Di bawah pula adalah foto senjata yang digunakan untuk amuk tersebut.

Sebagai seorang doktor perubatan, MiM tertarik tentang kejadian amuk ini kerana kemungkinan wujud pergolakan psikologi atau personality disorder yang membawa kepada kematian lelaki tersebut.
Apabila MiM rujuk blog lelaki tersebut, Jaya Negara, blog tersebut bermula sejak Jun 2012 dan mempunyai 17 artikel dalam masa sebulan ini.
Artikel pertamanya bertajuk "Izinkan Aku Berbicara" bertarikh 4hb Jun 2012.
Manakala artikel terakhir bertajuk "Hidup & Mati....apa yang dipatuhi kalian." bertarikh 17hb Jun 2012.
Daripada artikel pertama hingga ke akhir, corak dan intipati artikel-artikel banyak merujuk kepada hadis dan firman disamping menulis tentang kemanusiaan.
Selain daripada itu adalah pengakuan serta kekecewaan tentang pergolakan diri sendiri dan keluarga.
Sila baca komen beliau di bawah tentang harapan pada tahun 2013. Di antaranya ialah :
Pastinya kini sudah tahu siapa aku..Bersedialah kita akan menawan Dunia

Selain daripada itu ialah komen-komen seperti di bawah bertarikh 3hb Julai 2012 :
Dan di bawah pula adalah entri terakhir lelaki tersebut di dalam blog Jaya Negara bertarikh 4hb Julai 2012 :
Komen entri tersebut menyebut beberapa kali 'Kun Faya Kun' seperti "Aduh! bergetar tubuh badan aku untuk beritahu Kun Faya Kun anugerah cuma untuk aku. Demi Allah"
Entri terakhir di atas menimbulkan pelbagai perspektif tentang tahap psikologi yang mengaku tentang anugerah hanya untuk beliau sahaja. Apakah ada elemen 'terima wahyu' di dalam pengakuan di atas?
Di bawah pula adalah ayat-ayat kun faya kun dalam Al-Quran :
Al Baqarah:117]Dan jika lihat modus operandi lelaki tersebut yang hanya menggunakan pedang samurai untuk mengamuk sambil tidak memakai baju, satu lagi soalan timbul iaitu apakah lelaki itu sangka beliau kebal ?
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".
[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".
[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui
[Maryam:35]
Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
[Ali 'Imran:47]
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.
[Ali 'Imran:59]
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.
Apa pun, kejadian di JPM Putrajaya itu sungguh mengejutkan kita dan menjadi pengajaran kepada kita semua.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh blogger 'Jaya Negara'. Amin.

6 comments:
mungkin schizo with grandiosity atau mungkin bipolar disorder-manic phase..
mungkin orang2 yang sekelilingnya boleh memberitahu lebih terperinci perihal tingkah laku arwah tu..
salam,
setelah membaca beberapa artikel di blog arwah, saya berpendapat bahawa beliau sedang mengalami masalah delusion, mungkin masuk dalam kategori bipolar disorder, peringkat awalnya depressive episode diikuti oleh manic episod. dia mungkin dalam keadaan halusinasi bila mendakwa menerima ayat kun fayakun itu.
mungkin pengkomen yang bernama dhada itu adalah dirinya sendiri.
mungkin wanita yang bersamanya itu pun turut mengalamai shared delusion.... jika arwah ini dalam keadaan sakit, tidak menerima apa-apa rawatan dan tidak sedarkan diri ketika perbuatannya kelmarin, maka malanglah nasib yg menimpa beliau.sepatutnya keganjilannya ini cepat dihidu oleh rakan atau ahli keluarganya.
al-fatihah untuknya, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg diredhai oleh Allah swt.amin.
Semua Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh blogger 'Jaya Negara'. Amin.>>>bukan semua...semoga...silap taip kot...harap betulkan.
azhar
bro betulkan "semua" Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh blogger 'Jaya Negara'. Amin.
takut orang salah paham :)
melihat dia berlenngeng tidak berbaju, perkara pertama yang turut terlintas adalah maybe jaya negara ini berfikir yang dia adalah kebal.
mungkin beginilah jadinya akibat kebencian tidaj terbendung kepada seseorang, tidak kira individu mahupun institusi.
cuma yang perlu dielakkan adalah mana-mana individu yang mahu menggunakan lelaki ini sebagai pemacu kerjaya politik mereka.
jangan lah jadi begitu harapnya.
Atau dia fikir dia gila......ade ke?
Post a Comment