FACEBOOK DR MIM

Monday, November 19, 2012

DOA MELAMPAU : NIK AZIZ PAS MINTA MAAF??


Isu doa melampau kepimpinan parti PAS telah mendatangkan malu seluruh umat Islam di negara ini.

Dengan doa berbau pembohongan kononnya rakyat dizalimi oleh kerajaan yang dilantik oleh rakyat secara sah di dalam pilihanraya, kepimpinan PAS dan pencacai mereka bertindak sangat melampau dan sungguh memalukan sekali.

Mereka mungkin separuh sedar atau terlalu taksub hingga gagal berfikir secara rasional serta mengikut perasaan hati yang terlalu sempit dan tiada cahaya kesedaran di antara mereka.

MiM bertanya rakan-rakan yang bukan dari parti UMNO dan mereka sendiri berasa amat malu dan menyatakan rasa sedih mereka apabila ada pihak yang mendoakan kehancuran saudara-saudara Islam mereka sendiri tanpa rasa bersalah.

Dalam masa yang sama, pihak yang teraniaya kerana difitnah dalam doa kepimpinan PAS itu masih dapat berfikir dan tidak melakukan perkara yang sama. Malah, kesemua mereka masih tetap mendoakan kesejahteraan saudara-saudara Islam mereka.


MiM tidak pasti sama ada Nik Aziz akan meminta maaf kerana beliau sudah terlalu jauh membencikan parti UMNO walau pun parti itu yang selama ini mempertahan dan memperjuangkan ajaran Islam sehingga dipuji dan dijadikan contoh oleh negara-negara Islam yang lain.

Tetapi kita jangan putus asa dan sentiasa berdoa agar beliau sedar juga satu hari nanti.

Malah, Ulama Islam terbilang seperti Dr Yusuf Al-Qardawi sendiri mengakui usaha kerajaan BN membangunkan Islam di negara ini.


Begitu juga dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish turut menyatakan perkara yang sama.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas turut memuji kerajaan BN Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Para ulama Arab Saudi itu juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

Maka, berbohong mereka yang mendakwa bahawa kerajaan BN bertindak zalim dan membelakangi Islam!

Dan kita jangan lupa tindakan kepimpinan PAS yang downgrade kan perjuangan mereka daripada 'negara Islam' ke 'negara kebajikan' padahal Islam itu lebih menyeluruh dan bukan sahaja melibatkan 'kebajikan' rakyat.

Anda lihat video di bawah dan MiM berharap agar saudara-saudara Islam kita yang terlanjur itu diberi hidayah oleh Allah SWT supaya menarik balik doa melampau mereka.



MiM berharap agar mereka itu sedar terutamanya apabila sudah ada individu Islam yang seolah-olah berbangga menyatakan pandangan mereka secara terbuka tentang pluralisme dan liberalisme.

Malah, ada yang menyokong Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender.

14 comments:

Anonymous said...

Perjuangan yang berlandaskan marah, dendam, dengki, iri hati, benci dan perbagai sifat yang dbenci Allah tidak akan kemana...lebih-lebih lagi Islam dijadikan alat untuk menghalalkan cara.

Anonymous said...

HILANGNYA UNDI PAS DARI KELUARGA KAMI. WALAU TAK SEBERAPA TETAPI ITULAH CARA KAMI ZAHIRKAN PERASAAN KAMI, RAKYAT BIASA TERHADAP PERLAKUAN PAS.

jijan mali said...

Naik mual dengar doa solat hajat PAS-pis-pus. Rasulullah SAW tak pernah mendoakan perkara yang buruk sesama islam. Jangan haraplah aku nak pangkah parti sesat ni lagi....

Anonymous said...

Ya allah sedih betul aku dgn keadaan org melayu dlm pas ni.

Anonymous said...

yang KO PAS yang OK BN....

Anonymous said...

UMNO/BN tak perlu takut dengan doa orang-orang munafik PAS ni kerana Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana dalam menilai setiap doa manusia.

UMNO akan terus berjuang demi agama, bangsa, negara dan raja. PAS dan fuckatan berjuang demi Putrajaya, harta, tahta dan wanita (termasuk lubang jantan punya)

Apple Biru said...

Salam.blog hebat ini telah dipautkan.mohon pautkan blog saya apple-biru.blogspot.com

Anonymous said...

Alasan Hj Hadi Orang zalim layak dimusnahkan. Lihatlah balik siapa zalim sebenarnay. Rakyat Kelantan telah dizalimi hampir 25 tahun. Bekalan air mana?, Bandar indah dan bersih mana? Kerajaan yg mereka kata zalim itu dah bina beribu-ribu sekolah, mesjid dan surau, jalan raya, hospital, bantuan kebajikan dll. Kalau diharapkan kpd Pas boleh mereka beri? Atau mereka kata zalim kerana tak diberi wang ehsan. BN tahu kalau diberi pun habis disonglap mereka bukan untuk rakyat, seperti terjadi pada bantuan RM600 juta untuk Air Kelantan. Kerajaan BN tetap bagi wang ehsan itu untuk mereka yang benar2 memerlukan cTH; rumah PPRT di seluruh AKelantan, BR1M, biasisawa, sekolah tahfiz, sekolah biasa Kelinik 1 malaysia, kedai 1 Malaysia. Kerajaan Beri apa? Po rah.. Woi Ahli Pas pakatlah ramai2 keluar Pas, mai join UMNO. Tinggalkan pemimpin PAS yang gila kuasa nak jadi menteri konon kat Putra Jaya...Habis Ugama pun mereka gadai

tarzan said...

PAS sudah nyata sesat. Dendam kesumat Nik Ajis pada UMNO memang nampak jelas. Sikap benci meluap2 Nik Ajis pada UMNO menunjukkan dia dia kuasai Iblis. Saya bukan suka sangat pada BN, tapi saya tidak akan mengundi PAS yang perangai nya nyata terlalu busuk ini.

Anonymous said...

PAS GUNAKAN SEMUA TALIAN HAYAT YG MEREKA ADA. TALIAN PERTAMA MINTA SOKONGAN PKR, KEDUA DAP DAN KETIGA DRP ALLAH. LEPAS INI APA PULA.

Anonymous said...

PAS GUNKAN TIGA TALIAN HAYAT, SATU MINTA SOKONGAN PKR, KEDUA DRP DAP DAN YG KETIGA DRP ALLAH. LEPAS NI APA PULA. MAVAMAN NAK GANTIKAN UMNO KALAU SENDIRI TAK KUAT. PAKATAN PEMBANGKANG KAN ADA TIGA KUMPULAN KENAPA PAS AJE YG MEREPEK.

Anonymous said...

Sebagai seorang muslim saya berasa amat malu, sedih dan benci dgn doa pas utk menghancorkan umno/bn kjaan yg byk membantu mendirikan surau dan masjid. Klu ada pun segelintir dari mereka yg buat salah sepatutnya nik aziz dan pas doa yg baik2 minta Allah swt memberi kesedaran kpd mereka.

Anonymous said...

PAS terlebih main PES!!!

Anonymous said...

doa punye doa,nik aziz yg jatuh sakit,masuk spital,xleh jln.sampai kene dukung ngan org.Allah xmakbulkn doa org yg mbohong,mfitnah n dendam.tu le doa xbaik,balik kat diri sendiri!

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.