KLIK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

KLIK FOTO - JAWATAN KOSONG EKSEKUTIF KEPADA PM & MENTERI

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Thursday, July 19, 2012

KETERANGAN ANWAR IBRAHIM DALAM MAHKAMAH TENTANG HOMOSEKSUAL...


Sebelum ini MiM telah menulis satu entri tentang DS Najib Razak yang dihentam oleh Los Angeles Times, akhbar antarabangsa kerana mempertahankan Islam.  KLIK SINI

Semasa memberi keterangan di dalam mahkamah tinggi, Anwar Ibrahim pula memberi kenyataan berikut :
Mengenai maksud kenyataan beliau"....we should not be seen as punitive and consider the archaic laws a relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain', Anwar berkata: "Itu bermaksud bahawa daripada perspektif Islam, kegiatan maksiat seperti homoseksual, seks bebas, minum arak, berjudi, dan lain-lain lagi adalah sesuatu yang dilarang secara jelas di dalam Al-Quran dan Hadith" - SH.
Correct me if I'm wrong, dimanakah kenyataan Anwar iaitu "we should not be seen as punitive......." yang merujuk kepada 'perspektif Islam' dan 'jelas di dalam Al-Quran dan Hadith'?

Apakah Anwar ada menyebut perkataan 'perspektif Islam' dan 'Al-Quran dan Hadith' ?

MiM berharap, daripada Anwar Ibrahim berhujah tentang perkataan 'perspektif Islam', alangkah baiknya jika beliau menerangkan maksud 'perlu kaji semula undang-undang 'lapok' yang didakwa merujuk kepada homoseksual.

Undang-undang manakah yang 'lapok' dan perlu 'dikaji semula'?

MiM berpendapat bahawa persoalan ini yang penting untuk dijawab kerana ianya mungkin meresahkan perasaan rakyat.

Apakah Anwar Ibrahim akan menjawab persoalan ini?

Kita tunggu perbicaraan seterusnya. Very interesting.

1 comment:

Anonymous said...

Saya bukan ilmuan Islam. Saya ingin bertanya : Adakah Islam itu mesti dilihat melalui 'perspektif'? sedang uamat Islam wajib menerima fakta bahawa Islam adalah 'addin' atau bahasa mudahnya pegangan hidup. Tidakah kita telah Rasulullah ingatkan bahawa 'kamu tidak akan sesat selama2nya selagi kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunah'. Jadi dimana rationalnya Anwar Ibrahim sebagai orang Islam boleh mempersoalkan apa yang termaktub dalam Al-Quran? Homeseksual di larangan Islam dan termaktub dalam Al-Quran. Jadi siapa Anwar Ibrahim yang boleh mempersoalkan undang2 Islam khususnya dalam konteks homoseksualiti? Adakah Anwar Ibrahim cuba mengatakan bahawa hukuman Allah SWT keatas umat Luth sebagai zalim?

Jika apa yang termaktub dalam Al-Quran pun boleh disanggah maka tidak hairanlah jika hukuman duania yang begitu ringgan pun boleh dipersoalkan. Wallahualam.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak semoga bulan yang mulia ini akan dapat merobah kehidupan kita kepada yang lebih baik.

MTK

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED