JOIN FACEBOOK DR MIM

Sunday, December 30, 2012

HOT! WARTAWAN AKHBAR CINA DIBELASAH TERUK!!


Semasa perasmian Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang, Lim Guan Eng DAP berkata :
Saya yakin dan percaya dengan wujudnya PPS ini, pasti akan dapat membantu kita dalam mencapai status negeri yang paling selamat untuk dilawati di negara ini.
Yang amat memalukan ialah berita terbaru tentang seorang wartawan Guan Ming Daily yang dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai anggota PPS yang 'diyakini dan dipercayai' oleh anak Lim Kit Siang itu.

Di antara laporan tersebut :
Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina terpaksa menghadapi detik mencemaskan apabila dia dibelasah empat lelaki, dipercayai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini, awal pagi tadi.

Ang Kean Siang, 32 dari Guan Ming Daily juga mendakwa dia diugut dan kameranya dirosakkan oleh lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kerana mengambil gambar kejadian seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan.

Kean Siang berkata, dia bergegas ke pangsapuri berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu  kira-kira jam 1.20 pagi.

Menurutnya, ketika dia mengambil gambar mangsa di tempat kejadian, tiba-tiba datang seorang lelaki memarahinya dan mengarahkan dia beredar dari tempat kejadian.


Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Kean Siang berkata, dia meninggalkan tempat berkenaan namun seorang lagi lelaki bermotosikal meghampirinya dan menawarkan untuk membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

Beliau bersetuju dan membonceng motosikal berkenaan.Bagaimanapun, lelaki berkenaan membawanya ke kawasan kontena yang dijadikan pos kawalan PPS bagi kawasan Lorong Perak dan meninggalkanya di situ.

"Selepas ditinggalkan di depan pos kawalan PPS berkenaan, datang lelaki yang memarahi saya tadi yang dikenali sebagai Ah Chai bersama tiga lagi lelaki lain. Mereka terus  memukul dan mengugut saya.

"Mereka juga merampas kamera dan menghempas ke lantai sehingga menyebabkan kamera saya rosak,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pagi tadi.

Kean Siang berkata, empat lelaki berkenaan bertindak memukulnya bertubi-tubi di bahagian muka, badan dan salah seorang daripadanya bertindak menendang kemaluanya.seterusnya
Lim Guan Eng disarankan supaya menjawab dakwaan wartawan tersebut tentang penglibatan anggota PPS dengan kadar segera supaya tidak menjejaskan imej pasukan itu.

Dan jika benar, ianya sudah pasti akan menambah malu kerajaan negeri yang ditadbir oleh Lim Guan Eng DAP.

Dalam masa yang sama, MiM sarankan juga agar anak Kit Siang DAP itu juga menjawab tentang pembohongan portal rasmi DAP tentang tanah perkuburan orang Islam. BACA SINI

Beranikah?


p/s : Atau dapat offer kerja dengan cocky dan arrogant seperti seorang wartawan lagi yang dipukul di Padang Kota Lama dulu?

2 comments:

  1. biasa laaa....

    komrad komunis mau ada kaki pukul dia sendiri...

    pps tu kaki pukul father guan engg laaa...

    tapi pps cuma berani dgn anak cina sajaa...

    dgn anak melayu depa tak berani usikk...

    usikk kali...satu apartmen kene bakarr..

    hahahha....

    ReplyDelete
  2. Tentera Di Raja perlu membantu Polis & Malaysia bagi menghapuskan Samseng2 komunis..

    bebaskan negara dari kongsi gelap & along..

    haramklan komi=unis

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.