FACEBOOK DR MIM

Wednesday, November 21, 2012

KM @mohd_ali_rustam DEDAHKAN KEPINCANGAN PAKATAN PEMBANGKANG!



Perbezaan pendapat tentang calon utama PM sesama pakatan haram pembangkang telah menimbulkan banyak keraguan tentang keutuhan pakatan tersebut.

Terdapat perwakilan PAS yang menolak Anwar Ibrahim secara terang-terangan dilihat sebagai menjatuhkan kredibiliti dan maruah ketua pembangkang itu. Sila baca :
MELAKA: Pertikaian Pakatan pembangkang berhubung jawatan Perdana Menteri jelas menunjukkan kepincangan dan perpecahan mereka kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata ini  membuktikan keadaan sebenar parti pembangkang yang berpecah belah dan tidak mampu mencapai kata sepakat dalam memilih pemimpin tertinggi mereka. 

'DAP mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan PAS mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan kecelaruan ini jelas menunjukkan ketidakmampuan mereka untuk mentadbir negara," katanya kepada pemberita di sinihari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian perwakilan Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Presiden PAS dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, namun ditolak DAP. 

Sementara itu, mengulas tindakan PAS mendoakan kehancuran Umno, Mohd Ali berkata parti tersebut telah hilang kewarasan dan tersasar daripada ajaran Islam. Katanya, parti itu dilihat rakus, tamak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat jawatan yang diidamkan. seterusnya

4 comments:

  1. majoriti islam pas hanya pada pakaian saje..hatinya penuh tamak dan khianat

    ReplyDelete
  2. YAB amik duit dari mana untuk belanja kawen anak baru-baru ni? Byk duit YAB????

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh...keh..keh... khalib berahim beli bas ½ juta, maintain 10k sebulan tanak tanya ka mana dia dpt duit????

      Delete
  3. yalah betul mana dia dapat duit, tapi itu salah dia pada allah . Yg salah pada manusia ni macamana. macam nik aziz ulama politik.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.