FACEBOOK DR MIM

Saturday, November 24, 2012

5 FOTO INI BUKAN SEMASA DOA MELAMPAU PEMIMPIN PAS!!


Sebak hati MiM apabila melihat foto di atas yang di ambil selepas solat hajat dan membaca qunut Nazilah bagi meminta kesejahteraan untuk rakyat Palestin.

Utusan melaporkan, di Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan, doa qunut Nazilah dibacakan pada rakaat kedua solat Jumaat dan disusuli solat hajat selepas itu yang disertai ribuan jemaah.Ketika membaca qunut Nazilah, kedua-dua imam masjid tersebut tidak mampu menahan sebak sehingga menyebabkan ada dalam kalangan para jemaah turut mengalirkan air mata.


Malah, khutbah khas bertajuk Tangisan Gaza yang mengecam keganasan Israel turut dibacakan oleh khatib kedua-dua masjid kepada jemaah yang hadir.Antara lain isi kandungan khutbah tersebut yang dibacakan oleh khatib Masjid Negara, Amru Alhaz Adnan dan Masjid Wilayah Persekutuan, Mohd. Ashraf Ibrahim ialah menyamakan kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin dengan keganasan Yakjuj dan Makjuj.

"Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Quran. Israel merupakan bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan terkenal sebagai bangsa yang kuat memusuhi Islam serta Arab.

"Oleh itu, umat Islam di seluruh negara diseru mengadakan solat sunat hajat dan bacaan Qunut Nazilah, memohon doa ke hadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan dan keamanan kepada rakyat Palestin, diberikan kekuatan semangat, kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel," katanya.


Solat hajat itu dan bacaan Qunut Nazilah tersebut diadakan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta masjid-masjid utama di seluruh negara mengadakan majlis tersebut bagi kesejahteraan rakyat Palestin. UM



Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT.


6 comments:

Sudir said...

Macam nak kena hack jer blog ni MIM.. Bila masuk ada kata spam.. Hehehe dah panas bontot nampak yang terlondeh..

Anonymous said...

ya Allah selamatkan rakyat islam plastin dan hancurkanlah musuh islam kaum israil di lknat. amin ya Rabulalamin.

Anonymous said...

tiru anuar

Anonymous said...

Doa satu perkara tapi kita penganut ugama islam Cakap tak serupa bikin! itu mungkin allah tak kabulkan doa kita berzaman tentang betapa kita dihina kaum kafir!!!perpaduan umah yg penting dan hanya dgn itu kita boleh lenyapkan yahudi dan mana mana manusia yg bersimpati dgnnya.!!!

Anonymous said...

jangan terlondeh abis. nnt ero tamil nampak nnt naik shahwat. Payah la!

Anonymous said...

apa itu HIJRAH.
berhijrah lah dari tempat kezaliman ke tempat yang baru. bumi allah luas, rezki ada dimana-mana. cuma manusia ni terlalu taksub dan tamak dengan dunia

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.