FACEBOOK DR MIM

LIVE ! GAZA UNDER SIEGE

Sunday, November 25, 2012

ISU NIK AZIZ PAS DENGAN SALUN & PENDANDAN RAMBUT


Nik Aziz dan kepimpinan PAS yang lain begitu cepat menjawab isu-isu tetapi peliknya, kenapakah isu yang dibangkitkasn oleh Karpal Singh ini tidak dijawab sehinmgga ke hari ini?

Takut?

Sila baca di bawah :

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru berhubung peraturan di Kelantan yang melarang pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki. 
“Saya terkejut Kelantan telah memutuskan untuk memperluaskan peraturan tersebut ke atas bukan Islam,” kata Karpal (kiri) dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang. 
Katanya, seringkali kerajaan negeri PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak membabitkan bukan Islam, sepertimana parti itu juga berkata bahawa hudud bukan untuk bukan Islam. 
Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ramai rakyat Malaysia bimbang hukum yang sama akan dikenakan di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan dan sama ada hudud juga akan membabitkan bukan Islam. 
“Keputusan ini, pada fikiran saya, adalah tidak mengikut perlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah, dan ia tidak boleh dikenakan kerana ia menyalahi undang-undang,” kata Karpal. 
“Majlis (tempatan) tidak harus mengumpul denda berdasarkan peraturan yang menyalahi undang-undang,” katanya. seterusnya

7 comments:

Anonymous said...

PM Tun Karpal dah bersuara.Tok Guru tengah nak susun ayat nk jawab.Jawapan paling mudah salah umno atau pun media putar belit.

Anonymous said...

TENGAH FIKIR HUKUM MANA NAK GUNAKAN,DOK JENUH MENYELONGKAR KITAB LAMA MANA TAU TERCATAT HUKUM TU DIDALAMNYA.

Tukang Komen said...

Nik Ajis and the gang mana berani ngan DAP. Keldai tetap keldai.

Anonymous said...

Nik Aziz bila dgr nama PM Karpal Singh.. Umpama tikus tgk kucing.. DAP ganti PAS..

zoRRo...

Anonymous said...

Anjing dap

Anonymous said...

hahahahahahahaha..ada berani ka???

Anonymous said...

hahahahaha..ada berani ka pok nik??

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.