PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Wednesday, August 15, 2012

2 Foto - Apabila @NajibRazak & Anwar Ibrahim Bertemu Ulama Islam Dunia!


Foto di atas menceritakan 2 perkara penting :

1. Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa kelihatan mesra bersama DS Najib Razak. Kemesraan tersebut sudah pasti mendatangkan persepsi dan keresahan kepimpin pembangkang terutamanya PAS.

2. Najib Razak begitu mesra mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.

Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah.

Dan respons ulama-ulama dunia ini sangat positif dan memuji pemerintahan BN di Malaysia. Anda boleh baca di sini : KLIK SINI

Di bawah pula adalah tujuan sebenar Anwar berjumpa dengan ulama dunia. Sila baca di bawah :
AIDC : Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?
Zulkifli Noordin : Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf.

Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf.

Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.

Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat.

Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.

AIDC : Adakah ini dirancang oleh Anwar ?

Zulkifli Noordin : Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu.

Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini.

Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadilah.

AIDC : Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?

Zulkifli Noordin : Maksudnya beginilah, kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.

Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah.

Kita tidak beri gambaran (sebenar),iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu).

Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam.


Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat....
Artikel seterusnya KLIK SINI

4 comments:

Anonymous said...

Setakat jumpa ulama tapi perangai x mcm ulama apa guna....puiiiii...benda ni pun nak jaja kt semua org...betapa lemah sungguh manusia bernama Najib ni terpaksa iklankan diri bertemu dgn ulama utk menyakinkan org ramai dia baik dan beriman.

Anonymous said...

Kalau dah tak suka.....yg baik pon dilihat tidak bermakna. kesian ko ni....

Anonymous said...

Anon 8.23. Jealous ke?

Anonymous said...

Yg Anugay tu pegi mana2 setiap masa asyik nak jual nama ulama dan pemimpin2 besar dunia yg lain tu apa ceta? Perangai dia lagi jauh tak senonoh....asal ada peluang je pasti nak ambik gmbar dgn ulama pastu jaja cerita kat mana2 yg ulama3 besar dunia sokong dia...ptuuiiiii...

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED