FACEBOOK DR MIM

Thursday, November 15, 2012

CERITA DI SEBALIK NASHARUDDIN MAT ISA TIDAK HADIR MUKTAMAR PAS!


Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang bakal berlangsung di Kota Bharu bermula Jumaat kerana memenuhi undangan rasmi ke luar negara.


Akhbar Berita Harian menyebut, Nasharudin berada di luar negara sejak Ahad dan undangan tersebut diterima sejak awal lagi.

Nasharuddin memberitahu akhbar tersebut bahawa ketidakhadirannya itu “bukan isu besar” dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.

"PAS tiada masalah kalau memang beliau atau mana-mana ahli muktamar ada urusan lain yang lebih penting. Tak adalah sampai nak ambil tindakan sebab ini biasa.

"Mungkin ramai yang mahu melihat tempat duduknya selepas tidak lagi berada di atas pentas itu saja,” katanya seperti dipetik akhbar itu.

PAS dalam satu kenyataan pada September lalu menyatakan kontroversi melibatkan Nasharudin dan parti itu dibincangkan atas prinsip “sahabat” dan tidak melayan MP Bachok itu sebagai musuh.

Kontroversi itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharuddin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

Antaranya, bekas naib presiden Datuk Ahmad Awang yang menyarankan Nasharudin berundur daripada majlis syura secara “elok-elok”, memandangkan MP Bachok itu menurutnya tiada penyokong.

Mesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut.

Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam.

Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.

Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya “Malaysia menjadi negara Kristian”.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian,” katanya.

Terbaru, dalam satu wawancara dengan Mingguan MalaysiaNasharudin turut mengulas mengenai kenyataan kontroversi MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam satu forum pada 3 November lalu.

Katanya, kenyataan Nurul Izzah itu bermaksud bagi “memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia”.

Kenyataannnya itu dilihat berbeza dengan pandangan yang disuarakan pemimpin PAS termasuk ahli jawatankuasa pusatnya Khalid Samad yang berpendapat, tafsiran bahawa ucapan kontroversi Nurul Izzah Anwar itu difitnah sebagai menyokong murtad.

Khalid yakin bahawa fitnah tersebut digembar-gemburkan untuk menunjukkan bahawa bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga keluarga ketua umum PKR itu “penganut Islam liberal” dan juga bagi menggambarkan bahawa PAS tidak mampu menghalang perkara itu. - FMK

14 comments:

  1. PEMIMPIN MENGIKUT NILAI ISLAM DITENTUKAN BERDASAR KEPADA RAMAINYA PENYOKONG ATAU BERDASAR KEPADA HAK DAN KEBENARAN ??

    PEMIMPIN ATAU TERPIMPIN ???

    ReplyDelete
  2. PAS dah memang tak boleh nak buat apa-apa pun dgn DAP atau PKR... dah terang lagi bersuluh...

    ReplyDelete
  3. Yang minah ni bila si Nurul Izzah nak saman pulak????

    Siti Zabedah Kasim sekali lagi menegaskan, "“Dia (Nurul Izzah Anwar) tidak boleh menafikannya, sesiapa pun tidak boleh buat cerita, kita ada rakaman, every word (setiap perkataan) kita rakam."

    Siti Zabedah Kasim adalah ahli Majlis Peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini. Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

    Dalam forum berkenaan Nurul Izzah ketika menjawab pertanyaan dengan jelas mengatakan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu.

    Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, bagaimana pun memutar belit kenyataan tersebut dengan menuduh pihak media memfitnahnya.

    Penegasan terbaru Siti Zabedah itu ekoran pendirian Nurul Izzah mahu menyaman media arus perdana dan media alternatif yang didakwa memutar belit kenyataannya serta mengelak mengulas berhubung kenyataannya berhubung isu tersebut sebelum ini.

    ReplyDelete
  4. WALAUPUN USTAZ NASHARUDIN DAH LAMA DALAM POLITIK, BELIAU MASIH BELUM MATANG.
    MEMANG BELIAU TIDAK LAYAK UNTUK DUDUK DI BARISAN HADAPAN.

    ReplyDelete
  5. Siapa yang layak?????.....mat sabun?...din puduraya?...mahfuz bean????....husam musang???...khalid gereja????.....ha ha ha.....betul lawak tahap gaban dah niii oiiiii

    ReplyDelete
  6. WALAUPUN USTAZ NASHARUDIN DAH LAMA DALAM POLITIK, BELIAU MASIH BELUM MATANG

    ..........................................................................

    'Masih belum matang dan tidak layak duduk di barisan hadapan'... Agak menggelikan hati krn ayat berbunyi spt 'masih budak-budak' itu baru sahaja dikeluarkan salah seorg pemimpin PAS kpd Naib Presiden sebuah parti yg dlm pakatannya.

    ReplyDelete
  7. OTAK ORG PAS, ULAMA TAK LAYAK DUDUK BARISAN DEPAN, ORG MACAM NUAR BOLEH DUDUK BARISAN DEPAN,,, JELAS PAS BUKAN UNTUK PERJUANG ISLAM, TAPI LIBERAL ISLAM,, TAU KAN APA SEBABNYA...

    ReplyDelete
  8. Tiada siapa pun yg layak sepenuh nya...kita dipilih oleh Allah untuk berada di situ...Kalau sudah berada, pegang lah dan lakukan elok2..jgn kita pulak pandai2 jadi hakim...

    ReplyDelete
  9. anoymous 7:57 pm ni bangang ke

    ReplyDelete
  10. Taknak nak tunggu matang mcm nik najis...matang nak mati tue

    ReplyDelete
  11. Law hentam kerajaan kaw2 pnya bru la dkira matang...hahah

    ReplyDelete
  12. Bukankah Pas sudah lama 'DiKelantankan'? Semangat kenegerian yang kuat telah meresap dalam Pas. Jika diteliti lebih mendalam, pemimpin Pas yang berasal dari Kelantan seperti mendapat beberapa kelebihan 'tersembunyi'. Inilah yang dikatakan 'Isle' ala Pas. Mengapa Nik Aziz masih dijulang sebagai Mursyidul Am? Bukankah suara akar umbi Pas seluruh negara sudah mula jelak dengan 'fatwa-fatwa sesat' Nik Aziz? Jika Nik Aziz bukan orang Kelantan, masihkan dia menjadi Mursyidul Am yang tak berapa nak mursyid itu?

    ReplyDelete
  13. Soalan: Apakah sebab para pemimpin Pas dari Kelantan mahu mengangkat Harun Din sebagai Mursyidul Am?
    Jawapan: Tiada sebab! Kerana Harun Din bukan berasal dari Kelantan!

    ReplyDelete
  14. Nasib baik tak datang. Kalau datang, dah bersubahat mendoakan kemusnahan saudara sendiri.... Rahmat Allah tu.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.