Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan , nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini.Rupa-rupanya, kenyataan Nasharuddin itu tidak diambil kisah oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Yang terbaru ialah kenyataan bahawa PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Nasharuddin !
Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.
Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam. seterusnya
Sila baca :
PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan tidak akan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.Nasharuddin Mat Isa telah ditolak bulat-bulat oleh PAS Kelantan dan juga Bachok, parlimen beliau sendiri.
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengundi PAS di Bachok juga menolak Nasharudin dan mahu beliau digantikan dengan calon lain pada PRU akan datang.
Katanya, kemunculan bekas Timbalan Presiden PAS bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah, Rabu lalu, langsung tidak memberi kesan kepada parti itu kerana pengundi PAS di Bachok yang menolaknya.
“Pada pandangan kita (PAS Kelantan), kemunculan beliau (Nasharudin) bersama Najib sempena mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak memberi kesan kepada parti walaupun akan menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
“Nama Nasharudin tidak termasuk dalam senarai (calon) yang diangkat baru-baru ini dan kita dimaklumkan bahawa pengundi di kawasan itu sudah mencadangkan beliau digantikan dan desakan ini dibuat sebelum Nasharudin bersama Najib di Makkah - seterusnya
Tetapi MiM skeptikal dengan satu perkara, apakah benar pengundi Bachok 'mencadangkan Nasharuddin diganti' atau pemimpin-pemimpin PAS yang sebenarnya rakus berebut-rebut untuk menjadi calon PRU13 nanti?

4 comments:
Kalau macam ni lah orang PAS berfikir, aku nak suruh Najib pergi rumah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pulak hari raya ni. Biar dia pulak kena sekeh dengan orang PAS lain.
Pastu Najib pegi pulak rumah Nik Ajis, rumah Husam, rumah semua ADUN PAS Kelantan biar semua tak tercalon dalam pilihanraya nanti.
Biol sungguh otak orang PAS.
Jgn suruh najib jumpa isteri2 org PAS mcm nik axiz, husam, mahfuz etc sdh lah...nanti tak pasal2 mereka ceraikan isteri2 mereka tu...PAS ni bukannya waras sangat...
Jumpa saudara SEAGAMA pun tak boleh? Ajaran apa tu?
Jumpa kafir bru boleh.
Post a Comment