FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Tuesday, November 06, 2012

Pelik Tapi Benar! Portal Pro-Pembangkang Bongkar Krisis Dalaman Parti Pembangkang!



Rupa-rupanya parti DAP sedang bergolak besar dan mengalami krisis kepimpinan! Yang hairannya ialah berita pergolakan parti DAP itu disiarkan di dalam SorosKini MalaysiaKini, portal pro-pembangkang sendiri!

Hairan kerana portal pro-pembangkang itu seolah-olah melaga-lagakan di antara Naib Pengerusi DAP Selangor dan jwatankuasa DAP negeri itu.
Sila baca laporan MK yang disiarkan pada 5/11/12 :

Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim telah mendakwa beliau hanya dimaklumkan pada saat-saat akhir mengenai konvensyen tahunan parti itu, yang telah diadakan semalam. 
"Saya hanya menerima SMS (pemberitahuan) sehari sebelumnya. Saya tidak tahu apa yang dibuat oleh setiausaha penganjur (Lau Weng San) dengan tidak memberitahu (saya lebih awal)," katanya ketika dihubungi selepas peristiwa itu. 
Pada masa itu, katanya, sudah terlambat untuk membatalkan kehadiran beliau di dua majlis di kawasannya, termasuk satu di kawasan majoriti Melayu di mana PAS juga telah menghantar wakilnya. 
"Saya telah berjanji untuk hadir dan tidak boleh memungkiri janji saya," katanya.

Teng (kiri) juga mendakwa perkara itu juga berlaku kepada penolong setiausaha Ng Suee Lim dan oleh itu Ng tiba lewat untuk menghadiri konvensyen tersebut - MK
Laporan terbaru SorosKini MalaysiaKini pula merujuk kepada 'satu sumber dalam jawatankuasa DAP negeri' tanpa mendedahkan identiti pemberi maklumat tersebut! Sumber itu menafikan kenyataan Naib Pengerusi DAP negeri itu!
Ketidakhadiran Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim di konvensyen tahunan parti itu Ahad lalu tidak boleh diterima sama sekali, kata satu sumber dalam jawatankuasa DAP negeri. 
Menurut sumber itu, yang enggan namanya disiarkan, penjelasan Teng bahawa beliau hanya dimaklumkan pada saat-saat terakhir adalah tidak benar. 
Sumber itu mendakwa, dua pucuk surat telah dihantar kepada semua perwakilan - yang pertama dihantar pada 7 September supaya mereka boleh mengosongkan tarikh itu untuk menghadiri konvensyen tersebut.

Yang kedua, dakwanya lagi, adalah surat rasmi yang memetik perlembagaan parti, dan telah dihantar pada 24 Oktober, lebih seminggu sebelum konvensyen itu berlangsung. 
Di samping itu, sebagai naib pengerusi jawatankuasa DAP negeri, Teng (atas) dimasukkan ke dalam kumpulan e-mel jawatankuasa tersebut. 
Banyak e-mel telah di hantar berhubung kertas kerja dan laporan yang akan dibentangkan dalam konvensyen tersebut, jelas sumber itu lagi. 
"Walaupun tidak pernah membalasnya, beliau berada dalam kumpulan e-mel. Sudah pasti beliau tahu mengenai konvensyen negeri yang akan berlangsung," kata sumber itu. 
Beliau menegaskan bahawa Teng adalah satu-satunya ahli jawatankuasa itu yang tidak hadir.

"Adakah beliau begitu terasing daripada ahli-ahli yang lain sehingga beliau dia tidak tahu tentang konvensyen tersebut?" 
Sumber itu juga mendakwa Teng telah tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa negeri itu sejak Mei. 
"Mesyuarat diadakan sekali setiap enam minggu. Beliau tidak menghadiri sekurang-kurangnya tiga mesyuarat," dakwa sumber itu lagi - 6/11/12.
Kenapa portal pro-pembangkang itu sanggup mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan awal Naib Pengerusi DAP negeri itu?

Apakah ianya ada kena mengena dengan berita yang mengatakan bahawa Speaker DUN Selangor itu dijangka akan merebut kerusi Setiausaha Agung DAP daripada Lim Guan Eng?

Di antara laporan tentang pergolakan tersebut :
A few of those who are expected to challenge Lim Guan Eng for the Secretary General post include Teng Chang Khim, Speaker for Selangor State Assembly and also a party committee member.

It is no longer a secret that Teng Chang Khim would be among those who got the guts and balls to go against ‘the one way street’, against the tradition set by Lim and Karpal Singh about 30 years ago – that is not to challenge the party’s highest authority!  

Teng is said to be leading the group which is beginning to cast lots of doubt on Lim’s dynasty and other DAP higher leaders, especially after they took over Penang from BN in the 12th general election - The Mole
Apakah isu panas Naib Pengerusi DAP Selangor itu ada kena mengena dengan berita di atas?

Nampaknya, semakin hampir PRU13, semakin banyak pula krisis dalam Pakatan pembangkang! Rakyat sudah nampak segalanya itu.

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.