JOIN FACEBOOK DR MIM

Saturday, December 29, 2012

BLOGGERS PEMBANGKANG KANTOI LAGI! KALI INI ISU KELAB MALAM DI SHAH ALAM!

MiM merujuk kepada entri blogger otai pro-pembangkang daripada Pulau Pinang yang menuduh blogger pro-UMNO
'kantoi' isu Kelab Malam yang beroperasi secara haram di Shah Alam, Selangor.

Di antara entrinya. Sila baca printscreen blogger itu di bawah :


Selain daripada itu, blogger pro-pembangkang itu juga cuba memperlekehkan pendedahan blogger pro-UMNO :
Itulah... lain kali buat research dulu sikit kalau nak jadikannya sebagai itu.. ini tidak, main serbu membabi buta saja... kan nampak bangang..

MiM tidak faham dengan tujuan blogger pro-pembangkang itu yang dilihat cuba menafikan isu sebenar yang berlaku di Shah Alam.

Memang benar premis itu adalah premis kafeteria tetapi pemilik premis tersebut telah menyalahgunakan lesen tersebut untuk menyediakan aktiviti hiburan dan pertunjukkan floor show seperti Kelab Malam!


Dan MiM merujuk kepada laporan MyStar yang mengatakam kafeteria itu telah dijadikan Kelab Malam haram.


Dan jika tanpa keprihatinan bloggers pro-UMNO, Kelab Malam haram itu mungkin akan terus beroperasi.

Tidak kiralah bloggers manakah yang 'nampak bangang' sekarang tetapi syukurlah dengan pendedahan itu, YB Khalid Samad dapat masuk campur dan menyelesaikan isu ini sebelum ianya terlambat. Itu yang penting.

Sila baca laporan di bawah :
SHAH ALAM: Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sehingga menimbulkan kontroversi sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.

Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Jumaat.

Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam yang secara tidak langsung menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedangkan diketahui bandaraya itu tidak dibenarkan mewujudkan pusat hiburan seperti kelab malam.

Khalid berkata, ia bukannya kelab malam pertama yang dibenarkan di Shah Alam sebaliknya sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram sejak 12 Disember lalu.

Jelasnya, MBSA masih belum bertindak untuk menghentikan operasi premis itu kerana bimbang terdapat komplikasi daripada segi undang-undang.

"Saya lihat isu ini sebagai bahan politik. Saya minta MBSA memahami bahawa ia bukan sekadar undang-undang tetapi ada implikasi politik.

"MBSA sepatutnya bertindak tegas supaya tidak jadi bahan fitnah oleh pihak tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu masih beroperasi dan bukannya mengarahkan premis itu ditutup dan disita serta merampas peralatan serta minuman keras mereka.

"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya..

"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Khalid bagaimanapun mengakui bahawa Setia Alam di sini merupakan kawasan perbandaran yang berbeza dengan Shah Alam di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam.

"Kalau mereka ingin membuka satu tempat hiburan, maka sepatutnya MBSA mendapatkan maklum balas awam untuk mendengar pandangan penduduk sama ada operasi kelab malam dibolehkan ataupun tidak," katanya. - MStar

15 comments:

  1. Kahkahkah.....blogger pembangkang kantoi malu!! Bangang!!

    ReplyDelete
  2. acap kali dh baca blog pembngkng...tp semua nya spin belaka..kmi x bodoh mcm lu la whai bloger pembngkang.kmi lg tau dan byk kmi dpat info.....moloooo

    ReplyDelete
  3. Yb n mbsa sama2 buta n buat2 pekak...ada masyukkkk la tu...lagi pakatan haram nk spinnnn....sepenggal je la...yg kaki bidek dlm mbsa stand by cri keja lain tahun depan...

    ReplyDelete
  4. KOMEN SAYA,

    Itulah... lain kali buat research dulu sikit kalau nak jadikannya sebagai itu.. ini tidak, main serbu membabi buta saja... kan nampak bangang..

    COPY AND PASTE AYAT BLOGGER TU DAN PULANGKAN BALIK KAT DIA. Kelab malam haram tu jelas guna lesen kafe.

    ReplyDelete
  5. Terbaek Doc...???Doc bangang lagu ni pun hang kata terbaik???memang dah rosak penganut umno bangang nii,,,

    ReplyDelete
  6. totok PAS dan lembu DAPigs ni memang bodoh , mmg betul tempat ada lesen kafetaria , tapi kafeteria ada ke persembahan pentas macam tu , itu mmg dah sebijik kelab malam !!!

    dan mmg sah penyalahgunaan lesen .. malah nama kelab malam tu dan cara dipromosi mmg untuk hiburan pun

    ReplyDelete
  7. BODOHNYA BLOGGER PAKATAN. SENANG2 JE KENA TIPU. WAKIL RAKYAT KORANG SENDIRI YANG SAHKAN.

    TU LAA, KALAU BODOH SEJAK AZALI TU, JANGAN TUDUH ORG LAIN BODOH. KAN DAH KANTOI DIPERBODOHKAN OLEH PEMILIK 'KAFETERIA' TUUUUUUU,..

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  8. Kalid samad, tangan kanan kau nak jaga cina dap , tangan kiri kau nak Jaga pkr lgbt, pakai kopiah putih nak jaga hati pas, lantak kau la kalid samad, dalam kubur sendiri2.

    ReplyDelete
  9. Dalam hal ini tak perlu kita saling menyalahkan antara satu sama lain.
    Minta MiM komen sikit pasal Kelab Malam Awie di Ipoh.

    ReplyDelete
  10. jom mengeteh dr kat sana

    ReplyDelete
  11. Kahkahkah.....anony 3:29 dah meroyan!! Kahkahkah....

    ReplyDelete
  12. setakat ni pada penilaian aku belum ada stupun, aku ulangi SATUpun blog2 pencacai pembangkang yg bagus. semuanya kaki spin, kaki fitnah dan kaki kutuk. yg haru biru ke, yg kononnya berunsur agama ke, semua sama. sebab itu mereka tak kisah dipanggil BANGANG sebab mereka sedar mereka memang bangang...

    ReplyDelete
  13. Wah..bukan setakat kelab malam tapi kelab malam haram menyamar jadi kafe?

    Puak-puak PR ni memang suka kena tipu ye?

    ReplyDelete
  14. kenapa kelab malam ada kt malaysia ya?

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.