FACEBOOK DR MIM

Wednesday, July 25, 2012

PENGAKUAN USTAZ FATHUL BARI & NASRUDIN HASAN TENTANG ISU SOLEK & BEDAK


Akhirnya, foto yang sengaja disebarkan untuk memalukan Ustaz Fathul Bari seperti di bawah telah terjawab. Yang menariknya ialah jawapannya daripada kedua-dua pendebat yang sama-sama dibedakkan oleh makeup artist.

Bukan Ustaz Fathul Bari sahaja tetapi Nasrudin Hassan turut dimake up tetapi sengaja tidak ditunjukkan di dalam sebarang foto tersebut.

Walaubagaimana pun, MiM memuji keikhlasan Ustaz Fathul Bari UMNO dan Nasrudin Hassan PAS yang menerangkan perkara yang sebenarnya. Kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan tentang isu make up tersebut.

Tahniah!

MiM juga berterima kasih kepada Ustaz Fathul Bari kerana menjawab sms MiM mengenai perkara ini.

1. Kenyataan Ustaz Fathul Bari
Bismillah,

Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:

1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat (moga Allah mengampunkan kesalahan ini), dan saya telah memperpetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.

2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.

3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.

5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.

6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.

7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.

8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.

9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.

Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya
2. Kenyataan Nasrudin Hassan :
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.

"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.

Nasrudin membuat gesaan ini melalui facebooknya yang sehingga kini sudah mendapat 41,986 likes dan 13,840 orang bercakap tentang perkara ini.

Dalam catatan itu, Nasrudin mengingatkan semua bahawa sekarang adalah bulan Ramdhan, bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

Justeru itu, katanya, beliau harap sangat - sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.

Menurut Nasrudin, beliau bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya.

"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.

Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai.

"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.

Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini.

Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau.

"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium.

"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.

Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi.

13 comments:

  1. Alhamdulillah..Tahniah UFB- UMNO DAN UNT- PAS kerana dapat mengelakkan isu yg boleh menyebabkan fitnah berleluasa di kalangan umat Muhammad.. Syukur atas tindakkan yg di ambil dgn menjelaskan pekara sebenar yg berlaku.. Teruskan berkata benar walaupun kebenaran itu pahit! Semoga ALLAH mengampuni dosa2 umat Muhammad..

    ReplyDelete
  2. kan sejuk kalau begini..... bukannya susah...

    ReplyDelete
  3. Tnyata pembangkang suke men2 kn isu sntuh peribadi... ini ke tnda2 owg belaja agama... adkh nik aziz tdk menegur ahli2 beliau agar tdk mefitnah dn mgaibkn owg len... malu la, anda kata anda belaja agama tp ini sikap anda...

    ReplyDelete
  4. Tnyata pembangkang suke men2 kn isu sntuh peribadi... ini ke tnda2 owg belaja agama... adkh nik aziz tdk menegur ahli2 beliau agar tdk mefitnah dn mgaibkn owg len... malu la, anda kata anda belaja agama tp ini sikap anda...

    ReplyDelete
  5. Apa apa hal pun...yang BELAJO agama LEBIH BAIK dari yang tak ngaji agama...sebab yg ngaji agama..KENAL siapa SYAITAN...yang tak ngaji...YAHUDI pun di panggilnya TOK GURU....kah kah kah...amacam..jgn marah...nanti kena LELONG cam FELDA...

    ReplyDelete
  6. Ori Gato;

    Kalau yg mengaji agama tu kenal syaitan, tapi dgn kenalnya dia SANGGUP MENERIMA pertolongan syaitan, bagaimana hukumnya? Sedangkan Tuhan telah mengatakan "syaitan itu adalah musuh kamu yg nyata".

    Kurang pengajian agama, mungkin dia tak dapat menjauhkan diri dari pujuk rayu syaitan, kerana bebalnya.

    Soalnya siapa yg lebih bersalah - yg tahu salah tapi melakukannya, atau yg melakukan kesalahan kerana kejahilannya?

    ReplyDelete
  7. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.... Kita komen banyak2, kita bukan hebat sangatpun untuk menghukum orang lain... jom hisab kesilapan sendiri, itu adalah lebih baik dari sibuk menjaja cerita orang lain. Dosa pahala kita serahkan je pada Allah. Jangan terus menghukum...keduanya dah mohon ampun pada Allah atas kealpaan diri mereka....So kita sama2 doakan yang terbaik untuk mereka... bulan puasa ni jagalah lidah...

    ReplyDelete
  8. Cucu Tok JanggutJuly 26, 2012 at 6:36 PM

    ...anak Nik Aziz tidak berminat nak buat teguran dalam mana2 isu fitnah oleh puak mereka...dia hanya ada satu misi utama saja iaitu 'Allah telah arah beliau serta kumpulan baju hijau untuk rampas Putrajaya'...

    ReplyDelete
  9. apsal nak kaitkan nama nik aziz.??
    klau sorang penyokong pas wt fitnah, nik aziz salah ke?

    ReplyDelete
  10. sapa pulak yang mulakan fitnah ni ye? bukan ulama muda ust fauzan ke? Sepatutnya Ust. ni yang patut bertanggungjawab atas penyeberan fitnah ni. Macam fitnah terhadap DSAI sapa yang patut tanggungjawab? Macam doktor yang kata pakai pelincir dan macam-macam lagi tambahan "fakta". Takde ke rasa bersalah tu.

    ReplyDelete
  11. daripada berdebat marilah beramal..sepatutnya umat islam kene bersatu jgn bertelagah mcm ni..para alim ulama dan ustaz patut dihormati bukan dikeji..mereka mengaji lebih tinggi dr kita...tp mereka manusia biasa juga x lepas dr melakukan kesilapan....

    ReplyDelete
  12. Pasal solek kerana masuk TV pun jadi issue..nampak sangat betapa SEMPIT NYA PEMIKIRAN ORANG ORANG YANG MENANGGAP DIR MEREKA LEBIH 'WARAQ'DARI ORANG LAIN.....
    SANCTIMONIUS TWITS!!!!!!

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.