Thursday, November 29, 2012
UCAPAN PERASMIAN PM @NajibRazak Di PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012
Foto ini diambil dalam Facebook PM DS Najib Tun Razak yang sedang meneliti ucapan perasmian beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebentar lagi.
Seperti tahun-tahun yang lepas, ucapan Najib Razak akan menarik minat kita semua, tidak kira kita penyokong BN atau pun Pakatan pembangkang.
Sudah tentu kita ingin tahu perkara-perkara yang bakal diketengahkan dalam ucapan beliau itu.
MiM menjangkakan beliau akan menyentuh kesiapsiagaan Barisan Nasional menghadapi PRU13 yang bakal menjelang dan perlunya jentera parti menyokong sepenuhnya calon-calon yang dipilih untuk PRU13 nanti.
Selain daripada itu,
1. Beliau menyentuh kepincangan dan kerapuhan ikatan sesama parti di dalam pakatan pembangkang.
2. Beliau juga memperkatakan tentang prestasi dan 'report book' pemerintahan BN di bawah beliau dengan memberi contoh-contoh program yang mesra dan menyentuh hati rakyat.
MiM berpendapat bahawa 2 faktor di atas mungkin akan disentuh untuk memudahkan rakyat menilai sendiri sebelum memangkah kertas undi di PRU13 nanti.
Selain daripada itu, MiM menjangkakan Najib Razak akan menangkis beberapa tohmahan dan propaganda yang didendangkan oleh pihak lawan selama ini.
Najib Razak mungkin akan membuat kejutan dengan memperkenalkan beberapa insentif untuk kesejahteraan rakyat.
Dan apakah benar desas-desus dan khabar angin tentang beberapa pemimpin besar pakatan pembangkang yang akan masuk dalam UMNO seperti yang diperkatakan oleh media alternatif pro-pembangkang?
Segala yang MiM perkatakan di atas hanyalah jangkaan MiM sahaja. Kita perlu mengikuti ucapan beliau untuk mengetahui intipati aspirasi dan hala tuju beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi MiM sangat pasti bahawa intipati ucapan Presiden UMNO :
1. Tidak akan mendoakan kehancuran Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang.
2. Tidak akan menyokong kesejahteraan dan keselamatan negara Israel.
3. Tidak akan bersetuju dengan kebebasan beragama, liberalisme dan pluralisme.
4. Tidak akan mengadu hal ehwal negara dan sistem demokrasi negara kepada negara asing.
Apa pun, kita ikutilah ucapan beliau sebentar lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.
-
Baru-baru ini, cara kepimpinan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin...
-
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan desakan Lim Guan Eng yang mahu beliau menarik balik gesaan terh...
-
Kali ini Lim Guan Eng is making a fool of himself dengan tweet beliau di bawah ! Tweet Guan Eng DAP :
-
Inilah video bekas mahasiswa spesis Pakatan Pembangkang yang bongkak dan hilang pertimbangan fikiran kurniaan Allah SWT.
-
Artikel dari blog AAKJ.blogspot.com : Sultan Johor Memberi Amaran – DAP & Troopers Jangan Cuba Menghina Perintah Baginda
-
Gambar di bawah di ambil di Kompleks PAS Kedah! Malah, terdapat upacara simbolik kafir menyalakan api dengan menggunakan lighter dan lilin k...
-
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pili...
-
Artikel menarik MyMassa tentang perubahan strategi Pakatan Pembangkang! Sila baca :


3 comments:
Karang la apa yg patut. Fikirkan nasib anak kaum kerabat kita akan datang. Kaum kerabat kita mana ada kerja kerani, askar, cikgu, pegawai rendah kerajaan negeri atau persekutuan. So kena fikir la kalau kuasa kita hari ni yg lip lap2 ni akan gelap, mana la kerabat aku nk cekau duit utk hidup. Syarikat pun dh tak dpt projek..so takkan pengarah nak melengung. Nak masuk tender tak brapa nk reti isi BQ. Sekarang ni takpa la..Bapak dpt projek anak beranak jd ALP, jd manager, bini kat atas tukang cari projek buta. Baca pengakuan Deepak aku naik geli dgn seruan itu ini yg akan didendangkan nanti dlm ucapan. Tak percaya nganga la depan TV tu.
Buruk sangka dan hati busok
hati kalau dah hitam pekat, tengok pm tengah tulis ucapan pun sakit hati, belum lagi pm baca ucapan tu...mau nya keluar nanah busuk di hidung, telinga, mata...
Post a Comment