Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, September 30, 2012

Guan Eng & Anwar Tentu Resah Tengok Foto #BNpilihanorgmuda Ini! cc @Zaid_Hamidi @dzainalabidin @khairykj

Program BN Pilihan Orang Muda peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Sunway Convention Centre sebentar tadi bukan sahaja meriah tetapi yang paling penting sekali ialah kedatangan lebih kurang 5,000 pemuda dan pemudi dari Barisan Nasional Pulau Pinang.


BN Pilihan Orang Muda dirasmikan oleh DS Zaid Hamidi. Dato' Zainal Abidin, Yb Khairy Jamaluddin, Dato' Rosnah, Dato Musa, Ir Shaik Hussein dan juga kepimpinan BN yang lain.


Kebangkitan orang muda menyokong BN merupakan satu fenomena realiti yang berlaku hari ini. Pilihanraya kampus baru-baru ini menyerlahkan status majoriti siswa-siswi yang menyokong aspirasi kerajaan BN.


Dan hasil daripada keprihatinan Perdana Menteri kita yang mendengar pandangan dan kritikan orang muda, banyak pendekatan di dalam Belanjawan 2013 yang mesra orang muda.



PM @NajibRazak Dedahkan Propaganda Parti Anwar!!

MiM difahamkan bahawa beberapa orang dalam Pakatan pembangkang sedang bekerja keras untuk menyiapkan ucapan Anwar Ibrahim di Parlimen minggu depan.

Beberapa patah perkataan bombastik akan dugunakan dan juga beberapa quote daripada beberapa individu.

Dan sudah tentu Anwar akan menggunakan peluang itu untuk cuba memperlekeh-lekehkan Bajet 2013 dan mungkin menyerang individu terutamanya Perdana Menteri.

So,anggaplah ianya sebagai selingan ringan sahaja.


Walau apa pun yang akan berlaku, amalan demokrasi terbukti kukuh dan dipelihara di bawah kerajaan BN, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh pakatan pembangkang.

Sila baca juga di bawah :
Pembentangan Belanjawan 2013 bukan langkah untuk membeli undi rakyat tetapi merupakan komitmen kerajaan untuk memakmurkan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu.

Justeru, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak harus dituduh bersifat populis kerana berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan menunaikan janji yang diberi kepada rakyat.

Katanya pelbagai dasar dan perbelanjaan yang dilaksana untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi sehingga negara mampu mencatat perkembangan memberangsangkan ketika dunia berdepan kemelut ekonomi, merupakan antara kejayaan besar kerajaan selain penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) yang mencatat Terbitan Saham Awal (IPO) kedua tertinggi selepas Facebook.

"Ini kebanggaan kita, jadi kita tak boleh dituduh sebuah kerajaan yang bersifat populis."Kerajaan yang bersifat populis adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang menjanjikan perkara-perkara yang tidak mungkin dapat dilaksanakan," katanya ketika berucap pada majlis 'Jelajah Janji Ditepati' di Stadium Belia dan Sukan Paroi, di Seremban.

Bernama melaporkan kira-kira 12,000 anggota masyarakat dari seluruh pelusuk negeri memeriahkan majlis itu yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.Najib berkata pembangkang merasa tercabar apabila kerajaan memilih slogan 'Janji Ditepati' kerana sedar janji-janji yang ditabur mereka tidak mungkin dapat ditunaikan.

"Bila kita pilih tema Janji Ditepati, mereka melenting sebab tahu janji mereka tidak boleh ditunaikan...BN tidak janji perkara yang tidak boleh ditunaikan, kita berpijak di bumi nyata," katanya dan disambut dengan tepukan hadirin.

Najb berkata pemilihan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang diumum dalam Belanjawan 2013 semalam juga merupakan satu sindiran kepada pembangkang ekoran menganjurkan Bersih 2.0.

"Kita namakan BR1M 2.0 sebenarnya satu sindiran sebab pembangkang anjur Bersih 2.0 yang langsung tidak bersih...tetapi kita bagi BR1M untuk kesejahteraan rakyat

"Kalau negara kita makmur, kerajaan akan kongsi kejayaan dengan rakyat...jadi rakyat mesti yakin bahawa kerajaan sentiasa fikir apa yang telah dan yang baru akan dilakukan (untuk rakyat)," katanya.

Najib juga mengaku selepas membentangkan Belanjawan 2013 semalam, banyak perkara yang difikirkannya terutama mengenai petikan Surah Al-Baqarah yang beliau baca kerana membawa makna yang sangat mendalam.

Surah yang menekankan kepada melakukan kebaikan itu katanya sangat signifikan dengan apa yang dilakukan kerajaan, iaitu berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dan bukannya menabur fitnah, mencerca dan jauh sekali tidak menunaikan janji.

Atas dasar itu rakyat terus meletakkan keyakinan dan menyokong kerajaan pimpinan BN walaupun selepas 55 tahun merdeka dan melalui 12 kali pilihan raya umum.

"Hubungan yang saya anggap sebagai wa'ad antara kerajaan dan rakyat ini tidak mudah diputuskan dengan fitnah yang dilemparkan kerana rakyat yakin hanya satu kerajaan yang boleh menepati janji iaitu kerajaan BN," katanya disambut tepukan orang ramai.

Pada majlis itu Najib turut melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban yang bakal dibina di empat lokasi strategik membabitkan pembinaan kira-kira 5,000 unit rumah dalam tempoh dua tahun.

Melemparkan sindiran kepada kerajaan Selangor yang masih gagal menyelesaikan isu air di negeri itu, Najib berkata kesediaan kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutuan telah memungkinkan usaha sama melaksanakan projek perumahan berdasarkan keperluan rakyat.

"Bukan seperti di Selangor isu air pun tidak boleh 'settle', di negeri ini boleh beri kerjasama yang baik," katanya yang menambah bahawa rumah di bawah PR1MA akan dijual kepada mereka yang layak pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Selain itu Najib turut mengumumkan peruntukan RM158 juta untuk Dana Mudah Cara Pembangunan Lebuhraya Lekas-Temiang yang akan memanfaatkan kira-kira 10,000 penduduk di kawasan sekitarnya - Agenda Daily.

HOT! LAGI FOTO AKSI VIP POLITIK DENGAN SUPERMODEL KONTROVERSI!!



Hot! Blogger tersohor Pulau Pinang, Media Permatang Pauh telah keluarkan satu lagi foto seorang VIP politik yang berimej 'islamik' bersama seorang supermodel kontroversi di dalam pub.


Untuk mengetahui lebih lanjut identiti-identiti yang dijangkakan : KLIK SINI

Saturday, September 29, 2012

TUN MAHATHIR JADI TOPIK PANAS DI BANGSA-BANGSA BERSATU!

Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah berprestij 2012 Rafik Hariri Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Anugerah Habitat Memorial dari Presiden Yayasan Rafik Hariri dan juga balu Hariri. Acara itu diadakan di New York Public Library pada Malam Jumaat lepas. 


Tun Dr Mahathir Mohammad sekali lagi telah mengharumkan nama negara Malaysia apabila sumbangan tak ternilai beliau kepada negara ini telah di iktiraf pula oleh Habitat-Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. (Rafik Hariri UN-Habibat Award)

Penganugerahan berpestrij Pertubuhann Bangsa-bangsa Bersatu ini merupakan inisiatif bersama di antara Rafik Hariri Foundation dan UN-Habibat. 

Allahyarham Rafik Hariri merupakan Perdana Menteri Lebonan dari 1992 hingga 1998. Kemudian sekali lagi menjadi Perdana Menteri dari 2000 hingga 20 Oktober 2004.

Untuk mengetahui kriteria pemilihan anugerah berprestij itu : KLIK SINI

TERBARU! JUTAWAN NAFI SPONSOR JET MEWAH UNTUK ANWAR!


Sebelum ini kita telah menyaksikan pembohongan pemimpin PKR tentang jet peribadi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim. Tian Chua dibagi warning oleh Azmin Ali kerana menyusahkan Anwar.

Sekarang, ada pula kata sindiran yang mengatakan Kak Wan terpaksa jual surat cinta sebab nak tampung kos jet mewah itu!

Perkembangan terbaru jet mewah yang mencalar imej pakatan pembangkang sungguh menarik!

Sila baca di bawah :
Hartawan Sarawak, Datuk Sng Chee Hua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan beliau adalah individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya.

"Saya tiada kaitan politik dengan Anwar walaupun beliau masih kawan saya."Begitu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga kawan saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan spekulasi mengaitkan Chee Hua dengan urusan penyewaan jet eksekutif itu selama dua hari dengan nilai RM96,000 sewaktu Anwar berkunjung ke Sabah pertengahan bulan lalu.

Laporan itu turut memuatkan kenyataan seorang anak Chee Hua iaitu Larry Sng Wei Shien yang menjelaskan beliau tidak berhak bercakap bagi pihak bapanya.

Namun, Wei Shien yang merupakan Presiden SWP menjelaskan, setahu beliau, bapanya yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus dan Ahli Parlimen Julau itu tidak terlibat.

Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak.

Lelaki itu kini dikatakan menghilangkan diri apabila isu berkenaan diperkatakan media selain belum melunaskan bayaran sewa jet itu.
p/s : kenapa jutawan Sarawak itu menghilangkan diri? Takut kepada TS Taib Mahmud

CARA PALING MUDAH UNTUK FAHAM BAJET 2013 PM @NajibRazak !


Bajet 2013 memang bajet 'dari rakyat untuk rakyat'. Touch points menyeluruh dan melibatkan seluruh rakyat termasuk mereka yang masih tidak sedar diri menyokong pakatan pembangkang.

Di bawah adalah kompilasi mengenai bajet 2013 yang mudah untuk kita fahami. Perinciannya boleh kita kongsi bersama dengan rakan-rakan dan keluarga.

Sila bava di bawah :
























UPDATE! baJET Pakatan Pembangkang Terkandas Dek Bajet 2013 PM @NajibRazak


Di bawah adalah perkara-perkara penting tentang Belanjawan 2013 yang di bentangkan oleh DS Najib Razak. Yang menariknya tentang belanjawan kali ini ialah intipati belanjawan berdasarkan kepada persoalan-persoalan penting yang sering bermain di kepala rakyat.

Dan segala persoalan tersebut berkisar kepada kehidupan dan keperluan seharian kita semua.

Segala input itu berjaya dikumpul, dianalisis dan diterapkan dalam belanjawan hasil dari keterbukaan kerajaan BN mendengar dan meminta input dari rakyat sendiri.

Kerana itu MiM impressed dengan belanjawan kali ini yang truly mesra rakyat.

Lupakan sahaja propaganda pakatan pembangkang yang cuba memperlekeh-lekehkan belanjawan 'dari rakyat kepada rakyat' yang dibentangkan oleh Najib Razak.


Pakatan tidak sedar bahawa belanjawan mereka bukan sahaja 'gula-gula' tetapi racun yang bakal merosakkan negara ini.

Makanya, kita kaji belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Najib Razak supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pakatan pembangkang.


Dan yang pentingnya ialah rakyat akan dapat merasakan nikmatnya hasil daripada implimentasi belanjawan 2013 ini.




Friday, September 28, 2012

KENYATAAN MENARIK PM @NajibRazak BUAT ANWAR TERKEDU!


Berikut adalah petikan menarik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 bertema "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" di Dewan Rakyat hari ini.

1."Kerajaan ini hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala. Kita tidak pernah melakar llukisan yang pada hari ini tampak muluk-muluk dan indah, tetapi sebenarnya merupa racun berbisa".

2 "Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran, biarpun kelat. Kita tidak pernah mendodoi rakyat dengan dongengan lipurlara, sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan rakyat". 

3."Sayugia, mengurus sebuah negara majmuk yang kompleks seperti Malaysia bukan perkara mudah. Ia memerlan keihklasan dan kebijaksanaan kerana rakyat Malaysia amat cerdik menilai yang mana intan dan yang mana kaca". 

4. " Hakikat Rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan ini sebanyak 12 kali tanpa putus semenjak 1959 bermakna sesuatu yang betul telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada".

5. "Oleh itu, Bajet 2013 dirangka bertemakan 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati'".

6."Sehubungan itu, naskah bajet yang akan saya persembahkan ini merupakan sebuah penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia lantaran terus meletak kepercayaan kepada kami di sepanjang ketika". 

7. "Sejarah tercipta apabila dua daripada tiga IPO terbesar di dunia iaitu Felda Global Venture Holdings (FGVH) dengan nilai RM9.9 bilion dan IHH Healthcare Berhad dengan nilai RM6.3 bilion telah diterbitkan. Terkini, Astro akan disenaraikan pada Oktober 2012 dengan jangkaan nilai terbitan yang besar". 

8. "Kerajaan amat menghargai sumbangan para nelayan dan sentiasa memastikan kedudukan sosio-ekonomi golongan ini bertambah baik dan pendapatan mereka meningkat". 

9. "Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan syarikat Bumiputera dapat bersaing secara seimbang dalam pemilikan syarikat besar, pekerjaan berpendapatan tinggi serta pelaburan dalam sektor utama ekonomi". 

10 "Kerajaan akan melaksanakan projek perintis Taska OKU bagi enam kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi Down Syndrome, Autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran". 

11. "Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet, yang tidak memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaaan". 

12. "Sesungguhnya, kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah objektif tertinggi. Kerajaan ini tidak akan sekali-kali melakukan sebarang tindakan yang akan membahayakan masa depan orang ramai". 

13. "Hakikatnya, jika kerajaan terus memberi subsidi secara pukal, ia akan hancurkan kedudukan kewangan negara sehingga akhirnya rakyat menanggung akibat sepertimana yang berlaku di sesetengah negara". 

14. "Gula yang diambil secara berpatutuan adalah baik, namun sekiranya diambil secara berlebihan, ia mampu menjadi racun". 

15. "Sebaik manapun dasar yang telah digubal pihak kerajaan, tidak akan bermakna tanpa pelaksanaan yang cekap serta berkesan. Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam negara yang merupakan jentera pelaksanaan dasar negara, sama ada yang berada di peringkat daerah, pihak berkuasa tempatan, negeri mahupun pusat". 

16. "Menurut hukum, hutang wajib dibayar. Pinjaman PTPTN satu amanah. Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan". 

17. "Bajet yang baru saya bentangkan untuk tahun 2013 ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Ia merupakan antara siri-siri bajet yang akan mendorong negara tercinta ini ke arah pencapaian wawasan nasional. 

18. "Dengan izin Allah S.W.T. dan dengan sokongan dan dokongan rakyat Malaysia, Insya-Allah kita akan menyaksikan enam lagi bajet yang akan dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum Malaysia berubah status daripada sebuah negara membangun berpendapatan sederhana tinggi, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi". 

19. "Pujangga bermadah, bumi mana tidak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak. Kita akur kerajaan BN tidak bebas daripada kekhilafan. Tetapi yang membezakan kami dan mereka ialah mereka tidak mempunyai ketawadu'uan untuk mengakui kesilapan, sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan orang lain. 

20. "Maka, saya menyeru rakyat Malaysia supaya menghakimi kerajaan BN dengan amal perbuatan, bukannya retorik. Marilah bersama-sama saya dan rakan-rakan untuk kita melepas bebaskan segala potensi yang ada bagi membina sebuah negara yang boleh kita banggakan. 

21. "Sesungguhnya, kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman. Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan global". - BERNAMA

EXPOSED! FOTO AKSI VIP POLITIK BERSAMA SUPERMODEL!!

Seperti yang MiM katakan sebelum ini, blogger tersohor Pulau Pinang, Media Permatang Pauh (MPP) telah mendedahkan sebahagian lagi daripada foto seorang supermodel bersama seorang VIP parti politik di Pulau Pinang.

VIP tersebut merupakan seorang pemimpin politik yang berimej 'islamik' dan juga berbuka puasa di masjid dan surau semasa bulan Ramadhan.


Yang lebih menariknya ialah identiti model tersebut yang dikatakan kontroversi dan sangat panas!

Untuk mengetahui lebih lanjut : KLIK SINI

MiM pun dah tahu identiti VIP itu dan juga foto aksi beliau bersama model tersebut. Memang hebat!

Kata mudah, siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya. MiM tunggu respons VIP tersebut atau kita dedahkan sahaja.

Siapa agaknya?

TERBARU : Media Asing Kritik PM @NajibRazak !

Media perdana melaporkan kenyataan para ulama yang menggesa Anwar Ibrahim supaya bertaubat jika benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslims.

Ada yang berpendapat bahawa kenyataan kontroversi Anwar itu disengajakan supaya ianya dapat menutup isu besar sebelum ini seperti jet mewah peribadi yang melondehkan pembohongan pemimpin PKR.

Modus operandi 'memcipta isu untuk menutup isu' mungkin ada benarnya.

Walaubagaimana pun, di ketika Anwar mengeluarkan kenyataan itu, Perdana Malaysia, DS Najib Razak mendapat respons yang lebih positif jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

Sikap kesederhanaan Najib Razak yang juga disokong majoriti rakyat Malaysia tentang isu filem menghina Nabi SAW telah mendapat pujian daripada Wall Street Journal.

Sila baca :
Nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam bertindak secara aman dalam membantah filem anti-Islam, Innocence of Muslims serta majalah Charlie Hebdo di Perancis yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW mendapat pujian Wall Street Journal (WSJ).


Malah, WSJ menerusi ruangan Review & Outlook Asia turut mengalu-alukan seruan Najib terhadap umat Islam supaya tidak menggunakan keganasan untuk menunjuk perasaan.

"Maklum balas (nasihat) Perdana Menteri Malaysia minggu lalu kepada umat Islam berhubung bantahan terhadap filem serta karikatur itu selayaknya mendapat pujian.

"Penolakan beliau terhadap aktiviti ekstremis jelas bertentangan dengan beberapa pemimpin Islam lain seperti seorang menteri Pakistan menawarkan AS$100,000 (sebagai ganjaran untuk membunuh penerbit filem itu,’’ jelas WSJ seperti dipetik menerusi laman webnya, http://asia.wsj.com hari ini.

Pada 20 September lalu, Najib dalam laman blognya, http://1malaysia.com.my berkata, filem Innocence of Muslims dan karikatur Nabi Muhammad SAW merupakan penghinaan kepada umat Islam dan wajar dikutuk oleh pemimpin dunia.

Namun, beliau menyeru umat Islam supaya terus bertindak secara aman dan bukannya berpaling kepada keganasan untuk menunjuk perasaan.

WSJ menambah, Najib turut mengajak masyarakat antarabangsa untuk menyertai Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diilhamkannya semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), dua tahun lalu. - UM.
Perbezaan pendekataan tentang isu hina Nabi SAW di antara Perdana Menteri Malaysia dan Anwar Ibrahim seperti di atas sudah pasti menjadi salah satu kriteria rakyat untuk tidak menyokong Anwar.

FOTO : Khairul Fahmi, Penjaga Gol Kebangsaan Masuk Politik?

Seronoknya media alternatif pro-pembangkang apabila mendapa tahu bahawa Khairul Fahmi Che Mat, pejaga gol Kebangsaan turut memegang huruf 'R' seperti di dalam foto di bawah :


Huruf 'R' itu dikatakan simbolik kepada royalti minyak di negeri Kelantan.

Bagi MiM, perkara di atas bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Menyokong satu perkara tidak bermaksud seseorang itu menyokong penuh Pakatan pembangkang.

Kecuali jika individu tersebut masuk menjadi ahli sesebuah parti politik. Non-partisan adalah golongan yang menyokong sebarang perkara yang difikirkan elok, tidak kira dilakukan oleh BN atau pun pakatan pembangkang.

Yang membezakannya ialah kredibiliti seseorang pemimpin tersebut, tidak seperti parti PKR yang mempunyai ramai pemimpin yang didapati berbohong kepada rakyat.

Thursday, September 27, 2012

HOT! BELANJAWAN OPPA GANGANWAR STYLE!!





Seperti yang dijangkakan, belanjawan pakatan pembangkang menjadi bahan jenaka dan tidak praktikal.

Penganalisis politik menganggap bahawa pembentangan belanjawan ala-pembangkang sebelum pembentangan belanjawan 2013 pada 28 September ini hanya sekadar pembentangan main-main serta memberi harapan 'bintang dan bulan' kepada rakyat.

MiM juga berpendapat bahawa pembentangan awal ala-pembangkang juga seperti menaburkan pelbagai idea dan cadangan dengan harapan pembentangan 2013 pada 28 September nanti akan menyentuh salah satu daripada 'idea dan cadangan' tersebut.

Dan jika ada, maka pemimpin-pemimpin pembangkang akan cepat mendakwa bahawa Najib Razak telah menciplak 'idea' mereka itu.

Maka mereka perbesarkan 'kejayaan' mereka itu sehinggakan segala kebaikan dalam belanjawan 2013 akan tenggelam dan kurang dibicarakan oleh rakyat.

Di bawah adalah beberapa kenyataan yang menafikan kredibiliti belanjawan ala-pembangkang :
KUALA LUMPUR, 26 Sept - Belanjawan pakatan pembangkang yang dibentang Rabu disifatkan oleh pemimpin kerajaan sebagai kurang kredibiliti dan hanya untuk memancing undi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata ia merupakan satu lagi alat untuk menipu rakyat dengan janji-janji manis yang akhirnya tidak ditunaikan.

"Ia hanya untuk menipu rakyat untuk mengundi mereka dengan menabur pelbagai janji, tetapi tiada apa yang dilakukan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata bajet pembangkang yang dibentangkan hari ini lebih kepada 'angan-angan Mat Jenin' seorang pemimpin yang ingin menakluk kerajaan dengan cara menipu rakyat.

Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan menyifatkan belanjawan itu sebagai mustahil untuk dilaksanakan.

"Sebagai contoh, (dalam belanjawan pakatan pembangkang) mereka hendak buat lebuh raya antara Sabah dan Sarawak. Tengok di negeri-negeri mereka memerintah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, ada tak mereka buat lebuh raya?" katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung pula percaya apa yang dibuat oleh pembangkang tidak menunjukkan kredibiliti kerana ia dirangka secara tidak profesional dan akan meruntuhkan ekonomi jika dilaksanakan.

Mengulas cadangan belanjawan pembangkang untuk membatalkan 1Malaysia Development Berhad, Anggota Parlimen Setiu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata ini akan menggagalkan usaha kerajaan untuk membantu golongan Bumiputera.-- BERNAMA

Wednesday, September 26, 2012

PENDEDAHAN TERKINI TENTANG ISU KONTROVERSI JET PERIBADI YANG DIGUNAKAN OLEH ANWAR!

Pembaca blog MiM telah mengemukakan satu persoalan besar tentang kenyataan Datuk Taufik yang mengatakan bahawa beliau 'tidak ada kaitan persahabatan' dengan Anwar Ibrahim.


Di bawah adalah beberapa jawatan yang dipegang oleh Mojd Taufik. Di antaranya ialah :
Mohd. Taufik juga merupakan Presiden Judo Malaysia selain pengerusi LD Sports Sdn. Bhd., Kenangan Nilam Sdn. Bhd., Asiana Inspirasi Sdn. Bhd., KN Capital Sdn. Bhd, dan T Corp Labuan.
Jika kita perhatikan, beliau juga merupakan pengerusi LD Sports Sdn Bhd.

Jika kita rujuk dalam google search, LD Sports Sdn Bhd dimiliki oleh ahli perniagaan bernama Adlan Zabri.


Satu lagi persoalan yang ditimbulkan ialah kaitan di antara Adlan Zabri dan Adlin Zabri, bekas setiausaha akhbar Anwar Ibrahim. Apakah mereka adik beradik?

Dan jika mereka adik beradik, apakah benar Mohd Taufik tiada kaitan persahabatan dengan Anwar Ibrahim?

Isu jet peribadi ini menjadi lebih panas!

TERBARU! AGEN JET PERIBADI BUAT PENGAKUAN TENTANG KAITAN DENGAN ANWAR!

Media perdana telah melaporkan kenyataan Datuk Taufik yang menafikan mempunyai hubungan persahabatan dengan DS Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau hanya terlibat dalam urusan penyewaan jet peribadi tersebut. Yang menariknya juga ialah individu yang berurusan dengan beliau adalah daripada Sarawak!

Sila baca di bawah :


Siapakah individu daripada Sarawak yang sanggup menyewa perkhidmatan jet peribadi berharga RM96,000 itu?

Atau individu itu hanya orang tengah kepada ahli perniagaan yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini?

Dan kenapakah Anwar Ibrahim tidak mejawab pendedahan yang mengatakan bahawa terdapat connecting flight di antata Labuan-Kota Kinabalu sekurang-kurangnya 2 - 3 kali sehari?


3 soalan ini perlukan jawapannya dan MiM pasti rakyat sekarang bertambah ragu dengan pakatan pembangkang yang selama ini kerap menuduh pemimpin dan keluarga BN sebagai boros dan membazir duit.

LIVE! KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA KAMPUS USM #AspirasiMahasiswa #PRKampus


Keputusan akhir Pilihanraya Majlis Pelajar-pelajar USM telah diketahui dan diumumkan secara rasmi sebentar tadi.

Pro-Aspirasi telah memenangi 37 kerusi manakala pro-Mahasiswa memenangi 7 kerusi. 1 kerusi tidak dipertandingkan tiada calon.

Kehadiran ialah 47.12%.

Kemenangan Pro-Aspirasi yang juga pro-kerajaan kali ini merupakan satu peningkatan jika dibandingkan dengan pilihanraya kampus sebelum ini. Ketika itu pro-aspirasi memenangi 24 kerusi manakala pro-mahasiswa memenangi 14 kerusi.

Penganalisis politik mengikuti pilihanraya kampus ini dengan penuh minat kerana pencapaian kumpulan yang bertanding dilihat sebagai salah satu neraca prestasi sesebuah parti politik di PRU13 nanti.

Tuesday, September 25, 2012

LIVE! PERKEMBANGAN TERKINI PILIHANRAYA KAMPUS USM!! #AspirasiMahasiswa #PRKampus


Pilihanraya Majlis Pelajar-pelajar USM menyediakan 45 kerusi umum dan falkuti

Pada saat MiM menulis entri ini (11 malam), 31 telah dimenangi oleh pro-Aspirasi manakala 7 kerusi di menangi oleh pro-M.

Setakat ini tiada bantahan dibuat oleh kedua-dua pihak.

LIVE! KEPUTUSAN AWAL PILIHANRAYA KAMPUS USM! #Aspirasimahasiswa #PRKampus



Pada ketika itu diadakan pengirian undi untuk Pilihan raya kampus di kampus USM induk di Pulau Pinang.

45 kerusi dipertandungkan melibatkan kerusi umum dan fakulti daripada kampis induk, Fakulti perubatan dan kejuruteraan USM.

9 kerusi umum manakala selebihnya adalah kerusi fakulti.

Di ketika MiM menulis artikel ini, 3 kerusi umum dimenangi tanpa bertanding manakala 18 kerusi fakulti dimenangi oleh pro-Aspirasi.

Keadaan di dalam bilik pengundiaan terkawal dan tenang. Ramai pelajar-pelajar USM yang turut berada di luar bilik.

Hujan yang lebat di ketika mengundi telah melambatkan proses pelajar-pelajar keluar untuk mengundi.

MiM akan laporkan perkembangan terbaru dari masa ke semasa.



TERBARU! SELEPAS ANWAR, FOTO ZAID HAMIDI NAIK JET PULA TERSEBAR

Seperti yang kita sedia maklum, isu jet peribadi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim telah mendatangkan pelbagai persoalan dan keraguan yang amat kepada penjelasan Anwar terhadap isu tersebut.

Tian Chua memberi alasan yang lain daripada Anwar Ibrahim walau pun mereka duduk sekali dalam jet mewah tersebut.

Yang lebuh memalukan ialah kaedah media alternatif pro-pembangkang yang cuba untuk menafikan isu tersebut tetapi mereka dimalukan oleh Anwar Ibrahim yang mengaku berada dalam jet peribadi tersebut.

Luka bertambah perit apabila Datuk Taufik mengaku menyewakan jet peribadi itu untuk rombongam Anwar Ibrahim.


Walaubagaimana pun, banyak lagi persoalan yang belum dijawab. Contohnya, dakwaan 'tiada connecting flight Labuan - Kota Kinabalu' padahal penerbangan MAS memounyai sekirang-kurangnya 2 - 3 penerbangan ke sana.

Kenapakah Anwar Ibrahim mendakwa tiada connecting flight padahal jadual penerbangan membuktikan sebaliknya?

Dan sekarang, media alternatif pro-pembangkang terpaksa mencari isu lain untuk menutup isu jet peribadi mewah yang menyelubungi Anwar Ibrahim.

Mereka bercerita tentang Zaid Hamidi yang dikatakan menaiki jet peribadi ke Mekah.


Dan untuk menambah perit malu media pro-pembangkang, blogger tersohor Penang, Pisau.net telah menulis satu entri menarik.

Blogger Pisau.net mendakwa terkilan kerana MiM dan blogger tersohor Penang, MPP turut mengiringi Zaid Hamidi dengan jet lain. KLIK SINI

Blogger MPP pula mengeluarkan foto Zaid Hamidi dalam jet yang diharapkan boleh dijadikan isu oleh media pro-pembangkang tetapi mereka pasti kecewa sekali.

Begitu juga foto 2 jet yang didakwa mengiringi Zaid Hamidi!

Di bawah adalah 2 foto tersebut :



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang foto-foto ini, sila baca entri blogger MPP : KLIK SINI

DEDAH! KUMPULAN PRO-ISRAEL SOKONG PAKATAN PEMBANGKANG


Artikel Nile Bowie bertajuk 'Pro-Israel groups supports Malaysian oppositions' telah memperincikan hubungan di antara parti pembangkang dan agensi NGO pro-pembangkang dengan NGO luar negeri yang mempunyai kaitan dengan pro-Israel.

Di antara artikel tersebut :
NED President Carl Gershman was formerly a member of the Governing Council of the American Jewish Congress and Vice-Chairman of the Young People's Socialist League, and in 1968, he was employed in the research department of the Anti-Defamation League of B’nai B’rith, considered the most prominent Jewish service organization in the world, committed to the security and continuity the State of Israel. 

[10] The Anti-Defamation League is a US-based human rights group committed to the “security of Israel and Jews worldwide," and was implicated in 1993 by the District of Attorney of San Francisco for overseeing a vast surveillance operation monitoring American citizens who were opposed to Israel’s policies in the occupied West Bank and Gaza, prior to passing their personal information to the Israeli government in Tel Aviv. [11]

In addition to providing funding to the Bersih coalition through the National Democratic Institute, the National Endowment for Democracy’s Malaysian operation provides $100,000 (RM 317,260) for political news websiteMalaysiakini, considered to be the nation’s most pro-opposition news outlet.

[12] Premesh Chandran, Malaysiakini CEO, is a grantee of George Soros’ Open Society Foundations and launched the news organization with a $100,000 grant from the Bangkok-based Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), a recipient of funds from the Open Society Institute, the NED, and Freedom House, an organization reliant on US federal government grants for a significant percentage of its funding. [13][14] NED also provides $90,000 (RM 285,516) to SUARAM, an organization promoting human rights. [15]

The most significant recipient of NED’s Malaysia programs is the International Republican Institute (IRI), who annually receives $802,122 (RM 2,544,670) and is tasked to “work with state leaders in Penang and Selangor to provide them with public opinion research, training and other resources to enable them to be more effective representatives of their constituents.

”[16] IRI’s mention of these specific regions is unsurprising, as Penang is held by the Malaysian Democratic Action Party, while Selangor is held by Parti Keadilan Rakyat, two of the three organizations comprising the opposition coalition Pakatan Rakyat, led by Anwar Ibrahim. US Senator John McCain, an ardent supporter of American militarism who boasts of being “proudly pro-American and proudly pro-Israel”, chairs the International Republican Institute more

ARTIKEL TOP MINGGU INI.