JOIN FACEBOOK DR MIM

Tuesday, November 20, 2012

ISU MURTAD : NIK AZIZ PERTIKAI KENYATAAN MUFTI MASJIDIL HARAM MEKAH??



Di bawah adalah laporan Utusan yang merujuk kepada sidang akhbar Nik Aziz baru-baru ini :
Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila UMNO buang Islam daripada dasar hidup dia, maka UMNO agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila UMNO tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"UMNO tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Ketika wartawan mengajukan soalan adakah beliau menjatuhkan hukuman murtad kepada UMNO berdasarkan pandangannya itu, berikut jawapan Nik Abdul Aziz:

"Tidak kira siapa pun, tidak kira tok guru sekalipun kalau murtad, murtadlah. Usahkan UMNO, tok guru berserban berjanggut kalau dia tolak Islam dia murtad walaupun tiada mufti beritahu, tiada hadis, tapi kalau ia tolak Islam dengan sengaja maka dia murtad.

Sementara itu, ketika ditanya adakah disebabkan UMNO sudah tidak mengamalkan Islam maka Pas mendoakan supaya parti itu ditimpa bala, beliau berkata:

"Kalau serangga pun kita bunuh. Macam nyamuk, pacat, serangga tapi kita racun kita bunuh. Ini menyebabkan akidah, akidah salah bila UMNO tolak Islam, takkan kita nak mulia."Utusan
Di bawah pula adalah laporan Antara Pos yang menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang sama dengan Utusan. Tajuk Antara Pos ialah 'PAS Dakwa UMNO Parti Murtad'.

Lihat video dibawah :


Di bawah pula adalah kenyataan di dalam Facebook Nik Aziz. Sila baca :


Yang peliknya, Utusan juga yang dijadikan mangsa walau pun media lain melaporkan perkara yang sama. Yang lebih peliknya, sejak bila 'UMNO buang Islam'?

Realitinya, Ulama Islam terbilang seperti Dr Yusuf Al-Qardawi sendiri mengakui usaha kerajaan BN membangunkan Islam di negara ini.


Begitu juga dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish turut menyatakan perkara yang sama.

Ketiga-tiga tokoh ulama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas turut memuji kerajaan BN Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Para ulama Arab Saudi itu juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

Nah....para ulama terkenal Arab Saudi sendiri mengiktiraf kerajaan yang diketuai oleh pemimpin UMNO. Sedarlah!

Dan kita jangan lupa tindakan kepimpinan PAS yang downgrade kan perjuangan mereka daripada 'negara Islam' ke 'negara kebajikan' padahal Islam itu lebih menyeluruh dan bukan sahaja melibatkan 'kebajikan' rakyat!


7 comments:

  1. Pok Nik lebih baik bertaubat sebelum terlambat.Tak pernah mengajak umat islam di Malaysia bersatu.Yg dia ajak puak PAS saja.Sebab tu doanya tak dimakbulkan.Doa pilih2.Ini doa nafsu.

    Lebih baik ambil cuti pergi ke Nizamuddin,India jumpa elders2 mintak nasihat.Hambo pasti mu menangis di Nizamuddin.

    Mu diberikan kesihatan utk memberi ilmu agama kpd umat nabi tapi malang.....mu fikirlah sendiri.Mu tak ada sifat sebagai orang alim.Mu gunakan ayat2 Allah utk bermusuhan dgn orang2 sesama islam.Mu ni banyak buat dosa drp pahala.

    ReplyDelete
  2. Ese dah cakap banyak kali dah, Dunia merujuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan disegani.

    Yang mengatakan Malaysia ini bukan negara Islam hanya dua iaitu Pas melalui pemimpinnya dan Karpal Singki.

    ReplyDelete
  3. Saman laaaa, samaaaan... dah 10 tahun daaah dengar benda sama. Utusan macam tu gak. Tak tergugat. Tau dah sapa menipu. Nik Aziz menipu rakyat tak mau bersara, blh bg komen?

    ReplyDelete
  4. SUNGGUHPUN NIK AZIZ NI "KATAK BAWAH TEMPURUNG" TAPI ILMU ISLAM NYA BERTARAF INTERNASIONAL, KALAH ULAMAK BESAR ISLAM YANG TERSOHOR DI DUNIA.
    YANG TERHANDAL, YANG TERPUJI, YANG TERHEBAT DAN YANG TERBERAMANAH JALAN KAN TUGAS MB TU ADALAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ SAHAJA.
    NO ONE ELSE. HE IS THE CHAMPION OF ALL..................TAPI Ayer dah karatttttt tak BOLIH buat ape dahhhhhhhhhhhh.

    ReplyDelete
  5. jasa UMNO dengan memberi kerja kepada ustaz2 pas lepasan azhaR & IPT yang laen iaitu "Guru j-QAF"...... ADAKAH UMNO TOLAK ISLAM? apa yang PAS buat untuk graduan pengajian Islam?

    ReplyDelete
  6. TU LAAA... LAIN KALI JGN LA TERLALU SOMBONG DAN ANGKUH MENGATA ORG LAIN JAHIL, KAFIR, MURTAD DLL. ADA ILMU KALAU TAK DIAMALKAN ROSAK IMAN KITA.
    GOLONGAN ULAMAK KALAU MEMPERSENDA ISLAM NERAKA JAHANAM TEMPATNYA.

    anak kecil

    ReplyDelete
  7. Diawal kenyataan dikatakan bhw UMNO tolak islam. Diakhir kenyataan dikatakan sesiapa juga yg tolak islam dgn sengaja maka dia murtad. Lalu kalau dihubungkaitkan 2 kenyataan itu jelas maksudnya ialah UMNO murtad.

    Apa yg Tuan Guru Nik Aziz tidak nyatakan ialah bahagian mana dalam islam yg ditolak oleh UMNO? Ingin sekali sy mendapatkan jawapan dr mulut Tuan Guru Nik Aziz sendiri, krn selama ini beliau hanya menyatakan UMNO tolak islam. Satu benda yg tidak dinyatakan, apa yg ditolak oleh UMNO?

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.