerana orang Melayu tidak begitu berani ataupun tidak begitu bijak untuk menunjuk perasaan terhadap orang menegur ini, maka kita sampai kepada satu tahap, kita tidak berani bercakap berkenaan orang Melayu kerana kita takut buat satu kesalahan. 

"Inilah yang jadi satu masalah sekarang ini. Ini adalah satu dilema Melayu yang baru” - AIDC

PENGAKUAN! ANWAR MARAHKAN EXCO NEGERI & KETUA JABATAN!


DATUK SYED ALWI SYED NORDIN
Lenggong, Perak

HANYA orang lembap sahaja yang menjajakan nama Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator.

Saya pernah bekerja di bawah pentadbiran Dr. Mahathir secara tidak langsung sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan secara langsung sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

Memang benar beliau terlalu ketat menetapkan sasaran kerja pegawai dan menteri Kabinet. Semasa di Bahagian Pencen, saya pernah menerima arahan daripadanya untuk menyediakan kertas Kabinet pada pukul 4.30 petang dan perlu disiapkan malam itu juga untuk mesyuarat Kabinet pada keesokan harinya.

Alhamdulillah, Allah bukakan minda saya untuk menyiapkan kerja yang diberi, tanpa bantuan setiausaha kerana ketika arahan diterima melalui telefon, beliau telah pulang.

Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana diberi peluang melakukan ujian seperti itu semasa saya bekerja sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pencen lagi.

Semasa saya bekerja di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan di bawah Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim - iaitu sebagai Setiausaha Majlis Pembangunan Negara dan Setiausaha Kabinet mengenai Infrastruktur dan sebagai ahli dalam pelbagai mesyuarat penting lain, Dr. Mahathir sentiasa serius tetapi memberi peluang berbincang dengan bebas tanpa meninggikan suara.

Arahannya mudah difahami dan sasaran kerja yang ditetapkannya sentiasa mencabar minda dan kesabaran.Kenapa begitu?

Beliau pernah menyatakan bahawa 'minda seseorang itu kalau tidak dicabar atau tidak tahan diuji, tidak akan berkembang'.

Berlainan pula Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam mesyuarat saya pernah menyaksikan beliau meninggikan suara menegur kesilapan seseorang termasuk Timbalan Menteri, ahli Exco Negeri Pulau Pinang dan Ketua Jabatan.

Alhamdulillah, saya tidak pernah menjadi sasarannya. Dalam hal memberi keputusan Dr. Mahathir sentiasa konsisten berpandukan dasar yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan kerja kami di UPP menjadi 'mudah' walaupun tanggungjawabnya amat berat.

Tettapi Anwar Ibrahim ada sekali sekala memberi kami kesulitan apabila keputusan dan arahannya bercampur baur dengan kepentingan politik.

Walaupun saya bukan ahli politik, tetapi pilihan saya antara kedua-duanya sebagai ketua yang berwibawa dan berjiwa besar adalah Dr. Mahathir.

RAIS YATIM TOLONG JAWAB....LOGO MERDEKA KE-55 CIPLAK???


MiM terpanggil untuk mengulas entri terbaru blogger otai Penang, Media Permatang Pauh. klik sini

Entrinya tentang cerita panas yang menyelubungi 'logo' Hari Merdeka ke-55. Ramai yang mempertikaikan 'logo' yang dikatakan tiada seni, tidak artistik dan sebagainya.

MiM cuma tertanya-tanya, berapa ribu orangkah yang diperlukan untuk membentuk 'logo' merdeka di Dataran Merdeka pada 31 Ogos nanti? Bolehkah?

Yang mendatangkan persoalan untuk pihak yang bertanggungjawab dalam hari Merdeka kali ini ialah apabila tersebar satu foto yang mendakwa bahawa logo tahun ini adalah ciplak sticker hari Merdeka ke-52!!

Lihat di bawah :


Walau pun tidak sepenuhnya tetapi susunan huruf M, nombor 1 dan 52 hampir sama dengan logo Merdeka ke-55. Tolong jawab dengan segera.

MP BN JEMPUT ANWAR KE PELANCARAN PROGRAM!


Kepada yang berkenaan, tolong terangkan perkara di bawah?

Sila baca :
Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).

Pergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front – SRF).

Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.

Jelasnya acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan. seterusnya

Friday, July 27, 2012

HOT! JAWAPAN KEPADA SKANDAL VIDEO LUCAH PEMIMPIN MIC...


Dakwaan bahawa seorang pemimpin terkemuka MIC Perak dirakam dalam video melakukan hubungan seks dengan pekerja seks adalah tidak masuk akal, kata Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan kerana menurutnya tidak "ada satu bukti pun" yang telah dikemukakan.

"Ia semua dusta. Mari kita bercakap secara logik. Dengan berita pilihan raya semakin hampir, ia adalah peluang keemasan untuk sesiapa yang mahu merosakkan kredibiliti seseorang pemimpin," kata Saravanan (kanan) ketika dihubungi hari ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar itu menyangkal tuduhan terhadap pemimpin MIC Perak itu, dan menganggapnya "hanya satu sandiwara".

"Jika seseorang itu mendakwa bahawa pembangkang memiliki video itu, apa yang mereka tunggu lagi? Mereka akan tunjukkannya sekarang, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya," katanya.

Beberapa portal berita dan akhbar arus perdana menyiarkan dakwaan tersebut, dengan memetik sumber-sumber Pemuda MIC sebagai berkata rakaman video itu ada di tangan pembangkang.

Bagaimanapun, Saravanan berkata, dakwaan tersebut bertujuan untuk membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap MIC dan bertujuan untuk "menyemai pandangan" yang memudaratkan individu tersebut.

Malaysiakini tidak dapat menghubungi individu yang dikaitkan dengan video itu berhubung dakwaan tersebut.

MALU! Tan Sri & Ahli Politik Beli Sijil Ijazah Palsu!


ilustrasi foto


Siapakah individu bergelar Tan Sri yang membeli sijil ijazah?

Selain daripada itu, ada juga ahli-ahli politik yang turut membeli sijil!

Anda tahu mereka itu?

Sila baca di bawah :
SHAH ALAM - Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.

"Berdasarkan risikan serta gambar-gambar yang dirampas, kita kenal pasti ada individu-individu berstatus yang terlibat.

"Apabila maklumat sudah mencukupi, kita akan panggil mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Selangor, hari ini. seterusnya

Thursday, July 26, 2012

KONSULTAN ASING ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN...


Antara individu yang masih kuat mengutuk, mengecam dan menidakkan tindakan kerajaan melakukan pembaharuan kepada ISA adalah Phil Robertson.

Mat Saleh yang lama kononnya menjaga hal ehwal politik, hak asasi manusia ini sangat kuat mengecam Malaysia kerana kononnya tidak bersungguh dalam memperbaiki undang-undang ISA.

Soalnya, Mat Saleh ini ikut peraturan dan percaturan siapa?Di dalam PKR, Phil Robertson ini bukannya baru. Dia adalah antara orang yang banyak melatih peguam-peguam muda PKR seperti Surendran, Latheefa Koya, Fadiah Nadwa dalam isu-isu human rights ini.

Bukan orang PKR sendiri tak tahu.

Antara tempat ‘tutorial’ favourite adalah di Bangsar Village. Hubungan Phil Robertson dengan peguam-peguam muda PKR memang luar biasa mesra dan intim. Boleh bertepuk tampar lah kiranya. Kalau orang biasa lihat kemesraan Phil dan Fadiah; jadi pelik rasanya.

Rasa macam ada hubungan luar biasa.HQ PKR pun bukannya asing buat Phil Roberson. Banyak bengkel-bengkel kecil yang Phil Robertson jayakan untuk memberikan petunjuk dan kaedah cara mana untuk menggunakan isu hak asasi dan memberikan tekanan kepada kerajaan.

Anwar memberikan persetujuan bahawa undang-undang baru ISA adalah baik dan bersesuaian. Rujuk akhbar Sinar dan The Sun.

Anwar puji, walaupun dia letakkan beberapa kerisauan.Yang kuat menentang adalah Mat Saleh bernama Phil Robertson ini.

Apa agenda? Atau Anwar yang minta Phil Robertson gunakan media antarabangsa dan terus menghentam PM Najib?

Kita yang berada dalam jentera reformasi dahulu pun pelik dengan Anwar. Depan kata lain; tapi belakang suruh Phil hentam kerajaan dan ISA. Ini permainan apa Anwar?

Cuba jawab?

Kepada Phil, tak ada kerajaan di Asia Tenggara yang baik. Semuanya pencemar HAK ASASI MANUSIA. Hak asas versi siapa? Kenapa Negara Asia Tenggara perlu bertuhankan hak asasi manusia ciptaan Phil Robertson? seterusnya

Pengakuan @Khairykj Tentang Selebriti & Artis PAS.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata lebih ramai artis masuk UMNO berbanding Pas.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Bangsar Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012.

Lihat video di bawah :

Wednesday, July 25, 2012

PENGAKUAN USTAZ FATHUL BARI & NASRUDIN HASAN TENTANG ISU SOLEK & BEDAK


Akhirnya, foto yang sengaja disebarkan untuk memalukan Ustaz Fathul Bari seperti di bawah telah terjawab. Yang menariknya ialah jawapannya daripada kedua-dua pendebat yang sama-sama dibedakkan oleh makeup artist.

Bukan Ustaz Fathul Bari sahaja tetapi Nasrudin Hassan turut dimake up tetapi sengaja tidak ditunjukkan di dalam sebarang foto tersebut.

Walaubagaimana pun, MiM memuji keikhlasan Ustaz Fathul Bari UMNO dan Nasrudin Hassan PAS yang menerangkan perkara yang sebenarnya. Kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan tentang isu make up tersebut.

Tahniah!

MiM juga berterima kasih kepada Ustaz Fathul Bari kerana menjawab sms MiM mengenai perkara ini.

1. Kenyataan Ustaz Fathul Bari
Bismillah,

Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:

1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperpetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.

2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.

3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.

5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.

6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.

7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.

8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.

9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.

Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya
2. Kenyataan Nasrudin Hassan :
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.

"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.

Nasrudin membuat gesaan ini melalui facebooknya yang sehingga kini sudah mendapat 41,986 likes dan 13,840 orang bercakap tentang perkara ini.

Dalam catatan itu, Nasrudin mengingatkan semua bahawa sekarang adalah bulan Ramdhan, bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

Justeru itu, katanya, beliau harap sangat - sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.

Menurut Nasrudin, beliau bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya.

"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.

Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai.

"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.

Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini.

Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau.

"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium.

"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.

Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi.

JANGAN TIRU! ISTERI DIMAKI & DIHALAU OLEH MP PARTI PEMBANGKANG


Tentu anda mengenali Ahli Parlimen Kuala Langat yang sangat sinonim dengan HARAMJADAHnya setiap kali dia berceramah, kan?

Dan tentunya anda juga mengetahui bagaimana dia cukup hafal dengan gejolak serta selok-belok rumahtangga Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, Perdana Menteri Malaysia dan isterinya, sehinggakan banyak perkara yang tidak diketahui oleh orang lain, Abdullah Sani tahu.

Namun tahukah anda, isteri Abdullah Sani telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Kelang kerana telah dihalau oleh suaminya?

Walau apa pun puncanya kepada masalah rumahtangga Abdullah Sani dan isterinya, tindakan Abdullah Sani yang enggan membenarkan isterinya masuk ke rumah dan mengambil segala dokumen-dokumen penting, amat memusykilkan kita.


Malah larangan Abdullah Sani ke atas kedua-dua orangnya daripada mengambil isterinya di Kelang Sentral juga, sebenarnya menimbulkan pelbagai persoalan. seterusnya

MiM : Di manakah suara aktivis wanita pro-pembangkang? Bukankah mereka patut mempertahankan wanita malang ini? Dan inilah akibatnya apabila menghina suami isteri lain, diri sendiri yang teruk.

Tuesday, July 24, 2012

HOT! Harakah Lidah PAS, Minta Maaf Kepada @NajibRazak ?

MiM ingin bagi satu senario mudah. Terdapat persatuan motokar yang telah disahkan penubuhannya. Persatuan motokar itu mengadakan konvoi dan terdapat kereta yang dibawa laju hingga ditahan oleh pihak polis.

Soalannya, jika persatuan kereta itu sah, apakah ahli-ahli mereka dibolehkan membawa laju dan dengan merbahaya?

Jawapannya sangat mudah iaitu tidak boleh walau pun persatuan itu sah.

Senario yang sebegitu mudah seperti di atas yang gagal difahami oleh lidah rasmi kaki putarbelit pembangkang iaitu Harakah dan Keldaiandaily.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa Bersih bukan persatuan haram.


(Perhimpunan Bersih 2.0 yang isytihar haram oleh Kerajaan BN diputuskan halal oleh mahkamah)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.

Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undan-undang.

Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan. seterusnya
Kita perlu tahu bahawa pengisytiharan mahkamah itu hanya kepada pertubuhan Bersih sahaja.

Tidak ada yang dilaporkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 adalah sah seperti yang didakwa oleh lidah rasmi PAS itu!

Seperti senario yang MiM terangkan di awal entri ini. Pertubuhan Bersih yang sah, tidak semestinya perhimpunan mereka juga sah!

Harakah Kantoi!

Ironinya, artikel haprakdaily itu juga telah ditweet oleh Anwar Ibrahim! Shame!

So, bila Harakah mahu minta maaf kepada DS Najib Razak? Beranikah?

Video Temuramah Tun Dr Mahathir.


Video menarik kenyataan Tun Dr Mahathir.

Lihat di bawah :


video : kenyataan Tun M

Monday, July 23, 2012

ANWAR & MEDIA PEMBANGKANG TIDAK MUNGKIN AKAN CERITAKAN LAPORAN ANTARABANGSA INI....

Satu artikel menarik yang tidak mungkin akan disebut oleh Anwar dan tidak disiarkan dalam Harakah, Roketkini dan KeadilanDaiky.

Sila baca :


Malaysia berada di landasan ekonomi yang betul . Ini bukan orang UMNO yang kata, tapi Wall Street Journal yang kata . Media yang selalu hantam Malaysia melalui proksi mereka Anwar Wall Street Journal terpaksa mengakui hakikat ini. 

Antara beberapa point penting yang dilaporkan oleh WSJ untuk menyokong pandangan mereka ialah:- 

1. Initial Public Offering (IPO) kedua dan ketiga terbesar di dunia ialah dari Malaysia iaitu Felda Global Venture Berhad (RM 10 billion) dan IHH Healthcare (RM 6.3 billion) 

2. Penanda aras bagi indeks KLCI Malaysia juga mencatat rekod pada hari Rabu yg lepas apabila meningkat hingga 7% tahun ini.

3. Ekonomi Malaysia juga dipuji apabila mencatatkan kadar pengangguran yang rendah,kadar inflasi terkawal, dan kadar pertumbuhan kasar produk domestik yang dijangkakan sekitar 5% tahun ini. 

4. Bank-bank di Malaysia juga dalam keadaan baik dengan kualiti aset yang mantap.  seterusnya

VIDEO! PENGAKUAN USAHA BAWA SHARIFAH AINI MASUK PAS!!


Pengarang Harakah, Dato' Tarmizi Mat Jam dalam ceramah beliau mengakui ada usaha dan perancangan spesifik untuk membawa masuk Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini kedalam parti PAS!

Lihat video di bawah :



Walaubagaimana pun, seperti yang kita semua sedia maklum, Datuk Sharifah Aini dalam kenyataannya telah menafikan dan beliau dengan tegas menyokong kerajaan bukannya PAS atau PKR.

"Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.”, katanya seterusnya

So, macam mana sekarang?

Jika dulu Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS terkantoi, apakah pengarang Harakah juga terkantoi dek orang yang sama iaitu Sharifah Aini?

Dan jika kita dengar betul-betul kenyataan pengarang Harakah itu, beliau memberi alasan artis-artis masuk parti pembangkang kerana 'yakin dapat tumbangkan' BN. Kerana itukah?

Padahal sebelum ini pelbagai alasan yang kita dengar seperti 'syiah Islam atau diberi hidayah kononnya memperjuangkan Islam' tetapi rupanya alasan mereka hanya sekadar berbau poltik sahaja!

Dan juga disebabkan ganjaran lumayan untuk berceramah seperti yang didakwa oleh blogger pro-pembangkang.

Kita juga berfikiran bahawa kepimpinan PAS begitu desperado dan terdesak untuk menarik minat orangramai sehingga menunjukkan yang pemimpin-pemimpin mereka seperti sudah tiada tarikan dan tiada imej yang mantap lagi.

Apa pun, MiM setuju bahawa publisiti melampau yang diberikan kepada artis-artis PAS ini akan backfired dan merosakkan lagi imej parti tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila ada artis PAS yang berlagak seolah-olah diri beliau itu bagus sangat padahal beliau yang berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dan pelbagai lagi.

Memalukan!

TERBARU ! ANWAR KANTOI ALL-TIME....


Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah menjaja isu Independent Power Producers (IPP) yang didakwa menguntungkan kroni dan meyusahkan rakyat. Isu ini dijaja di ceramah-ceramah dan kerajaan Malaysia yang diburuk-burukkan.

Di antara kenyataan Anwar tentang IPP :
“Kos harga tenaga elektrik yang terpaksa dibayar TNB kepada Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta(IPP) dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh IPP ternyata membebankan rakyat samada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat dari subsidi gas untuk TNB/IPP kononnya demi merendahkan tarif,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. seterusnya
Anwar juga telah tweet isu IPP dan seperti biasa, perkataan kroni dan rasuah akan diselitkan :


Terbaru ialah pendedahan yang menunjukkan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim tentang IPP itu hanyalah retorik dan hipokrit belaka.

MiM berkata demikian kerana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat turut mempunyai kepentingan di dalam IPP!


Pendedahan itu dinyatakan sendiri oleh Othman Omar, Pengurus Besar PKNS. Kenyataan beliau itu disiarkan di dalam The STAR bertajuk 'Your 10 questions for Othman Omar' bertarikh 21hb Julai 2012.

Lihat di bawah :
Di bawah adalah translation kenyataan Pengurus Besar PKNS itu :
Pengurusan alam sekitar merupakan satu lagi bidang. PKNS, melalui anak syarikat milik penuh, Worldwide kami Holdings Bhd, menguruskan konsesi tapak pelupusan sanitari dan lengai di Selangor. Kami telah berjaya menjalankan rawatan post-penutupan untuk tapak pelupusan Air Hitam di Puchong. Tapak itu yang menjana 2MW elektrik. Kami juga mempunyai kepentingan di Genting Sanyen, sebuah stesen janakuasa bebas.
Sungguh memalukan!

Yang lebih memalukan ialah orang yang melalak tentang IPP dan memburukkan kerajaan Malaysia, mempunyai jawatan penting di negeri itu iaitu Penasihat Ekonomi Selangor.

Anwar kantoi !


p/s : Sila baca artikel ini : KLIK SINI


PANAS! PENIAGA MELAYU PROTES KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.


GEORGE TOWN – Lebih 20 peniaga bumiputera bersepakat tidak akan berniaga di Jalan Phee Choon sehingga kerajaan negeri membenarkan mereka berniaga di tapak asal bazar Ramadan di Jalan Penang.

Jurucakap mereka, Abdul Karim Gulam Ali berkata satu perbincangan akan diadakan esok dengan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman bagi menyelesaikan perkara tersebut.

"Sudah lebih 26 tahun kami berniaga di Jalan Penang. Tempat baru yang ditawarkan itu bukan tempat tumpuan orang ramai. Jika kami pindah, rugilah kami,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata beliau tidak dapat menerima alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di Jalan Penang seperti sebelum ini.

Abdul Karim dan peniaga lain mendesak kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya tampil mencari jalan penyelesaian dengan segera kerana perkara yang sama sering dibangkitkan setiap tahun, sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang.

"Masa berjalan, perniagaan ini periuk nasi kami. Tahun lepas pun sudah nak habis bulan puasa, baru kami dapat berniaga di Jalan Penang,” katanya.

MPPP telah mengeluarkan arahan agar peniaga bazar Ramadan di Jalan Penang memindahkan operasi mereka ke Jalan Phee Choon berkuat kuasa semalam. – BERNAMA

MB KEDAH BERBOHONG KEPADA RAKYAT - MAHADZIR.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa berbohong kepada rakyat berhubung isu pembelian 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebagai Menteri Besar, Azizan yang merupakan pengerusi kepada anak syarikat kerajaan negeri itu sudah semestinya mengetahui mengenai pembelian saham FGVH berkenaan.

"Saya pernah menjadi Menteri Besar serta Pengerusi PKNK dan setiap cek melebihi RM1 juta yang dikeluarkan oleh PKNK mesti ditandatangani oleh pengerusi.

"Jadi bagaimana Azizan kata beliau tidak tahu dan nampaknya beliau berbohong kepada rakyat untuk 'melepaskan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, PKNK membeli 500,000 unit saham FGVH pada harga RM4.55 seunit walaupun pembangkang menolak keras penyenaraiannya di bursa saham.

Azizan ketika ditanya mengenai pembelian saham itu berkata, ia 'terlepas' daripada pengetahuannya tetapi menyifatkan sebagai amalan biasa kerana PKNK memang diberi hak untuk membeli mana-mana saham yang difikirkan mampu menjana keuntungan.

Menurut Mahdzir, sikap Azizan itu amat dikesali dan bertentangan dengan imej agama yang dipegangnya kerana seringkali mengambil pendekatan 'melepaskan diri' dan enggan bertanggungjawab terhadap mana-mana isu yang tidak berpihak kepadanya.

"Sebanyak 500,000 unit saham yang dibeli pada harga RM4.55 seunit itu tentunya bernilai RM2,275,000."Cek untuk tujuan itu mesti ditandatangani oleh Azizan dan saya hairan kenapa beliau berbohong kepada rakyat dengan mengatakan 'terlepas' dari pengetahuannya," jelasnya.

Katanya, Menteri Besar itu sanggup berbohong demi melepaskan dirinya dengan memberikan alasan tertentu sedangkan beliau mengetahui atau memberikan keputusan terhadap sesuatu langkah atau tindakan yang diambil oleh mana-mana anak syarikat kerajaan negeri.

"Isu ini sebenarnya bukan 'terlepas' tetapi 'melepaskan'," tambahnya. - UM

Sunday, July 22, 2012

GEMPAR! SETPOL MB PAKATAN RAKYAT DITAHAN KERANA RASUAH?

Media siber dikejutkan dengan cerita pegawai kanan MB Kedah yang ditahan kepada rasuah!

Lihat di bawah :


Benarkah?

Apabila MiM merujuk beberapa blog pembangkang, berita ini pun turut menjadi topik mereka. Salah satunya ialah entri di bawah. Di antara entri tersebut :


MiM berharap ada pihak yang dapat mengesahkan berita ini.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.