CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Monday, July 16, 2012

PAS Dakwa Persembahan @CTNurhaliza11 sebagai Program Maksiat?


Persembahan artis tersohor, Siti Nurhaliza semasa Jamuan Perdana Hari Parlimen Kota Bharu 2012 baru-baru ini didakwa sebagai program maksiat yang mahu dihidupkan kembali oleh UMNO Kelantan?

Di antara laporan Harakah :
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.

Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.

“Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut,” katanya. seterusnya
Selain daripada itu, lidah rasmi PAS itu mendakwa ada bodyguard yang membawa senjata untuk mengawal program persembahan Siti Nurhaliza.

Begitu mudah sekali pencacai PAS menuduh UMNO sedemikian rupa.

Ironinya, apakah pemimpin PAS Kelantan tidak nampak perkara yang dilakukan oleh counterparts mereka di kerajaan negeri Kedah?

Kenapa mereka tidak menegur pula 'keterbukaan' Azizan Bakar, Menteri Besar Kedah dengan aksi 'separuh terbuka' di Kedah? BACA SINI


Dan bagaimana pula dengan aksi 'K-Pop' PKR Bertam yang memalukan kepimpinan PKR dan PAS?


Video : k-pop PKR style

Hipokrit sungguh.



7 comments:

Anonymous said...

Pagi hari mencari lipas
Buat umpan untuk menjala
Kalau CT dah masok PAS
Barulah semuanya halal belaka!
Sunguh kelakar sipisau karat
Bila ketawa terhenjut-henjut
Fatwa PAS semakin sesat
Macam Fatwa Musang berjanggut.

lalat said...

jgn tak tahu ct diserang gara2 semakin tak nampak gaya nk sokong perjuangan PAS.

Jokiden said...

Maksiat!!!

Yang tak maksiat ialah cara Abby melalak di depan Kem Kamunting tu.

Adi Kencana said...

PAS mmg hipokrit. Dia buat OK, org lain x boleh...

SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

yang ni tak maksiat pulok??? siap nicky jumpa lps konsert dgn sultan lagi...
http://www.malaysiakini.com/news/101559

Anonymous said...

apa yg jadi kat penang dah kedah pas tak nampak...

pejuang hamas...

Anonymous said...

salam...
oiii Adi Kencana... TIDAK ada kene mengena sama ada yang hidup atau mati diantara Siti Nurhaliza dan SPR..
Pergi la buat laporan kt SPRM yang Nurul Izzah AKAN kalah dilembah pantai.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED