Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, November 19, 2012

TRAGEDI SEMBAHYANG 2 IMAM BERULANG KEMBALI DEK 'FATWA MURTAD' NIK AZIZ??


Dr Hasan Ali mengkritik betapa sempitnya pemikiran mereka yang terlibat hingga sanggup melafazkan doa memohon dihancur musnahkan parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka. .BACA SINI

Dalam masa yang sama, tindakan Nik Aziz yang memberi gambaran UMNO merupakan sebuah parti yang murtad mengingatkan kita kepada Amanat Hadi Awang yang diucap sendiri oleh Presiden PAS itu di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan beliau itu telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS.

Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut :
Saudara-saudara sekelian percaya, 
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 
Percayalah saudara-saudara sekelaian, 
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Dek amanat tersebut, umat Islam yang terpengaruh dengannya telah mengkafirkan orang-orang UMNO. Perbuatan mengkafirkan orang Islam ini merupakan pendekatan yang telah digunakan oleh “KHAWARIJ” untuk mencari pengaruh. Kumpulan ini telah bertindak mengkafirkan para sahabat dan mereka yang bersama dengan sahabat.

Yang lebih menyayatkan hati ialah berlakulah suatu tragedi iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di Kampung Gong Pasir, besut, Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982 dan alor limbat, marang. (rujukan : berita harian 19 julai 1982)


Selepas itu berlakulah juga sembahyang dua jumaat dalam satu mukim masjid di 28 tempat lain berlarutan sehingga November 1999.

Pada tahun 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat tersebut sebagai bertentangan dengan Islam. Kebimbangan amanat tersebut memecah belah masyarakat Islam timbul lagi pada tahun 2001.


YANG MEMALUKAN ialah hari ini, kepimpinan Pas berpegang dan merujuk kepada perlembagaan Malaysia yang mereka hina satu ketika dulu apabila terperangkap dengan isu DAP yang tidak bersetuju dengan Hudud. Perlembagaan negara juga seolah-olah diperalatkan oleh Pas untuk menunjukkan 'keterbukaan' mereka!

"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul," kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP.

Dan sekarang, kita didendangkan dengan 'fatwa' yang mirip dengan Amanat Hadi Awang yang disahkan bertentangan dengan Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Doa melampau dan melabelkan Umno sebagai murtad merupakan 2 perkara yang dikhuatiri akan menghidupkan semula segala yang trajis dan menyedihkan hati umat Islam dek Amanat Hadi Awang.

MiM sangat risau dengan perkembangan terbaru ini tetapi dalam masa yang sama, MiM berharap agar kita rasional dan tidak akan terjebak sekali lagi.

Dalam masa yang sama, isu kenyataan kontroversi Nurul Izzah turut tenggelam tidak diperkatakan lagi oleh rakyat dek doa melampau dan kenyataan terbaru Nik Aziz. Anak Anwar Ibrahim itu patut berterima kasih kepada kepimpinan PAS.

Begitu juga dengan pendirian perwakilan Dewan Ulama Pas dan Muslimat Pas yang memilih Hadi Awang dan bukannya Anwar sebagai calon mereka. Yang ini pun tenggelam begitu sahaja walau pun impaknya boleh memalukan Anwar Ibrahim.

Apa pun, by the end of the day, pihak lain yang tergelak besar dek perpecahan umat Islam di negara ini!

2 comments:

  1. Tu bahayanya mereka yang beragama PAS!!
    Takdir Allah...Kelantan merdeka bersama negeri2 lain setelah perjanjian Thai dan Inggeris tahun 1907. Apakah kita lupa sejarah?
    Mampu Kelantan mengambil semula ufti bunga emas dr kerajaan Thai? Kerajaan Malaysia yg dipimpin UMNO tidak lupa saudaranya walaupun nakal. Tpi mampukah org Kelantan hidup di bawah Siam?? Ada peluang N Ajis berceramah?

    ReplyDelete
  2. Mohon komen Ikhlas tuan/puan adik abang,


    " Saya berdoa : Ya Allah. ..panjangkan umur Nik Ajis supaya dia boleh memaki hamun sepuas-puas nya siapa yang dia benchi"

    Boleh ka doa macham ini?

    Terika kaseh.

    -sbu ahmed

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.