
Sebentar tadi telah diadakan perasmian Semboyan Dibunyikan BN bahagian Nibong Tebal. Ianya dirasmikan oleh Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang.
Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi Bahagian Nibong Tebal dan beberapa kepimpinan komponen parti BN yang lain turut hadir.

Yang menariknya ialah desas-desus yang mengatakan bahawa Chegubard akan bertanding di Nibong Tebal. Nama Mansor Othman juga dikaitkan dengan konstituen yang sama.
Jika benar, MiM jangka BN tidak mempunyai masaalah besar untuk berdepan dengan mereka. Lebih-lebih lagi mereka turut mempunyai track records politik yang agak panas dan mendatangkan kontroversi.
Terdapat juga khabaran yang mengatakan bahawa banyak lagi isu tentang calon Pakatan di Nibong Tebal yang akan 'digeledah' dan dilondehkan semasa PRU13 nanti.
Pokoknya, rakyat setempat perlu tahu dan tidak akan tersilap lagi memilih wakil rakyat Pakatan pada pilihanraya kelak.
Dan 2 nama calon Pakatan yang 'panas' ketika ini di Nibong Tebal akan memudahkan tugas jentera pilihanraya dan media BN!
Manakala calon-calon BN di konstituen itu pula terdiri daripada pemimpin-pemimpin rakyat yang begitu disenangi oleh rakyat setempat kerana mereka benar-benar membantu masaalah rakyat.
Apa pun, MiM berharap agar Anwar Ibrahim tidak menolak 2 nama 'panas' iaitu Chegubard atau Mansor Othman untuk bertanding di Nibong Tebal.
Mengurangkan jentera pilihanraya Pakatan di Nibong Tebal dan diagihkan kepada konstituen yang lebih 'ada harapan untuk menang' mungkin satu option yang difikirkan oleh Anwar?

Foto : sidang akhbar BN di Nibong Tebal

3 comments:
chegu Bard ka .Mansor Othman ka ? yang Penting Calon PKR tak tahu Rongeng dengan Bini Orang atau Laki Orang....hahahahahahahaha
Kita Tengok sapa yang kena
tak sahlah panggil chegu bard sebab dia bukan chegu tapi penyangak. panggil jer .. er .. puki bard!
Takebeer
Post a Comment