
MiM bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya tentang cadangan agar PAS dan UMNO bersatu untuk menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi Muhammad SAW dalam filem 'Innonence of Muslims'
Katanya, gabungan seperti itu bukan sahaja perlu membabitkan Umno dan Pas, bahkan sepatutnya melibatkan umat Islam keseluruhannya.
Beliau juga berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab membersihkan segala tuduhan dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan memberhentikan tindakan mempersendakan Islam.
“Saya juga ingin mencadangkan ahli agama bersatu menjawab semua fitnah itu secara ilmiah dalam beberapa bahasa menjelaskan perkara ini.
“Setelah video ini tersebar Youtube, masyarakat mulai mencari bukti dan jawapan sebenar mengenai isu tersebut,” katanya.
"Pendekatan itu harus menjawab balik fitnah mereka yang anti Islam mengenai pengisian video tersebut tidak berasas dan benar." katanya lagi.
MiM juga bersetuju dengan inisiatif Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang akan mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat ini.
"Perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat." kata Khairy Jamaluddin.
"Pemuda Umno akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu." katanya.
Lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.
Beliau juga berkata, bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak boleh dipandang remeh.
Khairy juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera.
Perkembangan menarik ini sudah tentu akan dinanti-nantikan oleh rakyat terutamanya umat Islam negara ini.
Realitinya, kita amat jarang menyaksikan kepimpinan parti-parti politik melupakan ideologi masing-masing dan bersatu demi kebaikan terutamanya mempertahankan kesucian agama Islam.
MiM amat berharap agar perkara ini tidak pula diputarbelitkan atau ada pihak yang sengaja cuba menggagalkan bantahan ini.
Apa pun, MiM menyokong sepenuhnya pergabungan Pemuda UMNO dan Pemuda PAS dalam bantahan ini.

5 comments:
Salam Tuan Admin,
Mohon izin utk pautkan blog saya di sini. Blog tuan telah saya pautkan di blog saya. T.kasih dan slmt berjuang. Ikhlas dari : IBM
Link blog saya : http://ibm-akusayangumno.blogspot.com
saya pun sokong. Nak tgk umno & pas bersatu pertahankan nabi kita.
MiM....pinjam banner banner tu....cantik!
Patut sebarkan!
Kalau pihak barat yang bukan Islam itu menghina Nabi ianya adalah bukan satu masalah besar kepada umat baginda.Apabila anda memberi reaksi ganas terhadap penghinaan itu,anda sebenarnya memberi kerjasama dan turut menjayakan agenda si penghina.Kalau kita tidak melayan penghinaan ini,maka tidak akan ada orang yang akan melakukan kerja sia-sia ini.CIA sangat arif dengan gelagat dan emosi penganut Islam.Mereka akan memukul rentak dan menarilah penganut Islam di seluruh dunia.Kita lupa untuk mengatasi perpecahan sesama Islam yang didokong oleh tok-tok guru yang mengikut syarak jelas sesat dan menyesatkan.Tidak ada pihak berwajib dalam hal ehwal agama Islam yang berani bertindak terhadap tok guru yang turut menghina nabi ini.
SAH . BUKTI DAP ANTI ISLAM.
PAS WAJAR TOLAK DAP SEBAGAI RAKAN.
NGEH SHOULD MIND HIS OWN RELIGION.
WHY WANT TO PROVOKE OTHERS ?
Nothing to do with you stupid !
Post a Comment