FACEBOOK DR MIM

Wednesday, November 28, 2012

HOT! KENYATAAN HAMAS PALESTIN TENTANG UMNO!


Di dalam usaha kepimpinan pembangkang yang menyokong keselamatan Israel dan mengguris umat Islam di negara ini, kerajaan BN dan UMNO terus mendapat pengiktirafan daripada pihak Pelestin.

Sila baca :
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Hamas menghargai peranan dan sokongan UMNO terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan berkata, UMNO juga banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Jelas beliau, UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

"Dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza baru-baru ini, kita dapat melihat kerajaan Malaysia dan UMNO menyatakan kecaman terhadap Israel.

"Kami amat menghargai sokongan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Forum Antarabangsa UMNO 2012 yang dirasmikan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Hamdan merupakan seorang daripada ahli panel dalam forum sempena Perhimpunan Agung 2012 bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang itu yang bermula hari ini hingga esok.

Berhubung fenomena 'Arab Spring' yang membawa kepada peralihan kuasa pemerintahan di beberapa negara di Asia Barat, beliau memberitahu, negara-negara terbabit perlu menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang sedang dihadapi ketika ini.

Tambah Hamdan, negara-negara yang dilanda fenomena 'Arab Spring' memerlukan masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

"Proses peralihan kuasa tidak dapat dilakukan dalam masa sehari, namun kita dapat lihat ada kemajuan dari segi politik di Mesir dan Tunisia," ujarnya.Dalam masa sama, beliau percaya perubahan senario politik yang berlaku di rantau Asia Barat akan membawa kepada kerjasama yang lebih erat antara negara-negara Arab dan dunia Islam. - UM

9 comments:

  1. tua nak mampos...hipokrit tahap neraka,tapi ramai lanun dan penyamun nak ikut serta...silakan!!!!

    ReplyDelete
  2. woi anon 1139, dia tua & pencen pon ada sumbangan kat negara, ko tu apa ada?? orang macam ko la HIPOKRIT...

    ReplyDelete
  3. Tuduh Tampa bukit n otak berfikir subsidi, itu Lah penyokong pkr/pas. terterap peragai tak bersyukur hingga ke darah daging mereka. YA ALLAH berikan hidayah MU kepada mereka

    ReplyDelete
  4. anon 11:39 kaulah ahli neraka..jahil dan busuk hati

    ReplyDelete
  5. GBS=golongan bodoh semulajadi.Dia akan menentang apa saja yang baik,akan kekal sedemikian selamanya.Setelah Allah S.W.T tunjukkan secara nyata pun dia tetap akan sembahyang hajat minta Tuhan tunjukkan siapa yang benar.

    ReplyDelete
  6. PAS itu satu kecelakaan pada ISLAM

    ReplyDelete
  7. Hai Anon 11.39 AM Rasa2nya kamu mesti membesar tak banyak sikit dizaman pemerintahan Tun...Kamu tahu membaca dan menulis pun disebabkan kemudahan yg telah disediakan oleh kerajaan... Jadi, tak banyak sikit tu tolong hargai jasa2 Tun (walaupun Tun tak pinta). Jadilah manusia yg tahu bersyukur dgn nikmat / rahmat dari ALLAH.

    Adakah anda lebih baik/bagus/mulia dari TUN????? Jasa Tun ada org tetap kenang, sedangkan jasa anda hanyalah memaki hamun aje...

    ReplyDelete
  8. Komen anon 11:39 hanya menunjuk kebiadaban, kebangsatan, kekurangan ajar, keturunan hanyir, kebodohan dirinya. Semua pembaca yang cintakan Negara makikan dia dan berdoa agar Tuhan memberi dia petunjuk dengan sesuatu yang wajar - dapat membawa kesedaran kepada budak/orang yang menyamar sebagai anonymous 11:39 ini.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.