Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, November 30, 2012

HOT! BUKTI PEMIMPIN PAS BERBOHONG KEPADA SULTAN!!


Apa lagi yang boleh kita kata tentang kepimpinan PAS?

Mereka berlakon kononnya suci dan bersih, menuduh parti UMNO yang bukan-bukan tetapi mereka yang teruk. Sebelum ini kita didedahkan dengan conflict of interest Nik Aziz yang mempunyai tanah, pendedahan di bawah mengesahkan kepimpinan PAS yang haprak dan tidak boleh dipercayai lagi.

Di bawah adalah buktinya.

HOT! NIK AZIZ KANTOI BESAR!



Sungguh memalukan! Selama ini pakatan pembangkang sering kali menuduh parti UMNO dan BN sebagai korup dan menyalahgunakan kuasa.

Dan seperti yang dijangka, mereka yang teruk. Nik Aziz yang selama ini dipuja dan dipuji kononnya bersih tetapi beliau sendiri teruk! Dan buktinya telah didedahkan!

Sila baca di bawah :

Thursday, November 29, 2012

HOT! KOMEN TUN MAHATHIR TENTANG UCAPAN DS NAJIB RAZAK di #PAU2012


Di bawah adalah komen Tun M tentang ucapan dasar DS Najib Razak pagi tadi di PAU 2012 :

PAKATAN PEMBANGKANG DILONDEHKAN OLEH @mpkotabelud !


Setelah ucapan dasar Ds Najib Razak, Presiden UMNO, beberapa pembahas telah berucap. MiM tertarik dengan ucapan Dato Rahman Dahlan, wakil daripada Sabah. Beliau berkata bahawa parti UMNO berasaskan kepada kaum tetapi tidak berasaskan kepada perkauman.

LIVE! PM @NajibRazak Tempelak Anwar Ibrahim! #PAU2012


DS Najib Razak tempelak tindakan Anwar Ibrahim yang mengadu kepada Australia. Realitinya, tindakan itu dilihat sebagai pre-emp awal pakatan pembangkang untuk memporak-perandakan rakyat di jalanan jika mereka kalah.

LIVE DALAM DEWAN MERDEKA! TUN MAHATHIR & TUN ABDULLAH HADIR

Sekarang perwakilan sedang menanti ketibaan DS Najib Razak yang baru selesai upacara menaikkan bendera dan perbarisan bertempat di Tingkat 4, PWTC.

Tun Dr Mahathir dam Tun Abdullah Ahmad Badawi turut betafa di dalam Dewan Merdeka ini.

MiM akan laporkan secara langsung dalam dewan ini.

UCAPAN PERASMIAN PM @NajibRazak Di PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012


Foto ini diambil dalam Facebook PM DS Najib Tun Razak yang sedang meneliti ucapan perasmian beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebentar lagi.

HOT! BERANIKAH NURUL IZZAH??



Beranikah Nurul Izzah menyahut cabaran ini?

Wednesday, November 28, 2012

LIVE! ANALISIS UCAPAN DASAR @Khairykj PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA UMNO 2012


Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi menggegarkan Dewan Tun Dr Ismail, PWTC dengan, memberikan ucapan yang berisi dan mencerminkan harapan orang muda hari ini.

HOT! KENYATAAN HAMAS PALESTIN TENTANG UMNO!


Di dalam usaha kepimpinan pembangkang yang menyokong keselamatan Israel dan mengguris umat Islam di negara ini, kerajaan BN dan UMNO terus mendapat pengiktirafan daripada pihak Pelestin.

HOT! PEMIMPIN PAS 'DISEKOLAHKAN' !


TS Muhyiddin Yassin menyedarkan kita tentang wayang kulit kepimpinan PAS. Mesej yang disampaiikan jelas dan berdasarkan fakta yang tidak dapat disangkal.

Tuesday, November 27, 2012

EKSKLUSIF! TEKS PENUH UCAPAN TS MUHYIDDIN YASSIN DI PERASMIAN MESYUARAT WANITA, PEMUDA & PUTERI UMNO 2012


YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.

1. Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.

LIVE ! Pemuda UMNO Malaysia Lancar Kelab Baru!


Sebentar tadi diadakan Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA bertempat di PWTC. Program ini dilancarkan oleh Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

HOT! TUN DR MAHATHIR TEMPELAK ANWAR IBRAHIM!



Di bawah adalah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad tentang tindakan Anwar Ibrahim mengadu kepada Australia kononnya berlaku ketidakadilan dalam pilihanraya di negara ini.

VIDEO KHAS UNTUK PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MENYOKONG KESELAMATAN ISRAEL!

Lihat video yang menyayatkan hati ini :


 Total number of deaths reached, according to medical sources:

Monday, November 26, 2012

KEJUTAN DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO! PEMIMPIN PAS UMUM KELUAR PARTI?



Beberapa media alternatif pro-pembangkang telah menyiarkan satu entri yang menarik tetapi sangat meragukan. Ianya kerana entri itu berdasarkan kepada khabar angin.

MC DONALDS JAWAB TUDUHAN BERSUHABAT DENGAN ISRAEL!!


Di bawah adalah kenyataan rasmi Mc Donalds Malaysia tentang tuduhan bersubahat dengan Israel :

HOT! MEDIA PEMBANGKANG KANTOI SIARKAN FOTO ANTI-LYNAS PHOTOSHOP ?


Patutlah perwakilan PAS hentam Harakah semasa Muktamar PAS baru-baru ini. Tahap kewartawanan mereka amat memalukan ahli-ahli PAS sendiri.

Sunday, November 25, 2012

MEDIA PEMBANGKANG & ANTI-LYNAS KANTOI BESAR!!


Himpunan anti-lynas yang menganggu lalu lintas dan gagal mendapat permit polis telah menyebabkan rakyat bertambah marah dengan pihak-pihak yang tidak lagi menghormati undang-undang negara ini.

Isu Lynas ini telah dibawa ke mahkamah tinggi, dibicarakan secara adil dan tidak mungkin sistem kehakimanan negara ini berat sebelah. Jika tidak, Anwar Ibrahim sudah tentu kalah kes liwat beliau.

LIVE HD PIALA SUZUKI - MALAYSIA vs SINGAPURA


Perlawanan pertama kumpulan B:
Malaysia vs Singapura
8.45 malam

Motif Anwar Mengadu Kepada Australia Terbongkar!!


Bernama melaporkan kenyataan DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan tindakan Anwar Ibrahim yang memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih.

TAHNIAH DS @HishammuddinH2O & @CtNurhaliza11


MiM ucapkan tahniah kepada DS Hishamuddin Hussein dan DS Marsilla Tengku Abdullah di atas pernikahan anak perempuan mereka. Suami beliau ialah Anas Zawawi, anak Datuk K yang juga anak tiri Dato Siti Nurhaliza yang sulung.

ISU NIK AZIZ PAS DENGAN SALUN & PENDANDAN RAMBUT


Nik Aziz dan kepimpinan PAS yang lain begitu cepat menjawab isu-isu tetapi peliknya, kenapakah isu yang dibangkitkasn oleh Karpal Singh ini tidak dijawab sehinmgga ke hari ini?

Takut?

Sila baca di bawah :

Saturday, November 24, 2012

GAZA : ABBY ABADI SALAHKAN KERAJAAN KERANA TAK BOLEH BAWA PISTOL??


Beberapa lagi twitter kedangkalan penceramah bidan terjun artis PAS bernama Abby Abadi!

Lihat di bawah :

5 FOTO INI BUKAN SEMASA DOA MELAMPAU PEMIMPIN PAS!!


Sebak hati MiM apabila melihat foto di atas yang di ambil selepas solat hajat dan membaca qunut Nazilah bagi meminta kesejahteraan untuk rakyat Palestin.

ABBY ABADI KANTOI PASAL KELAPA SAWIT!!


MiM terkejut dengan satu kenyataan di dalam twitter penceramah bidan terjun artis PAS yang bernama Abby Abadi. Sila baca di bawah :

HOT! VIDEO TENTANG NURUL IZZAH!!


Anda lihat dan fahamkan maksud di dalam video di bawah :

Friday, November 23, 2012

BERANIKAH NIK AZIZ TENGOK VIDEO INI??



Di bawah adalah satu lagi bukti dan penerangan tentang kepimpinan PAS berdoa secara melampau yang memalukan umat Islam di negara ini.

Sila lihat video di bawah :

HOT! ANWAR KENA LAGI!!

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia bebas daripada penipuan dan rasuah dianggap sebagai memperlekeh serta memalukan negara dan rakyat.

Thursday, November 22, 2012

Melampau! PM @NajibRazak Difitnah Letak Jawatan Hujung Bulan Ini!!!


Inilah jadinya apabila pembangkang berpaksikan kepada fitnah dan pembohongan. Pembohongan terbaru media alternatif pro-pembangkang ialah kononnya terdapat jadual 'Undi Tidak Percaya Terhadap Presiden UMNO, DS Najib Razak'.

Fitnah terang-terangan yang dilakukan oleh pro-pembangkang ini menyerlahkan lagi sikap dan sifat pro-pembangkang yang suka menabur fitnah yang sangat jijik dan memualkan.

Lihat printscreen di bawah :

ANWAR MALU BESAR....SEKALI LAGI!


Kita tentu tidak terkejut dengan penolakkan kerajaan Australia terhadap permohonan Anwar Ibrahim. Siapa yang mahu percaya?

Sila baca :

GEMPAR! BUKTI VIDEO USTAZ AZHAR IDRUS & MC DONALDS!


Sebelum ini MiM telah menulis satu entri mengenai keraguan kita apabila Ustaz Azhar Idrus menafikan beliau menjamu selera di Mc Donalds.

Kita juga mempersoalkan lokasi tempat tersebut di Mahkota Parade, Melaka dan bukannya di Johor seperti yang dikatakan oleh beliau. BACA SINI

Dan yang menimbulkan tandatanya ialah kenapakah isu foto Azhar Idrus yang dikatakan berada di dalam kedai makanan segera itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kredibiliti beliau sebagai penceramah agama?

Video di bawah menjawab dengan jelas sebab Azhar Idrus bersungguh-sungguh menafikan beliau berada di kedai Mc Donalds!

Wednesday, November 21, 2012

VIDEO! NIK AZIZ TARIK BALIK KENYATAAN UMNO & MURTAD?? @ustazfathulbari


Di bawah adalah kenyataan Ustaz Fathul Bari mengenai kenyataan kontroversi Nik Aziz yang mendakwa UMNO buang Islam dan isu murtad.

Kenyataan Ustaz Fathul sangat jelas dan perlu kita fahami supaya isu Nik Aziz ini tidak disalahertikan dan membawa kepada perpecahan umat Islam seperti yang berlaku dek Amanat Hadi Awang.

Lihat video di bawah :

HOT! LOKASI SEBENAR FOTO USTAZ AZHAR IDRUS DI KENAL PASTI!


MiM telah menulis entri tentang isu Ustaz Azhar Idrus dan foto beliau yang didakwa sedang menjamu selera di Mc Donald. KLIK SINI

Sebelum ini Azhar Idrus telah menjawab beliau tidak makan di Mc Donalds tetapi bersebelahan dengan kedai makanan segera itu. Beliau juga berkata foto tersebut di ambil di Johor dan bukannya di Kota Baru.

Selain daripada itu, Azhar Idrus juga mengatakan gelas beliau diisi dengan air nescafe yang dibeli oleh rakan beliau dari kedai sebelah. Itu jawapan Ustaz Azhar Idrus.

Gaza Conflict : Barrack Obama Dengar Gesaan PM @NajibRazak



Konflik Israel-Palestin di Gaza merupakan salah satu agenda penting yang disampaikan oleh DS Najib Razak kepada Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat di Kemboja kelmarin.

Saluran diplomatik yang digunapakai oleh Najib Razak bukan sahaja valid tetapi dihormati dan diambil dengan serius oleh Barrack Obama sendiri.

VIDEO : SINDIRAN PEDAS TUN DR MAHATHIR TENTANG CALON PM PEMBANGKANG!


Percanggahan pendapat sesama pakatan haram pembangkang tentang calon PM mereka disindir pedas oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan nada sinis, Tun M mengingatkan kita tentang permainan politik pakatan pembangkang dan betapa mereka memperalatkan sesama sendiri. Nama Karpal Singh juga disebut oleh Tun M sebagai salah seorang lagi calon yang patut difikirkan oleh pakatan pembangkang.

KM @mohd_ali_rustam DEDAHKAN KEPINCANGAN PAKATAN PEMBANGKANG!



Perbezaan pendapat tentang calon utama PM sesama pakatan haram pembangkang telah menimbulkan banyak keraguan tentang keutuhan pakatan tersebut.

Tuesday, November 20, 2012

GAMBAR TERBARU TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!!


Di bawah adalah gambar terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad.


Venue : PWTC, Kuala Lumpur. Event :  Malaysian Condemn The Unjust War in Gaza. Tarikh : 20/11/2012 @ 10.00 pm

BREAKING NEWS! GENCATAN SENJATA ISRAEL-PALESTINE GAZA CONFLICT ??


Usaha untuk menamatkan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dimulakan oleh beberapa diplomat utama dunia. CBC News melaporkan :
U.S. Secretary of State Hillary Clinton heading to the region today and the UN chief appealing from Cairo for an immediate ceasefire. 
From Egypt, UN chief Ban Ki-moon said he came to the region because of the "alarming situation'.
Tetapi dalam masa yang sama, kerajaan Amerika Syarikat pula telah menuduh Pergerakan Hamas terhadap keganasan terbaru di Gaza dan mendakwa negara Israel ada hak 'untuk mempertahankan negara sendiri'.

HOT! Azhar Idrus & Mc Donalds Jawab Isu Yahudi.


Selain daripada isu panas doa melampau dan kenyataan kontroversi Nik Aziz, kita juga kecoh dengan foto penceramah Azhar Idrus yang didakwa menjamu selera di kedai Mc Donald. Selain daripada itu, Mc Donald dikaitkan dengan Yahudi dan sebagainya.

Dek kekecohan itu, Mc Donald mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan dakwaan itu. Sila baca :

TERBARU! ISU KENYATAAN KONTROVERSI NURUL IZZAH PANAS KEMBALI!!


Sudah lama rasanya kita tidak membaca atau mendengar cerita tentang Nurul Izzah. Seperti yang kita semua tahu, anak Anwar Ibrahim itu telah menggemparkan negara ini dengan kenyataan kontroversi beliau tentang kebebasan beragama di satu forum pada awal bulan ini.

Dek kenyataan itu, banyak pihak telah mengkritik hebat Nurul Izzah manakala beliau mendakwa bahawa kenyataan beliau itu diputarbelitkan. 

ISU MURTAD : NIK AZIZ PERTIKAI KENYATAAN MUFTI MASJIDIL HARAM MEKAH??



Di bawah adalah laporan Utusan yang merujuk kepada sidang akhbar Nik Aziz baru-baru ini :
Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

Monday, November 19, 2012

TERBARU! MUFTI NEGERI JAWAB TOHMAHAN 'UMNO MURTAD' NIK AZIZ!


Satu lagi pandangan bernas yang mempersoalkan kenyataan yang dilemparkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa parti politik UMNO sebagai murtad.

TRAGEDI SEMBAHYANG 2 IMAM BERULANG KEMBALI DEK 'FATWA MURTAD' NIK AZIZ??


Dr Hasan Ali mengkritik betapa sempitnya pemikiran mereka yang terlibat hingga sanggup melafazkan doa memohon dihancur musnahkan parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka. .BACA SINI

Dalam masa yang sama, tindakan Nik Aziz yang memberi gambaran UMNO merupakan sebuah parti yang murtad mengingatkan kita kepada Amanat Hadi Awang yang diucap sendiri oleh Presiden PAS itu di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

5 PERKARA PENTING DI SEBALIK DOA MELAMPAU PAS!!



ULASAN YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI MENGENAI DOA SELEPAS SOLAT HAJAT MUKTAMAR PAS DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE IV 
Saya terkejut bila melihat dan mendengar sendiri doa yang dibacakan melalui kaca tv malam semalam. Ada lima perkara yang menyebabkan saya tersentak. 
Pertama, inti apa yang dipohon melalui doa tersebut, kedua, bahasa yang digunakan, ketiga, nada suara yang dilafazkan, keempat, orang yang terlibat membaca doa itu sendiri dan kelima, ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut. 

DOA MELAMPAU : NIK AZIZ PAS MINTA MAAF??


Isu doa melampau kepimpinan parti PAS telah mendatangkan malu seluruh umat Islam di negara ini.

Dengan doa berbau pembohongan kononnya rakyat dizalimi oleh kerajaan yang dilantik oleh rakyat secara sah di dalam pilihanraya, kepimpinan PAS dan pencacai mereka bertindak sangat melampau dan sungguh memalukan sekali.

Mereka mungkin separuh sedar atau terlalu taksub hingga gagal berfikir secara rasional serta mengikut perasaan hati yang terlalu sempit dan tiada cahaya kesedaran di antara mereka.

Sunday, November 18, 2012

PANAS! ANWAR DIMALUKAN LAGI!!!


Sebelum ini perwakilan Pas menyatakan pandangan mereka yang pasti mengecewakan Anwar. KLIK SINI

Dewan Ulama menggesa agar Hadi Awang menjadi calon Perdana menteri, Dewan Muslimat PAS juga dalam sesi muktamar membuat gesaan sama.

TEKS PENUH DOA MELAMPAU PAS YANG MEMALUKAN UMAT ISLAM!



Kepimpinan PAS semakin melampau. Mereka menanam kebencian yang melampau sesama saudara Islam di negara ini.

Pas meminta doa  agar Allah  SWT menjahanamkan UMNO dan BN  sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun,  Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat,  sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan  Muhamad IV, Kota Bharu.

Doa itu yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu  adik kepada Mursyidul Am Pas, Nik Abdul  Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah  bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta  negeri Kelantan padahal kenyataan itu satu pembohongan yang nyata dan tidak berasas.

Berikut adalah di antara teks doa tersebut;

HOT! HARAKAH LIDAH RASMI PAS DIBUBARKAN??



Tanpa perlu penglibatan UMNO, portal lidah rasmi Pas, Harakah dimalukan sendiri oleh Pemuda Pas!

Inilah sumber maklumat murahan yang dirujuk oleh ahli dan penyokong Pas selama ini tetapi pemimpin-pemimpin sendiri yang melondehkan lidah rasmi parti.

Anda lihat video Harakah dikritik hebat di bawah :

Saturday, November 17, 2012

VIDEO MELAMPAU YANG MEMALUKAN UMAT ISLAM!!



Anda saksikan sendiri video di bawah dan anda lihatlah betapa kepimpinan PAS begitu taksub menaburkan kebencian yang melampau di dalam politik!

Tetapi mereka bersikap bodoh apabila ada yang menyokong pluralisme dan liberalisme!

Sila baca laporan Minaq-Jinggo :

Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan.
Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm.

Solãt Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...."

HOT! PERWAKILAN PAS TOLAK ANWAR JADI CALON PM!!



Sila baca laporan di bawah :
Walaupun, DAP sudah banyak kali isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU 13, namun Ketua Pembangkang itu nampaknya tidak boleh duduk goyang kaki atau senyum sampai telinga sekarang.

Ini kerana ketika beliau mungkin sedang berkhayal akan jadi Perdana Menteri atas sokongan DAP dan PKR yang diketuainya, PAS yang turut jadi sekutu tetap memikirkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjawat jawatan itu.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.