Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, October 23, 2012

TERBARU! TUN DR MAHATHIR BUKA PEKUNG ANWAR LAGI!


Ada yang tidak kena dengan laporan Malaysia Insider di bawah. Ianya melaporkan kenyataan Tun Dr Mahathir dan TS Sanusi Junid tentang polisi ekonomi negara dalam reformasi perbankan negara yang mendapat ilham dari Jerman.

Polisi Jerman adalah mengekang pengaruh kewangan Yahudi.

Tetapi apabila Malaysian Insider melapor dan mengaitkan bulat-bulat polisi Jerman dengan senario di negara kita, seperti ada yang tidak kena dan mungkin akan disalah anggap atau dijadikan bahan politik murahan mereka yang desperado.

Kita tunggu respons mereka itu dan kita lihat cara mereka spin laporan MI itu.

MiM jangka akan ada yang cuba spin mengatakan bahawa kenyataan di bawah 'menghina kaum bukan Melayu' dan sebagainya.

MiM sarankan agar portal MI menyiarkan kenyataan penuh dan bukannya cebisan sahaja!

Sila baca :
KUALA LUMPUR, 23 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyalahkan Yahudi sebagai "pencetus masalah" dan menjelaskan polisi ekonomi yang dilaksanakannya yang dianggap anti Yahudi hanya untuk membantu membangunkan Malaysia.

Awal hari ini, bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid berkata reformasi perbankan Tun Dr Mahathir Mohamad diilhamkan oleh polisi lalu negara Jerman untuk mengekang pengaruh kewangan Yahudi bagi membantu orang Melayu tetapi ia kemudiannya digagalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata  hari ini.

"Masalahnya ialah mereka (Yahudi) adalah pihak yang sering mencetuskan masalah kepada kita dan dunia kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan melepaskan diri," kata Dr Mahathir ketika sidang media hari ini.

Beliau turut menjelaskan kemenangannya sewaktu pilihan raya 1999 disebabkan bukan Melayu, apabila Melayu tidak menyokongnya kerana menganggap tindakan yang diambilnya terhadap Anwar tidak adil.

Sanusi memberitahu forum ekonomi Melayu di PWTC hari ini bahawa Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.

Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi. seterusnya

'MALAYSIA TAKKAN SAMA LAGI', 'MALAYSIA BELONGS TO JESUS'- PANDANGAN ANDA?

Sebelum ini kita tentu tahu tentang facebook 'Malaysia for Jesus' dan lagu nyanyian Jaclyn Victor bertajuk 'Harapan Bangsa' Klik Sini

'Malaysia belongs to jesus' adalah diantara senikata lagu tersebut (rujuk di atas)

Di bawah adalah respons JAKIM tentang isu tersebut :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menyiasat dakwaan lagu ‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.

Keua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha memberitahu mStar Online bahawa Jabatan itu mengambil perhatian terhadap gesaan segelintir pihak yang meminta siasatan dibuat berhubung perkara itu.

"JAKIM sedang menyiasat mengenai dakwaan itu sama ada ia benar atau tidak dikatakan menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.

"Kami juga akan membuat penelitian secara telus mengenai sumber, sasaran dan tujuan lagu berkenaan sewajarnya,” katanya.Beliau mengulas mengenai gesaan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi yang menggesa Jakim supaya menyiasat lagu ‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor itu.

Othman menambah, siasatan yang dilakukan oleh Jakim bertujuan untuk memperoleh pengesahan sebenar bagi mengelak kekeliruan masyarakat terutama umat Islam di negara ini.Dr Mohd Puad dipetik sebagai berkata lagu berkenaan tidak sesuai disiarkan kerana bimbang akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain yang mungkin menganggapnya sensitif.

"Setelah meneliti lirik lagu ini, pada rangkap korusnya ada menyebut `setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah (takhta) mu' memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam juga begitu.

"Dia (Jaclyn) kena sensitif, dalam lirik itu juga jelas menunjukkan `Yesus (Jesus) adalah tuhanku'. Kalau dia sebut setiap penganutmu, orang faham penganut agamanya (Kristian) saja tetapi jangan sebut setiap suku, kaum dan bangsa di negara ini yang turut meliputi orang Melayu,” katanya.

Selain Jakim, Dr Mohd Puad turut mengesa siasatan yang sama dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

p/s : apakah pandangan anda pula?

.

KAJIAN BANK DUNIA YANG TIDAK MUNGKIN DISEBUT OLEH ANWAR & MEDIA PEMBANGKANG!


Portal Mynewshub melaporkan satu berita yang menarik tentang prestasi negara kita dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia.

Prestasi yang membanggakan ini tidak datang menggolek tetapi hasil daripada kecekapan kerajaan BN mentadbir negara ini.

Sila baca :
KUALA LUMPUR – Malaysia semakin menghampiri dalam matlamatnya untuk menduduki tangga 10 teratas dalam senarai Laporan Bank Dunia sebagai negara paling berdaya saing di dunia bagi menjalankan perniagaan.

Ia apabila Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 keluaran Bank Dunia hari ini meletakkan Malaysia di tempat ke-12 berbanding tempat ke-18 pada tahun lalu dan kedudukan ke-23 pada tahun 2010.

Laporan itu sekali gus menunjukkan Malaysia kini mengatasi negara maju lain seperti Sweden di tangga ke-13, Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28) dalam perspektif berkenaan.Peningkatan sebanyak enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini juga merupakan satu lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman dan pengiktirafan terbaharu Bank Dunia itu bakal mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai destinasi pilihan pelabur tempatan dan asing.

"Malaysia melonjak ke tempat ke-12 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 oleh Bank Dunia. Bank Dunia mengumumkan ini dalam edisi terkini Laporan “Doing Business”.“Laporan ini mengkaji 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mustapa berkata, laporan itu turut menyatakan Malaysia memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28), Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33), Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15), Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29) ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

Dalam pada itu, katanya, Malaysia juga disenaraikan di kedudukan ke-4 di dunia dalam kategori ‘Melindungi Pelabur’ dan di tempat pertama seiring dengan Afrika Selatan dan United Kingdom dalam kategori ‘Kemudahan Mendapatkan Pinjaman’.

Tambah beliau, Bank Dunia turut memperakui bahawa Malaysia antara sepuluh negara teratas di rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang melakukan pembaharuan yang menunjukkan kemajuan yang terkehadapan dalam amalan peraturan.

Ia berikutan Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 memuji Malaysia kerana menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dari Unit Pengurusan dan Prestasi Perlaksanaan (PEMANDU) untuk membuat pembaharuan dalam peraturan dan prosedur perniagaanJusteru, kata Mustapa,

Malaysia mengalu-alukan penemuan oleh Bank Dunia itu kerana ia mengesahkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berdaya saing dan menggambarkan kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan memperbaiki persekitaran perniagaan serta menjadikannya lebih kondusif untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

"Ia sekali gus menggambarkan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan kecekapan keseluruhan jentera Kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP),” katanya lagi. – mynewshub.my  




SEBAB ANWAR IRI HATI KEPADA PM @NajibRazak


Usaha kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membantu mendapatkan wilayah autonomi bagi Bangsamoro telah diketahui sejak beliau menjadi Menteri Pertahanan lagi.

Seorang pemimpin berpengaruh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Basilan, Billamin Turabin Hasan berkata, namun masyarakat Bangsamoro tidak menyangka Najib tetap meneruskan pelan mendamaikan MILF dengan kerajaan Filipina apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi Malaysia hari ini.

Menurutnya, disebabkan peranan Malaysia dan Najib itu, masyarakat di wilayah autonomi Bangsamoro hari ini begitu menghormati, kagum serta terhutang budi terhadap Malaysia dan rakyatnya.

"Secara peribadi dan mewakili lebih 5,000 masyarakat Pulau Tapiantana, kami seakan tidak percaya apabila Najib tidak pernah melupakan nasib masyarakat Islam di sini dengan berusaha sekian lama.

"Sebab itu juga, masyarakat Bangsamoro tidak melayan suara sumbang yang mempertikaikan peranan Malaysia sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik selama 40 tahun itu kerana kami tahu kebenarannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bilamin Turabin memberitahu, masyarakat Bangsamoro akan menganggap Najib sebagai wira jika rangka kerja damai itu dapat membawa kepada satu perjanjian muktamad terhadap wilayah autonomi Bangsamoro pada 2015.

Dalam pada itu, beliau berkata, Bangsamoro juga masih menagih bantuan daripada Malaysia untuk memberi bantuan dan tunjuk ajar dari segala aspek selepas ini bagi membangunkan wilayah autonomi tersebut.

"Selepas berperang selama lebih 40 tahun, kepulauan Basilan, Tapiantana dan Selainya kini berada dalam keadaan pemulihan, dan dalam hal ini kami sangat memerlukan tunjuk ajar dan bantuan daripada Malaysia.

"Kami memerlukan satu transformasi dalam tempoh terdekat bagi membentuk perjanjian muktamad untuk wilayah autonomi Bangsamoro agar menjadi bukti kepada kerajaan Filipina bahawa kami mampu mentakbir wilayah itu," ujarnya.

Monday, October 22, 2012

GEMPAR! BADAN KEHAKIMAN DILUPUSKAN JIKA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH??


MiM terkejut dengan kenyataan terbaru Anwar Ibrahim. Baca di bawah :
JOHOR, 21 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai ‘duta di Mongolia’.

"Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting - Keadilan Daily.
MiM terkejut kerana Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk memenjarakan seseorang. Sila bila satu parti politik melebihi undang-undang dan badan perundangan di negara ini?

Dalam propaganda pakatan rakyat sering mempertikaikan kononnya kerajaan hari ini masuk campur dalam sesuatu keputusan perhakiman, Anwar Ibrahim seperti membohongi sendiri kata-kata beliau dan seluruh kepimpinan pakatan rakyat yang kononnya memperjuangkan sistem kehakiman di negara ini.

Kenyataan di atas jelas menunjukkan pakatan pembangkang yang bukan sahaja jijik tetapi telah membohongi seluruh rakyat. Kata mudah, sistem perundangan dan kehakiman tidak akan lagi bersih dan bebas seperti sekarang.

Kita juga berpendapat Anwar begitu desperate dan tahu beliau akan kalah di PRU13 nanti. Ramai yang berkata bahawa kenyataan Anwar itu sekadar reverse psychology untuk membohongi rakyat sekali lagi.

Kita jangan sesekali terlupa dengan sandiwara Anwar kononnya akan menukar kerajaan pada 16 September 2008. Berapa ramai rakyat yang tertipu dengan propaganda jijik lagi kotor bekas banduan itu?

Dan kini Anwar mengulangi sekali lagi propganda kononnya akan menang di pilihanraya kelak. Takkan rakyat mahu ditpu sekali lagi? Apakah rakyat bodoh sangat untuk percaya?

Ada juga yang mengatakan Anwar biadap kerana semakin tertekan memandangkan pertelingkahan sesama sendiri dalam pakatan pembangkang.

Lastly, MiM tidak terkejut jika Anwar akan menafikan kenyataan di atas dan alasan beliau ialah 'media salah quote'!

Sunday, October 21, 2012

TERBARU! HADI AWANG DAPAT 'PENYAKIT' ANWAR??


MiM hairan dengan kenyataan Hadi Awang di bawah. Di antaranya :
Kata Hadi, kalau Pakatan menang dan Anwar jadi Perdana Menteri selepas PRU13 nanti, Sabah akan DIKEMBALIKAN kepada orang Sabah untuk ditadbir sendiri. seterusnya
Sebelum ini pun Sabah ditadbir oleh orang Sabah di bawah Barisan Nasional. Yang lebih menghairankan ialah sikap double standard pemimpin pembangkang yang menjanjikan perkara tetsebut.

Tetapi bukti yang paling mudah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang bukan orang negeri tersebut tetapi orang Melaka! Apakah Hadi Awang tidak nampak perkara tersebut?

Atau Hadi Awang menyindir Pemimpin DAP yang cocky, arrogant dan tidak boleh dipercayai itu?

Jika yang nyata ini pun tidak boleh dilaksanakan, apakah rakyat mahu percaya?

But one think for sure, Sabah akan tetap ditadbir oleh orang Sabah jika BN menang negeri itu dan negara.

HOT! JAWAPAN TERBARU ANWAR TENTANG SKANDAL JET MEWAH! !


Di bawah adalah kenyataan yang cuba rasionalkan penggunaan jet mewah yang dikatakan berharga RM96,000 untuk 2 hari penggunaannya.

Di antaranya :
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

"Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

"Mmang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam,” katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu - MK.
Jawapan berseloroh Anwar terasa seperti low class sekali lagi. Tambahan pula, pemimpin DAP cocky, arrogant dan tidak boleh dipercayai sering melabelkan pemimpin-pemimpin bermewah-mewahan.

Dan kita pun mahu tahu syarikat-syarikat tetsebut.

MiM SALUTE ANAK MUDA MALAYSIA DI MALAYSIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX 2012


Entri ini adalah khas untuk seorang anak muda Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia sebentar tadi. Nama beliau ialah Zulfahmi Khairuddin yang naik ke podium berjaya mendapat tempat ke-2 Malaysian Motorcycle Grand Pris 2012 kategori Moto3 250cc.

Sebagai peminat motorsikal, MiM sangat bangga dengan pencapaian anak muda ini.


Di bawah adalah keputusan penuh 125cc :

1. Sandro Cortese (GER) Red Bull KTM AJO 40' 54.123s
2 ZULFAHMI KHAIRUDDIN(MAL) AirAsia-Sic-Ajo 40’54.151s
3 Jonas Folger (GER) Mapfre Aspar Team Moto 40’54.370s
4 Luis Salom (SPA) RW Racing GP 41’02.626s
5 Miguel Oliveira (POR) Estrella Galicia 0,0 41’02.797s
6 Danny Kent (GBR) Red Bull KTM Ajo 41’03.458s
7 Alex Rins (SPA) Estrella Galicia 0,0 41’13.096s
8 Efren Vazquez (SPA) JHK t-shirt Laglisse 41’19.542s
9. Niklas Ajo (FIN) TT Motion Events Racing 41’24.837s
10 Adrian Martin (SPA) JHK t-shirt Laglisse 41’24.886s
11 Arthur Sissis (AUS) Red Bull KTM Ajo 41’25.009s
12 Brad Binder (RSA) RW Racing GP 41’25.142s
13 Jack Miller (AUS) Caretta Technology 41’25.348s
14 Alex Marquez (SPA) Ambrogio Next Racing 41’25.436s
15 Niccolo Antonelli (ITA) San Carlo Gresini Moto3 41’25.772s
16 Jakub Kornfeil (CZE) Redox-Ongetta-Centro Seta 41’25.838s
17 Alessandro Tonucci (ITA) Team Italia FMI 41’25.913s
18 Alberto Moncayo (SPA) Andalucia JHK t-shirt Laglisse 41’26.270s
19 Isaac Vinales (SPA) Ongetta-Centro Seta 41’33.487s
20 Romano Fenati (ITA) Team Italia FMI 41’39.947s
21 Alan Techer (FRA) Technomag-CIP-TSR 41’40.745s
22 John McPhee (GBR) Caretta Technology KRP 41’40.795s
23 Toni Finsterbusch (GER) Racing Team Germany 41’40.913s
24 Luca Amato (GER) Mapfre Aspar Team Moto3 42’03.209s
25 Josep Rodriguez (SPA) Moto FGR 42’09.857s
26 Giulian Pedone (SWI) Ambrogio Next Racing 42’27.840s
27 Kenta Fujii (JPN) Technomag-CIP-TSR 42’27.934s
28 Armando Pontone (ITA) Ioda Team Italia 42’48.237s

Danny Webb (GBR) Mahindra Racing 19’36.752s
Louis Rossi (FRA) Racing Team Germany FTR 11’24.542s
Riccardo Moretti (ITA) Mahindra Racing 2’30.073s- BERNAMA    

Semoga anak muda ini akan terus berjuang dengan mengharumkan nama negara di Grand Prix selepas ini.

ANWAR TAK MUNGKIN SAHUT CABARAN INI...



Dr Chandra Mustafa telah membidas propaganda jahat pembangkang yang cuba memperlekeh-lekehkan pendirian tentang leburukan pembangkang.

Di antaranya :
Jelas beliau, fitnah kononnya beliau dibayar untuk membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak benar dan penyokong ketua umum PKR itu berbuat demikian kerana tidak bersetuju apabila beliau memilih mempertahankan prinsip-prinsip yang diperjuangkannya.

"Yang mereka propaganda ini, yang mereka marah sebab dulu saya sokong Anwar dan sekarang saya menentang nentang, tak ada sebab lain.

"Saya mencabar mereka dari dulu, tunjukanlah bukti bahawa saya ubah dari segi prinsip-prinsip perjuangan bermakna dalam soal rasuah, dalam soal hak asasi manusia, dalam soal hubungan kaum, pendirian saya tetap sama," katanya. - AD
Bukan sahaja propaganda tetapi pembangkang turut menggunapakai tektik Nazi Hitler untuk memburuk-burukkan kepimpinan parti UMNO/BN.

DS @NajibRazak Difitnah Lagi Oleh Media Pro-Anwar Tapi Kantoi All-Time!!

Seperti yang kita sudah sedia maklum, media alternatif pro-pembangkang kerap menabur fitnah dan kerap lagi dibuktikan pembohongan mereka.

DS Najib Razak sering dijadikan mangsa fitnah sehinggakan kita tertanya-tanya, apakah mereka itu tidak takut dengan dosa yang mereka tanggung kerana mencipta dan menabur fitnah?

Di bawah adalah contoh terbaru fitnah terhadap Najib Razak dan kali ini, sukan pun mahu dipolitikkan oleh pemfitnah pembangkang. Gambar di bawah telah di photoshop oleh mereka dengan tanpa malunya, kononnya terdapat kain rentang yang tertera nama Najib.


Di bawah adalah bukti kejijikan media alternatif memfitnah Najib Razak. Foto di bawah adalah yang asli.


Sila rujuk Facebook Kelantan FA : Klik Sini

Lihat sikap media alternatif yang bukan sahaja jijik tetapi sungguh memalukan sekali. Bukan itu sahaja, dosa yang mereka tanggung memfitnah Perdana Menteri kita.

Yang lebih memalukan ialah lautan penonton-penonton yang berbaju merah itu terdiri daripada penyokong 'Gelombang Merah'.

KENYATAAN YANG MEMALUKAN PAKATAN PEMBANGKANG DAP!


MINGGUAN: Bagaimana anda melihat perkembangan Pulau Pinang sejak DAP mentadbir lebih empat tahun lalu?

BOO CHANG: Sedih. Kerana prestasi negeri kurang baik tetapi publisiti (oleh pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang) ada hampir setiap hari. Mereka selalu menguar-uarkan (program atau dasar) melalui kempen yang heboh. Saya lihat banyak duit kerajaan negeri digunakan melalui bermacam-macam pengumuman yang dibuat. Bagaimanapun, manfaat tidak sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi. Kita boleh nampak keadaan ini, ia bukan satu tuduhan.

CHENG GUAN: Saya nampak pembangkang tidak membawa banyak manfaat kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Yang banyak mendapat manfaat ialah pemaju tertentu. Sepanjang tempoh empat tahun ini, ekonomi Pulau Pinang tidak bergerak malahan jumlah pelaburan juga jatuh. Saya lihat Guan Eng dapat hasil dengan menjual tanah dan mengutip cukai tanah. Secara keseluruhannya tiada apa-apa peningkatan dibawanya ke Pulau Pinang.. - UM

Saturday, October 20, 2012

HOT! BUKTI PARTI PKR ADALAH SUCI BERSIH!!


PETALING JAYA: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memujuk wakil rakyat Barisan Nasional menyertai pembangkang dalam peristiwa 16 September 2008 adalah sebuah bentuk rasuah, menurut bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Dr Chandra Muzaffar.

Ekoran itu katanya, parti yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan sebagai tidak mempunyai etika politik selain pemimpinnya tidak bermoral.

"Ketita ambil dua contoh tentang sikap beliau kepada prinsip dalam perjuangan, khususnya prinsip yang berhubungkait dengan rasuah... Apa yang Anwar (Ibrahim) cuba lakukan pada 2008, peristiwa 16 September, itu adalah rasuah.

"Tak dapat kita nafikan, beliau cuba memujuk beberapa individu untuk menyertai beliau menjatuhkan dan menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.

"Itu pada hemat saya bertentangan dengan demokrasi, bertentangan dengan soal etika politik kerana beliau cuba merampas kuasa melalui pintu belakang. Itu bertentangan sama sekali dengan etika politik," katanya.

Dr Chandra yang juga Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST) berkata peristiwa 16 September itu menunjukkan bahawa Anwar selaku Ketua Umum PKR sanggup melakukan apa saja agar cita-citanya menjadi perdana menteri tidak terbantut.

Cakap tak serupa bikin

Beliau seterusnya memberi contoh, semasa bersama Keadilan yang kononnya menentang politik wang, tetapi menaburkan wang untuk memujuk individu-individu tertentu menyertai parti itu.

"Semasa saya dalam parti, (mereka) gunakan politik wang untuk memujuk individu-individu tertentu daripada salah sebuah parti di Sabah untuk menyertai Keadilan.

"Saya sendiri ada bukti tentang apa yang berlaku masa itu kerana saya sendiri Timbalan Presiden ketika itu. Saya tahu tentang peristiwa itu.

"Untuk memujuk PBS (Parti Bersatu Sabah), kerana kita terlibat dalam pilihan raya kecil Likas pada 2001, kita meletakkan calon, dan calon kita kalah tapi saya tahu bahawa salah seorang pemimpin yang menyertai Keadilan, tinggalkan partinya (PBS), saya tahu apa yang berlaku itu tak beretika dan saya tahu siapa yang terlibat," katanya. seterusnya

Friday, October 19, 2012

PANAS! SEBAB SEBENAR MUSA HASSAN GUGURKAN KES SAMAN KE ATAS ANWAR IBRAHIM!


KUALA LUMPUR, 19 Okt — Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi susulan keputusan beliau mengugurkan kes saman ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Dalam perbualan telefon dengan The Malaysian Insider malam tadi, Musa berkata perbincangan dengan Anwar adalah berbentuk peribadi dan berharap pihak tertentu berhenti daripada terus membuat pertikaian dalam isu tersebut.

"Kenapa mahu sibuk-sibuk hal saya? Ia adalah perkara peribadi antara saya dengan Anwar.

"Ini cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi dan saya berharap tidak perlu pihak lain untuk terus mencampuri urusan saya dengan Anwar,” kata Musa.

Kes tuntutan saman ke atas ketua pembangkang tersebut telah ditarik balik oleh Musa atas persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Musa yang ditemui diluar mahkamah menerangkan keputusan untuk menyelesaikan perkara tersebut diambil selepas beliau diberitahu berlaku “salah faham” dalam peranannya di dalam kes saman tersebut.

"Saya diberitahu terdapat salah faham tentang peranan saya di dalam kes yang difailkan ke mahkamah ini melibatkan insiden mata lebam disebelah pihak defendan.

"Jadi saya menerima cadangan untuk menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah,” kata Musa.seterusnya

p/s : TS Musa Hassan adalah seorang yang dikenali oleh rakyat maka tidak mustahil ramai yang akan bercakap tentang beliau.

TERBARU! PENGAKUAN TUN DR MAHATHIR TENTANG MORAL ANWAR IBRAHIM!!


Di antara laporan Sinar Harian :
Menurut Dr Mahathir, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai “karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin."

"Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, orang macam ini tidak dibenarkan ganti saya (ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri). Dia harus disingkirkan.

"Dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.“Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,” katanya.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir, rakyat tidak nampak masalah moral Anwar kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cekap berpidato dan menggunakan kelebihannya itu memesongkan pemikiran rakyat.“Sebaliknya dia menyalahkan orang lain pula,” katanya.

Thursday, October 18, 2012

KANTOI! DAP DAPAT RM3.5 JUTA DARIPADA PENYOKONG SETIA!


KUALA LUMPUR - Pembangkang tidak seharusnya mempertikai Umno Sabah mendapat sumbangan luar untuk kegiatan politik, sedangkan DAP sendiri mendapat wang kira-kira RM3.5 juta daripada penyokong setianya untuk membina bangunan baharu di Pulau Pinang,  kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik.

"Tiada masalah untuk mana-mana parti terima apa-apa sumbangan. Kita faham DAP pun dapat. Tetapi kalau Umno dapat lebih, itu kerana penyokong Umno lagi ramai.

"Bukan merupakan satu kesalahan...tetapi kalau hendak dijadikan satu kesalahan, kita bersedia buat undang-undang," katanya menjawab soalan tambahan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.

Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Nazri turut menjelaskan bahawa siasatan mengenai sumbangan yang diterima Umno Sabah bukan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) yang telah menyatakan tiada unsur rasuah dalam siasatan itu. - SH

p/s : Itu baru RM3.5 juta yang DAP terima. Apakah ada lagi sumbangan lain daripada penyokong setia DAP? Dari dalam negeri ke luar negeri ke?

Kita tunggu respons Guan Eng DAP.

KANTOI! MALAYSIAKINI DITANGKAP BERBOHONG BESAR TENTANG SCORPENE!!


Wartawan SorosKini Malaysiakini sekali lagi memperlihatkan kejalangan dan tektik jijik apabila memutarbelitkan kenyataan pendekwaraya kerajaan Perancis, Yves Charpenel yang dilaporkan oleh Bernama.

Soroskini Malaysiakini melaporkan kenyataan penyiasat, William Bourdon yang menafikan kenyataan Yves Charpenel. Di antaranya :
Beliau berkata hanya apabila selesai siasatan itu barulah hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada perbicaraan penuh akan diadakan untuk mendengar kes tersebut.

Bourdon (kiri) menyifatkan kenyataan pendakwaraya kerajaan Perancis, Yves Charpenel bahawa "tidak ada perbicaraan" terhadap kes tersebut, sebagai "bercanggah sama sekali" kerana keputusan sama perbicaraan perlu diadakan, akan diputuskan oleh hakim-hakim berkenaan apabila siasatan mereka selesai, dan dan bukannya pihak pendakwa.
Apabila MiM rujuk laporan Bernama yang kononnya dirujuk oleh wartawan Soroskini Malaysiakini itu, ternyata bahawa portal pro-pembangkang itu berbohong besar!

Pendakwaraya Perancis, Yves Charpenel itu hanya menjelaskan tentang pembohongan kononnya 'perbicaraan Scorpene sedang berlangsung' yang disebarkan oleh portal pro-pembangkang.

Malah, laporan Bernama itu turut melaporkan perincian prosedur undang-undang Perancis tentang hak untuk memfailkan aduan, kerahsian siasatan, perbicaraan mengikut peraturan dan sebagainya.

Tindakan wartawan Malaysiakini yang hanya mengambil secubit dari keseluruhan laporan Bernama itu adalah unethical dan menyerlahkan lagi keburukan portal yang ditaja oleh Yahudi Soros itu. Portal itu bukan sahaja memperbodoh-bodohkan William Bourdon tetapi pembaca portal tersebut.

Tektik jahat Malaysiakini ini perlu disekat dan diberhentikan dengan kadar segera. Wartawan yang melaporkan berita itu juga patut diberi amaran keras kerana laporan yang berunsurkan pembohongan.

Sila baca laporan penuh Bernama yang tidak dilaporkan oleh wartawan Malaysiakini :
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafika laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel memberitahu, di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.Beliau berkata, adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan, untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata "ya" atau "tidak". Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel.

Jelasnya lagi, di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.Seperti yang dikatakannya,

"Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia.

"Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata, mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.

"Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai.

"Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.

"Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.

Sabtu lepas, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan. - BERNAMA

Wednesday, October 17, 2012

LAA....ISU TERESA KOK DAP PULAK??!!


Apahal dengan Teresa Kok?


Sila baca entri panas ini : KLIK SINI

HOT! MUSA HASSAN, BEKAS KETUA POLIS NEGARA MASUK PARTI PAS??


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai PAS.

Sinar Harian melaporkan Musa berkata keputusannya menarik balik kes saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angn bahawa beliau akan menyertai PAS.

"(Khabar angin) tidak ada kaitan dengan kes semalam,” kata beliau.Ketika ditanya dakwaan yang tersebar laman siber bahawa beliau akan menyertai PAS, Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara akhir 2010 berkata:

"Itu tidak benar."

"Kalau cerita-cerita yang keluar di Internet tu, tahu sahajalah kebenarannya.

"Lagipun sama ada PAS ataupun UMNO, tidak ada sesiapa pun yang datang berjumpa saya untuk menawarkan keahlian,” kata beliau lagi.

Semalam, Musa menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, berhubung siasatan insiden 'mata lebam' pada 1998.

Keputusan itu dicapai dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos. seterusnya

p/s : jika itulah jawapan bekas Ketua Polis Negara, MiM syorkan agar kepimpinan UMNO mempelawa beliau menjadi ahli UMNO dengan kadar segera.

TOLONG SIASAT! SULTAN JOHOR DIHINA LAGI DISAMAKAN DENGAN B***!!!

Apa masalahnya dengan sesetengah orang di negara ini? Sungguh biaDAP dan tanpa malu menghina Raja-raja Melayu.

Contohnya ialah facebook di bawah :


MiM memohon agar pihak berkuasa menyiasat keceluparan budak tersebut dan ambil tindakan yang sewajarnya.

Kita tidak mahu kebiaDAPan ini menjadi wabak dikalangan rakyat negara ini.

TERBARU! BENARKAH ANWAR JEALOUS DENGAN PM @NajibRazak ?


Artikel menarik untuk pembaca sekalian :
Ketika pihak lain memperakukan peranan Malaysia membantu sehingga termeterai perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), suara Datuk Seri Anwar Ibrahim kedengaran berbeza.

Nun jauh di Rumah Putih pun sudah keluar kenyataan menghargai usaha Malaysia.Selain Amerika, pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa terpegun melihat sinar damai di Selatan Filipina.

Peliknya, Anwar ada sama dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pembankang di bangunan Parlimen, Selasa ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengalu-alukan perjanjian itu.

Presiden PAS itu berkata, Pakatan pembangkang mengalu-alukan perjanjian damai yang dimeterai di Manila Isnin antara kerajaan Filipina dan MILF.

"Ia sebagai satu penyelesaian yang sangat baik dan positif kepada keamanan serantau dan antarabangsa. Jadi kita harapkan semua perjanjian itu dilaksanakan sebaik-baiknya,” katanya.

Malaysia bertanggungjawab menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lalu.

Selain itu Abdul Hadi turut berharap isu berhubung konflik perkauman yang berlaku di Rakhine, Myanmar membabitkan etnik Rohingya dapat diselesaikan secara rundingan damai.

"Kita harap ia diselesaikan secara aman dan adil, itu harapan kita. Begitu juga di selatan Thailand, kita mahu supaya keamanan wujud di selatan Thailand dengan ada pendamaian semua pihak,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar ketika mencelah jawapan Hadi kepada satu soalan,seolah-olah melihat peranan Malaysia dalam mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina, seperti orang ‘jealous’. Bagi Ketua Pembangkang itu, soal Moro bukan isu baru kerana sudah ada tiga atau empat perjanjian sebelum ini.

"Selepas Presiden (Filipina) baru, Benigno Aquino…dia ambil inisiatif awal untuk adakan rundingan dan Malaysia beri sokongan,” katanya. Tegas Anwar lagi, "FAKTANYA, (ini) Inisiatif Presiden baru, kerana inisiatif beliaulah dapat penyelesaian. Bukan sahaja perjanjian tetapi perlaksanaan,”.

Sebaliknya, Anwar menuduh Malaysia ‘lembab’ kerana gagal suarakan pendapat bagi menyelesaikan isu di Rohingya, Myanmar padahal boleh menyuarakan isu Moro.

Untuk rekod misi kemanusiaan yang dipelopori oleh Kelab Putera 1Malaysia yang disertai 50 sekarelawan baru pulang dari kawasan bergolak di Myanmar itu.Mereka membawa 500 tan bantuan untuk membantu penderitaan orang Rohingya.

Mungkin Anwar kena baca balik kisah bagaimana rumitnya hendak mengendalikan misi itu.Akhirnya misi Kelab Putera itu yakni misi antarabangsa terbesar dibenar kerajaan Myanmar masuk ke kawasan itu.

Ini adalah hasil dari dokongan kuat kerajaan dan pengaruh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Tentu sukar bagi pembangkang mahupun Anwar sendiri mengiktiraf peranan Malaysia apatah lagi Najib turut berada sama di Istana Malacanang di negara itu menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Ini sebagai pengitirafan peranan Malaysia dalam usaha damai itu.Mungkin juga Anwar kecewa kerana usaha itu tidak berjaya ketika beliau masih dalam kerajaan dahulu.

Sebagai rekod, MILF adalah pecahanan daripada Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang ditubuhkan dan dipimpinan Nur Musuari.MILF dipimpin Salamat Hashim (bekas timbalan Misuari) memulakan perundingan mereka sendiri dengan kerajaan Filipina pada 1997.

Perundingan ini dihentikan apabila usaha peperangan habis-habisan (all out war) dijalankan oleh Presiden Joseph Estrada pada tahun 2000 - Agenda Daily

Tuesday, October 16, 2012

MALU! PAKATAN PEMBANGKANG BOHONG LAGI!!


Sebelum ini ada suara-suara sumbang yang mendakwa kerajaan persekutuan telah meanaktirikan negeri Pulau Pinang.

Mereka dengan tanpa malunya menadah tangan meminta bantuan kepada kerajaan persekutuan tetapi dalam masa yang sama, mengutuk kerajaan persekutuan.

Tindakan jijik mereka itu sungguh memualkan kita semua seolah-olah mereka sendiri tidak mampu untuk menjana kewangan negeri selain daripada pembangunan ekonomi yang telah dijana oleh kerajaan BN sebelum ini.

Sila baca :
GEORGETOWN, 2012 October 11 – Kerajaan pusat tidak pernah menganaktirikan rakyat Pulau Pinang malah banyak pembangunan yang dilaksanakan walaupun pentadbiran kerajaan negeri diambil alih pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum ke-12. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata ini dibuktikan dalam pelan pusingan kedua Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) di mana kerajaan memperuntukkan RM3.3 bilion bagi melaksanakan 197 program dan projek bagi kesejahteraan rakyat di negeri ini. 

"Tuduhan kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa Belanjawan 2013 tidak beri peruntukan yang banyak dan seolah-olah Pulau Pinang dianaktirikan itu memang tidak benar, banyak projek yang sedang dan akan dilaksanakan melalui pelan pusingan kedua RMK-10. 

"Keseluruhannya Belanjawan 2013 adalah Belanjawan yang bagus dan berorientasikan rakyat untuk kesejahteraan rakyat juga, ia juga bagi memastikan generasi akan datang mendapat manfaat yang sama,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Pulau Pinang di sini, hari Khamis (11.10.2012). 

Katanya selain itu ada beberapa projek lain dengan kos melebihi RM20 juta yang akan merancakkan lagi pelaksanaan projek-projek RMK-10 negeri Pulau Pinang.

Antaranya ialah projek pembinaan Politeknik Balik Pulau melibatkan kos RM105.3 juta, Institut Kemahiran Mara, Seberang Perai Utara (SPU) (RM89 juta) dan pembinaan jejambat menghubungkan Jalan Nangka-Jalan Perda Timur merentasi Jalan Padang Lalang/Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam melibatkan kos RM184.8 juta. 

Nor Mohamed berkata pelaksanaan projek-projek ini mencerminkan komitmen kerajaan pusat dalam membela nasib rakyat dan membawa kemajuan tanpa mengira sama ada negeri ini ditadbir oleh kerajaan pusat atau tidak. 

Beliau berkata sehingga 30 Sept ini status pelaksanaan keseluruhan projek-projek baru RMK-10 ialah 42 projek di peringkat perancangan, 82 projek di peringkat pelaksanaan, 70 projek telah siap dan tiga projek dibatalkan. – Bernama

Monday, October 15, 2012

HOT! BLOGGERS & FACEBOOKERS DIBERI AMARAN KERAS!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pihak berkempen menerusi media alternatif selepas pukul 12 tengah malam menjelang hari mengundi.    
Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata perbuatan itu melanggar Ata Kesalahan Pilihan Raya yang melrang calon dan ejen mereka berkempen di luar tempoh dibenarkan.    

Bagaimanapun, SPR tidak mempunyai penguatkuasa mahupun kepakaran untuk memantau media sosial dan alternatif seperti blog, Facebook dan Twitter, katanya.    

"Kita berharap pihak SKMM boleh melihat perkara ini dan bersama-sama membantu kita dalam mengenal pasti mana-mana pihak yang berbuat demikian" katanya pada taklimat SPR bersama wakil parti politik dan media di Kuantan hari ini.    

Noordin turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak menggunakan bahan kempen yang boleh memfitnah orang lain dan berdepan tindakan jika mereka ingkar.    

Dalam taklimat itu, SPR turut mengadakan demonstrasi proses pengundian di tempat mengundi yang disaksikan oleh kira-kira 100 wakil dari parti politik dan media.     

Bagaimanapun, proses itu terganggu beberapa kali apabila beberapa wakil dari parti pembangkang terus mempersoalkan beberapa prosedur termasuk penggunaan pensil untuk menandakan nama-nama pengundi.- Bernama

TERBARU! PENGANJUR BIADAP KONGSI RAYA HAJI & HALLOWEEN DIKENALPASTI!!


Sebelum ini kita dikejutkan dengan kebiadapan dan ketidaksensitifan pihak penganjur di Berjaya Megamall yang mengabungkan Hari Raya Haji dengan Halloween. Baca Sini

Yang terbaru ialah kenyataan penganjur, The PR Excellent Creative (PREC) telah memohon maaf kerana ketidaksensitifan mereka itu.

Di antara yang dilaporkan oleh Sin Chew Daily :
KUANTAN, Oct 15 – The PR Excellent Creative (PREC) has apologised for hanging a poster wishing a happy Hari Raya Haji and promoting Halloween activities on the Kuantan Berjaya Megamall building, an inadvertence that caused uneasiness among Muslims.
PREC PR Manager Xie Yong-Zi said that although the poster has been divided into two parts to wish Muslims a happy Hari Raya Haji and promote Halloween activities respectively, the poster printed with two different cultural activities has still unexpectedly caused uneasiness among Muslims.

"The left part of the poster was meant to wish Muslims a happy Hari Raya Haji, while the right part was meant to promote Halloween activities. We did not mix the two festivals together.

"However, we have removed the poster upon receiving complaints from Muslim organisations," she said.

She said that the PREC apologises to the public for its inadvertent mistake and lack of sensitiveness in handling two different cultural activities. The company also promised not to repeat the same negligence.

The Sin Chew Daily only co-hosts a coloring contest as part of the Halloween activities under the company's invitation, but not any Hari Raya Haji activities.
Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang, apakah PR Excellent Creative hanya meminta maaf di akhbar Cina, Sin Chew Daily sahaja? Berapa kerat pembaca beragama Islam yang membaca akhbar tersebut?

Kenapa PR Excellent Creative tidak meminta maaf di dalam akhbar berbahasa Melayu yang rata-ratanya pembaca beragama Islam?

Jika tidak, syarikat itu tampak tidak ikhlas untuk memperbetulkan kedaifan mereka tentang agama Islam di negara ini.

Jika sudah, apakah cukup dengan meminta maaf sahaja?





STATISTIK YANG PERLU DIKETAHUI OLEH SETIAP PENGGERAK MEDIA ALTERNATIF! cc @NajibRazak @dzainalabidin


MiM ingin berkongsi dengan pembaca sekalian, tidak kira anda penyokong BN atau pun penyokong pakatan pembangkang.

Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sebelum ini telah mebuat kajian mengenai kaedah orang muda mendapatkan informasi berkenaan politik tanah air.

Di bawah adalah keputusannya :

1. 60 peratus orang muda memperolehi maklumat daripada media alternatif.

2. 25 peratus daripada media arus perdana seperti televisyen.

3. 15 peratus yang menggunakan akhbar untuk mendapatkan maklumat berkenaan politik.

Kita juga perlu tahu bahawa jumlah pengundi muda dan kelas pertengahan meliputi 30 peratus daripada daftar pengundi.Dan golongan ini merupakan penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik yang bertanding dalam PRU13 nanti.

Kepentingan media alternatif sudah lama dipraktikkan oleh pakatan pembangkang. Dengan bantuan dana asing dan sebagainya, media alternatif diperkukuhkan sebagai penyampai propaganda kepimpinan pakatan pembangkang.

Dan modus operandi pakatan pembangkang semakin mudah dibaca tetapi malangnya, sudah lama tidak dicounter attack sehinggakan ramai yang percaya dengan pembohongan besar pakatan pembangkang.

Kaedah 'Argentum Ad Nausem' yang dicipta oleh Menteri Propaganda Nazi Hitler digunapakai. Petuanya mudah, jika satu pembohongan itu diulang-ulang dan dibesar-besarkan, maka pembohongan itu boleh dianggap sebagai satu kebenaran.

Inilah yang dilakukan oleh pakatan pembangkang. Isu Al-Tantuya dan Scorpene adalah beberapa contoh pembohongan besar yang sering dimain-mainkan oleh kepimpinan pakatan pembangkang sehinggakan ada yang percaya dengan pembohongan tersebut.

Contoh lagi ialah propaganda pembangkang memainkan isu beberapa bekas pemimpin BN bertindak keluar parti BN menyebabkan kononnya BN Sabah akan hancur.

Padahal, mereka yang keluar parti itu terdiri daripada mereka yang kecewa dan hampir senja dan pakatan pembangkang adalah platfom yang dikenali untuk mereka yang kecewa, tidak disokong lagi oleh akar umbi dan sebagainya.

Pembohongan demi pembohongan tentang status sebenar di Sabah itu diulang-ulang oleh pakatan pembangkang sehinggakan ada yang terbeli padahal BN Sabah semakin kukuh tanpa bekas-bekas pemimpin BN yang menyusahkan politik negeri tersebut.

Banyak lagi 'Argentum Ad Nausem' yang telah dan akan terus dimainkan oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang. Dan sudah tentu, media alternatif adalah sumber utama kepada mereka untuk melancarkan propaganda tersebut.

Dan sudah tentu, media alternatif pro-BN perlu sentiasa siapsiagah memainkan peranan yang sangat penting untuk counter attack serta memperbetulkan fitnah dan pembohongan tersebut.

Setiap kepimpinan tertinggi UMNO perlu tahu statistik orang muda yang MiM katakan. Media alternatif pro-BN mesti ditambahbaik dan disiapsiagahkan dengan bantuan yang secukupnya.






Sunday, October 14, 2012

TUN DR MAHATHIR TAK RELEVAN LAGI??


KUALA LUMPUR -  Meskipun pentadbiran negara sudah bertukar tangan di bawah Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat terus berpendapat faktor Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi kesan ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Rata-rata yang ditemui dalam tinjauan yang dibuat Sinar Harian Online memberitahu, mereka senang dan masih percaya kepada Dr Mahathir dan merasakan kembalinya 'suara' pemimpin itu akan diterjemahkan melalui peti undi.

Bagi seorang peniaga, Abdul Majid Mohd Joned,  walaupun era pemerintahan pemimpin berkenaan telah berlalu, namun ideanya  tidak pernah basi.Malah katanya, pembabitan Dr Mahathir secara tidak langsung, bakal memberikan kesan yang hebat dalam keputusan PRU13.

"Beliau masih ada ciri-ciri kepimpinan yang mana kita akur tentang idea beliau. Dia mencorakkan Malaysia daripada tidak maju kepada maju. Dari negara pertanian kepada negara industri.

"Beliau seorang pemimpin yang tidak pernah berubah. Apa yang dikatakan ketika beliau memerintah, sama seperti sekarang. Kalau dulu beliau kata George Soros itu penyangak mata wang, sekarang pun begitu juga,” katanya.

Mengulas sama ada respons-respons Dr Mahathir dalam beberapa  perkara melibatkan isu politik di negara ini tidak disenangi sesetengah pihak, Mohd Johar Bahari, 52, berkata, ia hakikatnya terpulang kepada penerimaan Najib selaku Perdana Menteri.

"Terpulang kepada Perdana Menteri kita yang baru, mungkin kalau beliau ingat apa yang telah dilakukan untuk membantu rakyat Malaysia, mungkin beliau akan menerima pendapat Dr Mahathir,” katanya.

Manakala menurut Roslan Kutar, 43, ini adalah masa kepada Mahathir untuk membersihkan imejnya yang sebelum ini sedikit tercalar.

"Suntikan pandangan beliau rasakan amat perlu. Saya faham rakyat sebelum ini begitu marah dengan beliau,” katanya.Shaari Shamsuri, 55, berkata, keputusan PRU13 bakal dicorakkan generasi muda yang kelihatan agak kritis terhadap pentadbiran Mahathir.

"Faktor Mahathir itu masih kuat tetapi pada masa sekarang generasi muda ini melihat kepada saluran-saluran lain seperti menggunakan media baru,” katanya. - SH

HOT! SATU LAGI PENDEDAHAN TENTANG SOROS & MALAYSIAKINI!!


Satu lagi pendedahan tentang SorosKini Malaysiakini yang dibiayai oleh Yahudi Soros. Sila baca :
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penyangak matawang George Soros adalah perjumpaan antara pesaing yang mempunyai kepentingan berbeza, kata bekas Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Jelasnya, berjumpa antara seorang pesaing atau lawan dengan pertemuan antara tuan dan hamba tentulah berbeza."(Bekas Perdana Menteri) Tun Mahathir Mohamad dan Najib bertemu dengan Soros sebagai pesaing yang masing-masing memegang kepentingan berbeza manakala Malaysiakini berjumpa Soros pertemuan antara tuan dan hamba.

"Kepentingan mereka sama iaitu meruntuhkan negara yang berdaulat di mana satu pihak menadah tangan sebagai hamba manakala satu pihak lagi memberi dana sebagai tuan," katanya dalam satu kenyataan media pagi Ahad.

Menurut Ezam, jika dilihat semula dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW juga pernah berjumpa beberapa ketua masyarakat Yahudi yang menjadi seterunya. 

"Malah kebiasaan seorang jeneral perang dulu dan kini bertemu lawan mereka terlebih dahulu," katanya.

Sebelum ini, portal berita Malaysiakini yang tidak tahan dikritik berikutan sah menerima dana dari Soros mendedahkan Najib juga ada bertemu Soros pada tahun 2010.Najib dalam reaksinya mengakui memang benar beliau ada bertemu Soros pada 27 September 2010 ketika menghadiri sidang Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

"Ya, memang saya berjumpa dengannya. Apa salah dengan itu?. Ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak,"katanya.

Beliau juga selamba secara berjenaka kata ,"tak perlu dibimbangi. Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat."

Menurut Perdana Menteri sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah jumpa dengan Soros.

Mengulas lanjut, kata Ezam, tindakan Soros yang menggunakan wangnya untuk meruntuhkan negara boleh dilihat dalam kes di Eropah Timur seperti negara Georgia dan Hungary, selain yang terbaru di Mesir ketika dan selepas revolusi menggulingkan Presiden Husni Mubarak. seterusnya

TINDAKAN KE ATAS BODYGUARD ANWAR YANG ACU PISTOL..


MELAKA 13 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan melibatkan pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistol ke arah orang awam pada satu ceramah di Jasin dekat sini September lalu telah siap dan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat ini.

"Kertas siasatan berhubung insiden tersebut telah lengkap dan kita akan hanitar kepada pejabat AG untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Beliau ditemui selepas majlis penganugerahan darjah, bintang, tauliah dan pingat sempena Hari Jadi Ke-74 Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.Ismail menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang mempersoalkan tempoh masa yang perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes tersebut walaupun segala bukti telah dikemukakan  - UM

MELAMPAU! TARIAN MODEN & FESYEN KEBAYA DEPAN GAMBAR KAABAH? !!

Malam ini kita dikejutkan dengan foto yang menghina umat Islam seluruh negara ini.

Hari Raya Haji disambut dengan Hari Haloween manakala Kaabah diperlekehkan!


Jika kita lihat banner dalam foto tersebut, Berjaya Megamal yang sponsor program tersebut. Benarkah?

Malah, terdapat pertunjukkan tarian moden, fesyen kebaya dan macam-macam lagi seperti yang tertera di atas poster besar itu. Benarkah?

Jika benar, pemilik premis Berjaya Megamall mesti ditegur kerana tidak sensitif kepada perasaan umat Islam.

Tetapi yang lebih memalukan ialah terdapat media pro-pembangkang yang menabur fitnah dan mempolitikkan isu ini dengan menyalahkan kerajaan BN negeri Pahang.

Apa pun, kita meminta pihak bertanggungjawab agar menyiasat perkara ini. Jika benar, tindakan sewajarnya mesti dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

Saturday, October 13, 2012

SENARAI PENUH 831 LOKASI KAMERA AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM ( AES )

Sebelum ini, ramai rakan bloggers dan pihak-pihak lain yang mempertikaikan kaedah Automated Enforcement System (AES) yang dilihat lebih berkonsepkan business oriented kerana wujudnya peratusan kepada pengendali AES tersebut.

Siapa yang tidak mahu untung di dalam perniagaan tetapi dalam masa yang sama, perincian kepada banyak persoalan yang ditimbulkan, perlukan jawapannya.

Sudah tentu cara yang terbaik ialah untuk mendapatkan jawapannya daripada mereka yang terlibat, sama ada pihak JPJ dan juga syarikat yang terlibat.

Buat ketika ini, MiM ingin berkongsi dengan pembaca lokasi 831 kamera AES.

Rumusan Lokasi AES

Lokasi AES - Lampu Isyarat

Apa pun, pesanan MiM : pandu dengan cermat dan atur perjalanan anda supaya tidak terburu-buru. Berdoa supaya perjalanan itu dilindungi oleh Allah SWT.

Friday, October 12, 2012

KANTOI! CUBA MALUKAN TUN DR MAHATHIR TAPI RAHSIA BESAR ANWAR YANG TERBONGKAR!


Di dalam kehangatan isu portal pro-pembangkang, Malaysikini dikaitkan dengan penyangak matawang Yahudi George Soros, portal tersebut telah tersilap langkah apabila cuba menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad turut terlibat dalam spekulasi matawang sama seperti sponsor mereka, Soros.

Di antara laporan Malaysiakini,
Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang se pada awal tahun 1990-an.
Satu perkara yang fundamental dan tidak dilaporkan oleh portal pro-pembangkang itu ialah Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan ketika beliau telah didesak untuk bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian Bank Negara!

Dan individu yang mendesak Anwwar Ibrahim ialah Lim Kit Siang.

Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990 hingga 1998, Anwar pernah dikritik di Dewan Rakyat pada tahun 1993 kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yang mencecah bilion ringgit.

Lim Kit Siang,Ketua pembangkang di Dewan Rakyat pada itu mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian tersebut

Di Parlimen, Selasa, 27 April 1993, Kit Siang menegaskan :
“Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini.

Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.” seterusnya
Anwar Ibrahim menjawab kenyataan Kit Siang, bagaimanapun jawapan panjang lebar Anwar itu memerangkap dirinya.

Portal AIDC mendedahkan :
Esoknya, tepat jam 3.38 petang Lim Kit Siang – setelah merakamkan penghargaan kepada jawapan Anwar – berkata :“Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai non-reply….. Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan sehingga habis tempoh 30 minit yang diperuntukkan untuk beliau.

Kenyataan itu…..hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yang terpaksa disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet…..Hakikat yang sebenarnya ialah beliau (Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.

"Selanjutnya Kit Siang membidas gaya Anwar yang tidak bersedia membaca teks ucapan yang disediakan supaya dapat gambaran beliau membuat pembentangan dengan spontan bagi mempamerkan kehebatannya dalam perkara tersebut. seterusnya
Ironinya, segala kenyataan di atas tidak dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tun Dr Mahathir cuba diperlekehkan padahal angkaranya ialah sekutu portal tersebut, Anwar Ibrahim dan pihak yang mengkritik Anwar ialah sekutu portal itu juga iaitu Lim Kit Siang.

Nampaknya, portal Malaysiakini semakin tercalar imej mereka.



PENCIPTA GAMBAR PALSU PM @NajibRazak DISIASAT POLIS..

Media perdana melaporkan bekas pengasas bersama PKR, Ng Lum Yong dan pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah membuat laporan polis bagi menggesa siasatan berhubung penyebaran gambar palsu yang disifatkan cuba mengaibkan Perdana Menteri, DS Najib Razak.


Gambar palsu tersebut adalah super imposed kononnya Najib Razak bersama Altantuya dan Abdul Razak Baginda.

Laporan polis itu juga mendesak siasatan berhubung kenyataan Pengarah Suaram di sebuah akhbar beberapa bulan lalu yang mengatakan pertubuhan itu menerima dana asing bagi membiayai kempen memfitnah Perdana Menteri.

Bagi MiM, gambar palsu superimposed yang dimain-mainkan oleh pemimpin pembangkang adalah salah satu lagi ciri tektik yang dicipta oleh pihak Nazi Hitler. Argentum ad nausem adalah kaedah propaganda Nazi yang membesar-besar dan berulang-ulang bercakap tentang satu pembohongan sehinggakan ada yang percaya dengan pembohongan tersebut.

Kaedah Nazi itu digunapakai oleh pembangkang dan kes Al-Tantuya dijaja oleh mereka ke sepelusuk negara hinggakan ada yang terbeli dengan propaganda jahat pembangkang. Dan gambar palsu Najib Razak dijadikan umpan untuk mengguatkan lagi propaganda tersebut.

Begitu juga dengan beberapa lagi isu yang diputarbelitkan oleh pemimpin pembangkang : BACA SINI

HOT! YB ZULKIFLI NOORDIN TUNJUK BUKTI MAJLIS DAP & KRISTIANKAN MALAYSIA!

Sidang Dewan Rakyat panas seketika petang Khamis bila Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin tunjuk bukti untuk backing pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai majlis doa anjuran DAP selepas pilihanraya negeri Sarawak. 

Pada perbahasan Bajet 2013 itu beliau tunjuk gambar majlis berkenaan yang dakwanya dimana ada doa dibuat agar Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian. 

Suasana dalam dewan jadi panas bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang cuba ganggu perbahasanya. Zulkifli dakwa majlis itu turut dihadiri oleh paderi dan pastor asing. 

Beliau menegaskan DAP tidak perlu nak nafi pendedahan yang dibuat oleh Nasharudin di Seminar Dakwah Nasional. Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen sejurus itu,Zulkifli minta DAP nafi apa yang didedahkannya di dalam Dewan Rakyat.

Katanya ini boleh soal perkauman tetapi takut campurtangan paderi asing akan menjejaskan keselamatan negara. 

Ekoran kenyataan Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok masa bentang kertas kerja di seminar berkenaan di PWTC Selasa, DAP telah menafikan dakwaan berkenaan - AgendaDaily
Sebelum ini MiM telah menulis satu entri tentang kenyataan seorang paderi katolik yang mendakwa Nasharuddin Mat Isa menggunapakai kaedah Nazi Hitler : KLIK SINI

PANAS! BUKTI YANG PASTI MEMALUKAN PKR & PAS!!


Sungguh melucukan. Bahang PRU13 belum terasa lagi tetapi kita sudah nampak pertelagahan calon di antara parti PKR dan PAS. Contohnya ialah gambar di atas.

PKR mengidam jadi calon DUN Sungai Aceh, begitu juga parti PAS! Dan jika DUN Sungai Aceh pun berlaku tarik rambut di antara parti dalam Pakatan pembangkang, bagaimana pula dengan kawasan lain?

Inilah modus operandi Pakatan pembangkang yang akan merosakkan parti itu.

Thursday, October 11, 2012

Yves Carpenel & Scorpene : Anwar Fitnah PM @NajibRazak , SUARAM DiHARAMkan??


Media perdana melaporkan pendedahan oleh pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal, Yves Charpenel bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlangsung di negara itu sebenarnya tidak berlaku itu.

Pengakuan pendakwa kerajaan Perancis itu telah mematikan segala fitnah, tanggapan dan persepsi yang cuba diwujudkan Suaram dan parti-parti pembangkang terhadap DS Najib Razak demi matlamat politik jahat mereka.

Pada 8hb Oktober yang lepas, Charpenel telah menafikan laporan-laporan media yang disebar oleh beberapa portal berita pro-pembangkang tentang kononnya wujud perbicaraan isu kapal selam Scorpene.

Media perdana juga melaporkan kenyataan Charpenel bahawa media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.

"Saya sedar tentang semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata, ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya.

Pokoknya, segala manipulasi media pro-pembangkang itu telah membuktikan urusan pembelian peralatan ketenteraan oleh kerajaan adalah tidak meragukan. Hanya pembangkang sahaja yang sengaja berniat jijik memperbodoh-bodohkan rakyat selama ini.

Media perdana juga menyiarkan kenyataan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang yakin kenyataan Charpenel itu akan meresahkan pakatan pembangkang yang kini merasakan mereka tergugat akibat tindakan jahat mereka sendiri dalam meracuni pemikiran rakyat.

"Selama ini, Suaram dan pembangkang galak membuat perbicaraan sendiri di dalam portal-portal berita bagi mengelirukan rakyat, namun telah gagal. Mereka pastinya patah hati kerana rancangan mereka untuk memburuk-burukkan Malaysia rosak teruk, yang terdedah hanya keburukan mereka sendiri," kata beliau.

Dek fitnah tentang isu Scorpene itu juga, beberapa NGO telah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil tindakan terhadap pihak yang mencipta fitnah berhubung perbicaraan dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Tindakan juga patut diambil terhadap Anwar Ibrahim yang menggunakan isu berkenaan dalam ceramah-ceramah bagi memfitnah Najib Tun Razak.

NGO-NGO itu juga menyarankan agar pertubuhan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menjadi arkitek kepada fitnah itu diharamkan.

Bagi MiM, fitnah terancang ini telah menyerlahkan modus operandi pakatan pembangkang dan pencacai media mereka dan rakyat sudah pasti akan merasa jijik kepada mereka. Hanya mereka yang taksub sahaja yang akan percaya kepada pakatan pembangkang.

PEMIMPIN PEMBANGKANG TENTU RESAH DENGAN KENYATAAN TERBARU TUN DR MAHATHIR !


Tindakan Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad mempertikaikan perjuangan Pas yang kini bersama dengan DAP, menunjukkan parti itu telah tersasar jauh daripada menuntut penubuhan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Sasterawan Negara tersebut telah sedar tentang hakikat Pas yang semakin tersasar daripada perjuangan menegakkan Islam gara-gara terlalu tunduk dengan kehendak DAP.

Menurutnya, Shanon kini dapat melihat matlamat sebenar Pas dalam pakatan pembangkang.

“Saya fikir Shahnon sudah sedar tentang apa yang Pas lakukan. Walaupun beliau tidak sihat, saya fikir Shanon terpaksa nyatakan juga pendapatnya yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sijil perkhidmatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini semalam.

Majlis itu telah dihadiri Pengarah Urusan IJN Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Shahnon semalam tentang perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.

Menurut Shahnon, tindakan Pas menuruti kehendak politik DAP bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berupaya menarik sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

“Saya berpandangan bajet tersebut memang baik dan boleh meningkatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan," ujarnya.

Mengulas kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menyifatkan beliau sebagai nyanyuk, Dr. Mahathir memberitahu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berhak untuk berkata apa sahaja. -UM

DR HASSAN ALI BUAT KENYATAAN PANAS LAGI!


KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PRESIDEN JATI, MALAYSIA

Kenyataan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sewaktu membentangkan kertas kerja di dalam Seminar Dakwah Islamiyyah anjuran MUAFAKAT di PWTC kelmarin telah menimbulkan berbagai reaksi daripada pimpinan PAS dan DAP.

Pimpinan PAS menganggap kenyataan YB Ustaz Nasharuddin sebagai pendapat peribadi tidak mewakili parti. Sementara pimpinan DAP mahu melihat pimpinan tertinggi PAS mengambil tindakan terhadap YB Ustaz Nasharuddin yang menyentuh kaitan DAP dengan pembentukan Malaysia sebagai Negara Kristian.

Bagi saya YB Ustaz Nasharuddin hanya mengulangi pendirian beliau terhadap masalah besar yang sedang dihadapi oleh PAS. Antaranya PAS terpaksa tunduk kepada DAP dan PKR berhubung dengan Negara Islam dan Hudud.

PAS juga didakwa menjadikan isu Negara Islam sebagai isu kedua manakala mendapatkan kuasa dengan menawan Putrajaya sebagai matlamat utama.

Ustaz Nasharuddin tidak berganjak dari segi posisi yang beliau ambil mengenai penguasaan DAP dan PKR terhadap PAS dan juga penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh pimpinan DAP dan PKR.

Ada di antara pimpinan PAS seperti biasa mendakwa Ustaz Nasharuddin mempunyai agenda politik tersendiri yang dikaitkan dengan agenda UMNO.

Jelas kelihatan pimpinan PAS benar-benar ketandusan modal sehingga mengambil jalan pemikiran yang paling mudah dan dangkal bahawa sebarang kenyataan yang bertentangan dengan kemahuan golongan parasit dalam PAS pada setiap ketika dikaitkan dengan UMNO.

Adakah kenyataan-kenyataan yang hampir serupa nadanya yang keluar dari mulut Ketua Dewan Ulama, Timbalan Murshidul Am PAS dan lain-lain pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang agak keras mengenai halatuju PAS dewasa ini juga dikaitkan dengan UMNO?

Adakah semua pendapat yang menyelar PAS sudah tergelincir daripada landasan perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud juga didalangi oleh UMNO?

Adakah suara-suara yang semakin lantang di kalangan ahli dan penyokong PAS di merata tempat menyuarakan ketidakrelaan mereka menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR juga kerja UMNO?

Pimpinan PAS yang tidak sedarkan diri ini perlu melihat ke arah cermin menyaksikan wajah sendiri disamping melihat kerja-kerja 2 lagi rakan kongsi mereka DAP dan PKR. Kedua-dua rakan kongsi ini dikatakan begitu licik dan semakin berani mengutuk dan menghina Islam.

Reaksi pemimpin-pemimpin tahap kedua dan tahap ketiga dalam hierarki PAS seperti yang di lapurkan bagi saya tidak lebih daripada memberi gambaran darjah kecelaruan dan kegoyahan PAS untuk menghadapi PRU ke 13.

Saya mendapat tahu dalam perjumpaan-perjumpaan yang diadakan di berbagai peringkat, pimpinan tidak dapat berhujah dan memberi jawapan yang memuaskan kepada ahli dan penyokong parti terutama yang berkaitan dengan isu PAS terpaksa tunduk kepada kandungan Buku Jingga dan mengenepikan Kitab Allah yang menghendaki hambaNya melaksanakan tatacara hidup berpaksikan Islam.

Sekali lagi saya menyokong pendirian dan ketegasan yang ditunjukan oleh YB Ustaz Nasharuddin. Dalam banyak hal saya sependapat dengan beliau terutama dalam perkara-perkara yang bersifat fundamental seperti Negara Islam dan Hudud.

Juga termasuk mempertahankan maruah Islam. Saya bersetuju kita tidak perlu berkompromi dalam perkara-perkara pokok ini.

Saya gembira melihat Majlis Syura Ulama telah mula kembali berwibawa. Saya harap Majlis Syura Ulama dapat mengambil tindakan drastik dalam masa terdekat membebaskan PAS daripada musuh-musuh Islam dari luar dan golongan parasit dari dalamnya.

Pejabat Operasi Jati
Taman Tun Dr Ismail,
10 Oktober 2012

Wednesday, October 10, 2012

SURAT TERBARU ULAMA YUSUF AL-QARDAWI YANG TIDAK MUNGKIN DIDEDAHKAN OLEH ANWAR & MEDIA PEMBANGKANG...


Sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan YB Zulkifli Noordin yang mengakui bertanggungjawab mempedayakan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi supaya mengeluarkan fatwa menyokong kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.“Sebab.. kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah”, katanya.

Propaganda Anwar Ibrahim memperalatkan tokoh ulama itu sugguh memalukan sekali. Untuk mengetahui lebih terperinci : KLIK SINI

Akan tetapi, nama baik negara kita masih lagi dihargai oleh tokoh ulama tersebut, bukan disebabkan Anwar Ibrahim tetapi kerajaan Barisan Nasional sekarang.

Sebagai buktinya, tokoh ulama terkemuka itu telah mengutus surat kepada kerajaan BN bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.

Dan yang menyampaikan maklumat ini ialah Nasharuddin Mat Isa, pemimpin PAS sendiri.

Menurut laporan media perdana, Nasharuddin Mat Isa juga berkata, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).'

"Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin.'

Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia.'

"Al- Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,'' katanya.

Kenyataan Nasharuddin Mat Isa itu boleh menyebabkan Anwar meroyan kerana selama ini, beliau dilihat rapat dengan Yusuf Al-Qardawi padahal ianya hanya manipulasi berita dan foto.

Yang turut bakal menimbulkan ketegangan politik dalam PAS ialah tindakan Nasharuddin Mat Isa yang akan ditohmah kononnya menjadi jurucakap dan tali barut UMNO /BN.

Anwar akan kecewa, begitu juga parti PAS.

VIDEO : SATU LAGI PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN!

SATU LAGI BUKTI PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN HEBAT!!


Nampaknya Pakatan Pembangkang semakin hebat. Tetapi yang hebatnya ialah ketidaksefahaman sesama pemimpin dalam pakatan yang semakin menjadi-jadi hinggakan ramai yang sudah sedar dengan wayang kulit dan permainan politik mereka.

Yang lebih memualkan ialah apabila mereka semakin kerap menggunakan ayat 'pandangan peribadi' untuk menutup pertelagahan pendapat sesama meteka.

Sikap mereka sudah pasti mendatangkan mual kepada rakyat. Bukan itu sahaja, kepimpinan pembangkang seolah-olah memperbodoh-bodohkan rakyat.

Yang terbaru ialah isu RAPID di Johor. Dan seperti automatik, kenyataan yang bercanggah akan dianggap 'pandangan peribadi'!

Sila baca di bawah :
KUALA LUMPUR - Pas menjelaskan bahawa mereka akan meneruskan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, walaupun ditolak rakan sekutu PKR.

Nab Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ia pandangan peribadi dan tidak menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat (PR) bagi mana-mana pihak.

"Kami (pembangkang) bukan menolak projek mega, tetapi setiap projek harus diteliti dengan terperinci agar nasib rakyat tidak terpinggir akibat daripada arus pembangunan.

"Sekiranya pembangkang diberi mandat dalam pilihan raya nanti, projek Rapid akan diberi perhatian, malah Petronas boleh membangunkan projek Rapid di Pengerang ataupun mana-mana tempat di negeri Johor,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen mendakwa adalah satu pembaziran bagi menggunakan wang sebanyak RM60 bilion bagi pembinaan satu loji penapis kerana kerajaan telah mempunyai loji yang sedia ada milik Petronas di Kerteh, Terengganu.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan projek Rapid adalah sebuah projek nasional di bawah kendalian Petronas yang bakal memberi pulangan besar untuk diagihkan semula kepada rakyat.

Beliau juga turut mempersoalkan tindakan pembangkang yang mempersoalkan projek berkenaan dan dilihat sebagai strategi mengalih perhatian masyarakat daripada masalah dalaman mereka.

Salahuddin berkata, beliau bersedia untuk berdialog dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berhubung projek tersebut bagi kepentingan rakyat.

"Saya bersedia untuk datang bersama dengan beberapa orang yang memiliki kepakaran dalam bidang pembangunan hartanah dan industri minyak dan gas.

"Ia penting supaya pembangunan di Pengerang itu dapat mencapai objektif dan penduduk setempat tidak menjadi mangsa,” katanya. - SH.
PAS ada orang yang memiliki kepakaran dalam bidang pembangunan hartanah dan industri minyak dan gas? Apakah Naib Presiden PAS fikir kerajaan Johor tidak mampu untuk mencari sendiri sumber kepakaran tersebut?

Dan sebelum ini ada pakar ahli PAS yang menerangkan projek LYNAS, kenapakah PAS dan pembangkang tidak mahu menerima penjelasan pakar tersebut?

Apakah ianya hanya 'pandangan peribadi' pakar itu?

Yang tidak mengejutkan nanti ialah kemungkinan ada rakan politik beliau yang mengatakan bahwa kenyataan Naib Presiden PAS itu adalah 'pandangan peribadi' sahaja!

Tuesday, October 09, 2012

Dr Mahathir : Soros Using NGOs To Effect Regime Changes

When I was first informed about an article written by Tun Dr Mahathir Mohamad in NST, it reminds me of his early days writing in newspapers. His topics were mostly about geo-economics and the survival of the Malays.

But this time around, it's about Soros and his involvements in setting up new governments which are indebted to him.

Another interesting topic is the exposure of pro-oppostion portal, Malaysiakini which received fund from Soros and was mentioned specifically by Dr Mahathir.

As we all know, Malaysiakini was not critised openly before as compared to Utusan or The STAR. Not many high profile politicians condemning the lies and spins by the portal.

I don't know why but the luxury of a pro-oppostion portal to roam around without any restriction is a landmark of government's belief in free media. This view is hardly shown by the opposition leaders.


Read this :
Dr Mahathir Mohamad

WHEN I was away, Malaysiakini was busy trying to legitimise their receiving money from George Soros because I invited him to join the campaign to make war a crime.

Receiving money from Soros and an invitation to make war a crime are two different things. In no way can one justify the other.I only wrote to Soros after he admitted that I was not wrong in my criticisms of currency trading. Some people may remember that he said I was a menace to my country.

By saying that the currency control Malaysia imposed to counter the effects of currency trading was the right thing to do, he was clearly admitting that I was right and was, therefore, not a menace to my country. Obviously, I would not have anything to do with him if he had continued to regard me as a menace to my country.

My letter inviting him to join the campaign to make war a crime was prompted by his financing of the campaign to prevent president George W. Bush from winning a second term. Bush is a warmonger and is responsible for the deaths of hundreds of thousands of Iraqis and 6,000 American soldiers in the war against Iraq.

I thought Soros' opposition to Bush was because he did not like war. But he replied to my invitation to work towards making war a crime by explaining that people had been fighting wars for 7,000 years and, therefore, war is a means of settling conflicts.

Malaysiakini is quite right in surmising that his answer was in the negative. I was not surprised. Obviously, he was not against killing people in war. Nor I presume did he care for the massive destruction and sufferings caused by war.I did meet him when he came here, but we agreed to disagree.

He still maintained that currency trading is right and proper. We did not bury any hatchet. I was being civil as I am a Malaysian -- and nothing more. So digging up hatchets does not arise.

According to Richard Miniter writing in Forbes, Soros is conducting his own foreign policy which may or may not be identical with US foreign policy.

Soros believes he can use his money to set up governments which are pro-Soros or his ideals. Impoverishing countries and peoples matters little to him.

Famously, he was quoted as saying in reply to his role in the 1997 East Asian currency crash, "As a market participant, I don't need to be concerned with the consequences of my actions".Miniter quoted the following from Britain's New Statesman: "

In 1984 (Soros) founded his first Open Society Institute in Hungary and pumped millions of dollars into opposition movements and independent media. Ostensibly aimed at building up a 'civil society', these initiatives were designed to weaken the existing political structures and pave way for eastern Europe's eventual colonisation by global capital."

Some may remember Datuk Seri Anwar Ibrahim's fondness for "civil society" when he was in the government. He still talks about civil society now. The similarity of ideas between the two, Soros and Anwar, is significant.

Miniter went on to describe events in Georgia, where Alexander Lomaia, who went from running Soros' Open Society Georgia Foundation to become minister of education and science and later secretary of Georgia's Security Council.Georgia's opposition Labour Party leader, Shalva Natelashvili, contends that, "Effectively, George Soros is the president of Georgia, whereas (President) Saakashvili and (Prime Minister) Zurab Zhvania are his governors.

Soros' foundation nominated nine ministers of the Georgian government, and all of them were appointed". And Soros claims to be promoting democracy.His supporters here also claim to be fighting for democracy while being led by an unelected leader who in turn appointed members of his family and cronies to various leadership posts.

Miniter quoted Ercis Kurtulus, head of Turkey's Social Transparency Movement Association as saying, "Soros carried out his will in Ukraine and Georgia by using these NGOs...

"So why is Soros financing Malaysiakini, a Malaysian non-governmental organisation. Obviously, it is in order to achieve regime change, to put his nominees as prime minister and ministers in the Malaysian government. What will such a government do if not to carry out Soros' wishes.

When inviting him to join the campaign to make war a crime, I was not talking about Malaysian politics. Certainly, I did not ask for nor did he give to the Perdana Global Peace Foundation any money. This campaign to make war a crime is for the good of all humanity -- not just of Malaysia.But he was quite unequivocally against making war a crime.

My view of Soros is that he is still a rogue currency trader and he compounds this evil by using the money to put his kind of people to rule the countries targeted by him. And Malaysia obviously is one of his targets.Equally obvious, he regards Malaysiakini as the NGO to manipulate in order to achieve his objective.There are of course other foreign

NGOs and governments manipulating Malaysia's opposition for their interest.A vote for the opposition, is a vote for Soros, the rogue currency trader.It certainly will not be for Malaysia and its interests. If there are Malaysians who wish to be re-colonised it is their choice.

But I believe Malaysians would not want to be stooges of foreigners - NST

ARTIKEL TOP MINGGU INI.