PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Thursday, September 13, 2012

TERBARU! ANWAR IBRAHIM ADA MUSLIHAT - SAIFUL BUKHARI


Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim telah membatalkan saman terhadap Saiful Bukhari. Di bawah adalah kenyataan Saiful Bukhari.

Sila baca di bawah :
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 30hb Jun 2008, iaitu 2 hari setelah saya membuat laporan polis bahawa diri saya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim , beliau telah memfailkan saman fitnah ke atas saya atas dakwaan kononnya saya telah membuat satu laporan palsu.

Namun setelah 4 tahun, dan berulang kali ia dilengah dan ditangguh, semalam, beliau menarik balik saman ke atas saya, dengan alasan namanya sudah bersih.

Sebenarnya dari awal lagi, saya amat bersetuju jika kes saman ini diteruskan, kerana ia dapat memperlihatkan kebenaran pada semua.

Pada pendapat saya, beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hanya disebabkan faktor-faktor teknikal. Ini kerana didalam penghakiman penuh, saya percaya bahawa kredibiliti dan keterangan saya adalah "intact".

Saya juga percaya bahawa bagi mana-mana perbicaraan saman sivil, plantif (dalam kes ini adalah DSAI) pada kebiasaannya perlu memberikan keterangan secara BERSUMPAH dari kandang saksi untuk disoal balas oleh pihak defendan. 

Adakah keadaan ini yang membuat beliau gusar dan takut?

Kebiasaannya, setiap langkah beliau ada muslihat disebaliknya. Semoga saya terus dibawah bimbingan dan perlindunganNya.

Apapun saya telah lama bersedia dan tidak gentar. Jauh sekali berganjak dari apa yang saya perjuangkan selama ini.Yang pasti, saya akan terus berdoa, Istiqamah dan sabar.

Berani kerana benar

SAIFUL BUKHARI AZLAN

5 comments:

Anonymous said...

Mahkamah Syariah tersedia menunggu selepas PRU 13 nanti.

Anonymous said...

kes ini memang wajar benar di adili oleh dalam mahkamah syariah.
kes orang Melayu sama Melayu ....lslam sama lslam ... semua boleh rujuk pada QURAN

Anonymous said...

teruskan pejuangan utk menegakan kebenaran.. tawakal dan mohon petunjuk pada Allah swt..

Anonymous said...

Bagi saya tak terlintas pun nak meragui kebenaran haji Saiful Bukhari apabila dia telah bersumpah mubahalah di masjid wilayah KL.

Hanya orang yang bersalah takut untuk bersumpah. Anwar takut untuk bersumpah maka nyatalah dia bersalah.

Anonymous said...

tak semua yg bersumpah itu jaminan kepada kebenaran.zaman la ni orang sanggup lakukan apa sahaja jika keadaan mendesak.jika DSAI bersumpah umpama SEPUL,siapa lak yg akan dipercayai.lagi mengong difikirkan.dah kira berperikemanusian DSAI menarikbalik samannya.itulah akhlak yg diajar agama islam.takde la dalam kes dah kantoi salahpun ada hati nak saman orang.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED