
Musim PRU13 belum bermula lagi tetapi PAS dan PKR sudah mula cakar mencakar dan memburuk-burukkan calon masing-masing!
Inilah yang terjadi di DUN Taman Medan apabila PAS mengistiharkan bahawa ADUN PKR telah ditolak oleh pengundi DUN tersebut! Pengistiharan secara terbuka yang memalukan ADUN PKR itu sudah tentu mendatangkan kemarahan pihak PKR.
Malah Anwar Ibrahim semakin ditolak rakyat!
Sila baca di bawah :
Portal Free Malaysia Today melaporkan satu bancian bebas yang terkini menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ditolak rakyat dan calon yang bertanding di bawah lambang PKR berhadapan dengan risiko kekalahan dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.
“PAS mahu meletakkan calon di kerusi DUN Taman Medan yang kini diwakili PKR dengan alasan pengundi menolak parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
“PAS menggunakan ukuran itu berdasarkan bancian bebas yang dibuat terhadap 800 pengundi bukan PAS di DUN Taman Medan.
“Kerusi Taman Medan diwakili Timbalan Speaker kerajaan negeri Selangor, Haniza Talha yang menang dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon BN, Munaliza Hamzah dengan majoriti lebih 4, 000 undi,”lapor portal itu.
Lapor portal itu lagi Yang DiPertua PAS Petaling Jaya Selatan, Ghazali Shaari berkata calon PAS wajar bertanding di DUN Taman Medan dalam pilihan raya umum kali ini kerana mendakwa pengundi telah menolak wakil rakyat PKR itu.
Katanya, bancian oleh sebuah syarikat bebas mendapati pengundi menolak Haniza serta calon PKR lain dalam PRU 13 kelak. seterusnya

1 comment:
Kat shah alam juga begitu bro!!! Yb Rodziah dan Yakop Sapari juga Khalid Samad pun sudah lemah apabila ceramah-ceramah mereka tidak dapat sambutan seperti 3 tahun dahulu,,,tanda-tanda taring pakatan rakyat akan tumpul malah patah sudah menampakan kejelasannya,Di DUN Ijok milik MB Selangor Ketua Penerangannya sudah mula menyokong umno dah bersedia membantu umno pada pru akan datang jika diterima,,ini adalah kenyataanya sendiri..
Post a Comment