Friday, December 28, 2012
DAP SIARKAN VIDEO KONTROVERSI VERSI PENUH!!
Sebelum ini, ramai pemimpin pembangkang dan para media pro-pembangkang yang sering menyindir program pro-BN yang turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian dan juga cabutan bertuah.
Tanpa menyedari sindiran mereka akan tertempelak ke muka sendiri, mereka mendakwa tujuan cabutan bertuah supaya program BN tidak lengang dan sebagainya.
Tetapi mereka terpaksa menjilat kembali ludah yang terpalik ke muka apabila mereka turut mengadakan program cabutan bertuah. Sungguh memualkan.
Yang terbaru ialah konsert parti DAP sempena Tahun Baru 2013 yang akan diadakan pada 31hb Disember ini, jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
Untuk menarik lebih ramai lagi penyertaan orang ramai, DAP turut mengadakan cabutan bertuah dan pemenang berpeluang makan tengahari dengan pemimpin tertinggi DAP!
Dan selain Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan berucap pada malam 31hb Disember itu.
MiiM difahamkan bahawa klips versi penuh video murahan ciptaan DAP yang tiada faedah langsung kepada rakyat Malaysia akan dilancarkan. Ramai yang telah menyindir parti DAP itu kerana menciplak lagu penyanyi daripada Kprea Selatan semata-mata untuk cepat popular, satu tindakan yang amat memalukan.
Bagaimana pun, sikap mengambil kredit daripada usaha orang lain itu bukan sesuatu yang asing kepada parti DAP. Kita pun tahu ada pemimpin utama mereka yang menumpang usaha kerajaan BN tetapi mereka tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan BN.
Inilah sikap biadap kepimpinan DAP selain daripada memalukan kesemua calon Melayu yang gagal semasa pemilihan CEC DAP dan juga tindakan mereka melanggar fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang kalimah 'Allah'.
Yang malangnya juga, video murahan DAP bertajuk 'Ubah Rocket Style' menggunakan 4 bahasa yang berbeza dan versi Mandarin dikatakan diubah lebih
Kita tidak terkejut dengan propaganda rasis dan cauvinis parti DAP itu tetapi MiM ingin tahu versi terbaru video murahan itu.
Apakah video murahan itu akan membuang sedutan mengenai pihak polis yang secara tidak langsung telah memalukan Nurul Izzah? Baca sini : KLIK SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.
-
Baru-baru ini, cara kepimpinan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin...
-
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan desakan Lim Guan Eng yang mahu beliau menarik balik gesaan terh...
-
Kali ini Lim Guan Eng is making a fool of himself dengan tweet beliau di bawah ! Tweet Guan Eng DAP :
-
Inilah video bekas mahasiswa spesis Pakatan Pembangkang yang bongkak dan hilang pertimbangan fikiran kurniaan Allah SWT.
-
Artikel dari blog AAKJ.blogspot.com : Sultan Johor Memberi Amaran – DAP & Troopers Jangan Cuba Menghina Perintah Baginda
-
Gambar di bawah di ambil di Kompleks PAS Kedah! Malah, terdapat upacara simbolik kafir menyalakan api dengan menggunakan lighter dan lilin k...
-
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pili...
-
Artikel menarik MyMassa tentang perubahan strategi Pakatan Pembangkang! Sila baca :


No comments:
Post a Comment