FACEBOOK DR MIM

Thursday, November 08, 2012

TERKINI ! ANWAR DIKAITKAN DENGAN KES RM445 JUTA


Mahkamah Rayuan Putrajaya meluluskan rayuan seorang ahli Perniagaan untuk meminda kenyataan bela dirinya dengan memasukkan pembabitan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang di sebalik urusan melibatkan RM445 juta bagi memperoleh Arus Murni Corporation Bhd (AMCB) milik Kewangan Bersatu Bhd (KBB). 

Panel tiga anggota yang terdiri daripada Hakim-hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Mohamad Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki juga meluluskan rayuan Low Thiam Hoe untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Mei tahun ini supaya beliau membayar RM28.6 juta kepada Hong Leong Finance Bhd.

Hakim Mohamed Apandi turut memerintahkan agar perbicaraan baru diadakan di hadapan hakim lain. Panel itu juga memerintahkan agar Low, 55, dibayar RM10,000 sebagai kos guaman.
    
"Kami sebulat suara mendapati hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila beliau tidak memberi kebenaran kepada Low meminda kenyataan bela dirinya.

"Kami berpendapat keengganan itu bererti menafikan haknya," kata Hakim Apandi. 

Panel itu semalam memerintahkan Low memfailkan kenyataan bela dirinya yang dipinda dalam tempoh tujuh hari bermula semalam dan memerintahkan agar perbicaraan baru dimulakan dengan secepat mungkin. Panel itu menetapkan 16 November sebagai tarikh pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 19 Mac tahun ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Low untuk meminda kenyataan bela dirinya dengan memasukkan pembabitan Anwar dalam tindakan saman berhubung pembayaran balik pinjaman tersindiket berjumlah RM445 juta.
    
Low memohon untuk memasukkan Anwar, yang ketika itu menyandang jawatan menteri kewangan kerana beliau merupakan orang di sebalik urusan bernilai RM445 juta untuk memperoleh Arus Murni Corporation Bhd, yang dimiliki Kewangan Bersatu Bhd, sebuah institusi kewangan ketika itu.
    
Pada 24 Mei tahun ini, hakim Mahkamah Tinggi Hadhariah Syed Ismail meluluskan tindakan saman Hong Leong selepas mengadakan perbicaran penuh dan memerintahkan Low membayar RM28.6 juta.
    --
Beliau juga memerintahkan Low membayar faedah empat peratus atas jumlah pinjaman itu berkuat kuasa tarikh penghakiman hingga selesai pembayarannya.

Pada 1998, Hong Leong Finance menyaman Low RM28.6 juta kerana gagal membayar balik satu pinjaman tersindiket.

Syarikat kewangan itu juga memfailkan satu lagi saman terhadap Mekuritek Sdn Bhd dan penjaminnya berjumlah RM28.6 juta.
    
Dua pinjaman itu serta tiga pinjaman lagi kesemunya berjumlah RM445 juta.
    
Hong Leong Finance mendakwa bahawa melalui satu perjanjian pinjaman bertarikh 24 Mac, 1997, enam pemberi pinjaman dan Hong Leong Finance sebagai ejen mereka, bersetuju menambah kemudahan pinjaman hingga mencapai RM30.16 juta kepada Low mengikut terma dan syarat tertentu.
    
Dalam keterangan sebelum ini, Low berkata beliau terlibat dengan perjanjian melibatkan RM445 juta itu apabila dua individu memberitahunya bahawa mereka adalah orang utama yang bertindak bagi pihak Anwar dan pengerusi eksekutif Hong Leong Finance Tan Sri Quek Leng Chan.

Bernama

8 comments:

  1. blog membodohkan melayu yg tentu dah bodoh!!!!

    ReplyDelete
  2. Buat apalah orang2 yang cerdik2 ini suka sangat masuk ke blog bodoh ni? Mungkin bodoh menyamar sebagai cerdik kot? hehehe

    ReplyDelete
  3. maie 1958 dgn sendir menunjukkan kebodohannya....wakaka

    ReplyDelete
  4. lihatlah betapa bodohnya maei1958...
    tak perlu nak ulas, anda nilaikan sendiri bila dia mngatakan blog mbodohkn melayu....ayatnya shj sudah menunjukkn kebodohannya.

    ReplyDelete
  5. Jangsn la marah maie 1958. Allah telah butakan matanys.. hatinya telah hitam dan jiwa yg rosak. Sama sama kita mohon pada tuhan sembuhkan penyakit kroniknya

    ReplyDelete
  6. maie 1958 nie kalau hidup zaman hg tuah tentu macam raja mendalir...hidup zaman komunis tentu tali barut kominis......hidup zaman nie tentu tali barut al......pikiq le

    ReplyDelete
  7. Orang cerdik macam Maei x akan masuk blog ni. Ha..haa..haaaa. Geli hati aku

    ReplyDelete
  8. Minta penjelasan org pandai-pandai apa itu pinjaman tersindiket ?

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.