Ketelusan dan keterbukaan yang kononnya dipegang oleh portal tersebut telah dipertikaikan hingga menyebabkan wartawan veteran itu meletakkan jawatan.
Sila baca :
PETALING JAYA 21 Sept. - Wartawan veteran YL Chong meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita itu enggan mengakui menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.Pendedahan wartawan tersebut sudah pasti memalukan serta menjatuhkan kredibiliti Malaysiakini yang sebelum ini begitu selesa melapor dan memutarbelitkan laporan berita.
"Saya minta Malaysiakini 11 tahun lalu supaya berterus-terang dan tidak menyembunyikan maklumat seumpamanya daripada pelanggan dan pembaca kami.
"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana saya sudah tidak sealiran dan tidak boleh menyembunyikan kaitan (Malaysiakini) dengan Soros," katanya kepada The Star di sini hari ini.
Chong menegaskan, beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi hendaklah berterus-terang selepas menerima wang tersebut.
"Namun saya percaya pada etika kewartawanan, terutama tatkala Malaysiakini mengisytiharkan dirinya sebagai mempromosikan ketelusan dan keterbukaan," kata beliau.- UM
Tetapi MiM yakin bahawa rakyat sudah dapat menilai sesuatu berita itu dan tidak akan terperanguh dengan propaganda pro-pembangkang.


No comments:
Post a Comment