FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Tuesday, November 20, 2012

BREAKING NEWS! GENCATAN SENJATA ISRAEL-PALESTINE GAZA CONFLICT ??


Usaha untuk menamatkan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dimulakan oleh beberapa diplomat utama dunia. CBC News melaporkan :
U.S. Secretary of State Hillary Clinton heading to the region today and the UN chief appealing from Cairo for an immediate ceasefire. 
From Egypt, UN chief Ban Ki-moon said he came to the region because of the "alarming situation'.
Tetapi dalam masa yang sama, kerajaan Amerika Syarikat pula telah menuduh Pergerakan Hamas terhadap keganasan terbaru di Gaza dan mendakwa negara Israel ada hak 'untuk mempertahankan negara sendiri'.


Kenyataan 'Israel ada hak untuk mempertahankan negara sendiri' itu sudah pasti mengingatkan kita kepada kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim di dalam Wall Street Journal dan mencetuskan kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Malah, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah berkata
“Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. 
Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.”.
Kenyataan Nik Aziz itu yang disokong oleh Dewan Ulama Pas Pusat telah menyetujui gesaan pelbagai pihak supaya Anwar Ibrahim melakukan sesuatu untuk membersihkan nama beliau.

Tetapi perkara besar ini tenggelam begitu sahaja apabila timbul isu-isu baru yang panas.

Di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mewakili Perdana Menteri membacakan usul bertajuk "Mengecam Serangan Kejam oleh Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza" menyaksikan pembentangan 10 resolusi pendirian Malaysia terhadap tindakan Rejim Zionis itu.

Resolusi berkenaan ialah:

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta serangan ketenretaannya ke atas Wilayah Palestine di Gaza melalui genjatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan senjata tersebut.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB. seterusnya


No comments:

Post a Comment

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.