Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, December 03, 2012

ANWAR TUDUH TUN MAHATHIR ARAH GULINGKAN PM @NajibRazak !!


MiM tidak terkejut dengan dakwaan terbaru Anwar brahim yang dilihat cuba melaga-lagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan DS Najib Razak.

Ketua pembangkang itu mendakwa bahawa Tun M telah mengarahkan pemimpin-pemimpin UMNO negeri supaya menangguhkan rancangan mereka untuk membunuh karrier politik dan menggulingkan Najib. Ianya ditangguhkan sehingga selepas Pilihanraya Umum 13 berlangsung.

Itulah kenyataan bapa Nurul Izzah yang hanya berdasarkan kepada 'knew for a fact'. Apakah Anwar sudah kekeringan modal politik?

Tetapi MiM percaya bahawa hanya segelintir sahaja yang percaya kepada kenyataan Anwar Ibrahim itu memandangkan beliau telah beberapa kali berbohong kepada rakyat.

Analisis strategi 'melaga-lagakan' Najib Razak dan Tun Mahathir itu dilihat sebagai kekhuatiran Anwar yang amat sangat terhadap pengaruh Tun Mahathir dan penerimaan rakyat kepada kepimpinan Najib Razak.

Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan (kecuali pengikut taksub pembangkang) bahawa pandangan negarawan ini masih relevan. Ianya juga tetap menjadi salah satu kayu pengukur kepada pertimbangan kebanyakan rakyat untuk mengundi sesebuah parti politik.

PRU12 menjadi contoh betapa pengaruh Tun Mahathir turut mencorakkan keputusan pilihanraya.


Jika dibandingkan PRU12 dengan suasana politik hari ini yang menggabungkan 2 pemimpin negara yang di antara paling berpengaruh sekarang ini, ganding bahu di antara Najib Razak dan Tun Mahathir sudah tentu menjadi 'igauan yang sangat ngeri' terutamanya kepada Anwar Ibrahim.

Dan untuk menambah luka kekhuatiran Anwar itu ialah satu perkara yang perlu MiM kongsi bersama anda sekalian. Tun M memang pernah berjumpa dengan delegasi-delegasi UMNO negeri di Perdana Leader Foundation, Putrajaya.

Akan tetapi, ianya tidak ada kena mengena dengan 'menggulingkan Najib Razak'.

Malah, di dalam perjumpaan tersebut, Tun M menyatakan pendirian beliau untuk menyokong kepimpinan Najib Razak! Negarawan itu juga menekankan betapa pentingnya kesatuan dan menjauhi anasir mensabotaj parti.

Yang menariknya ialah feedback yang diterima dari delegasi-delegasi tersebut yang menerima sepenuhnya saranan dan pendirian negarawan tersebut.

Satu lagi perkara ialah tuduhan Anwar itu adalah supaya rakyat tidak 'melupakan' beliau setelah Perhimpunan Agung UMNO 2012 baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat yang positif sesama rakyat.

MAKANYA, apabila kita membaca laporan di bawah, kita semua tentu akan terasa betapa desperado dan khuatirnya Anwar Ibrahim berdepan dengan Barisan Nasional di PRU13 kelak.

Anggaplah laporan di bawah sebagai sinopsis drama yang tak laku tetapi cuba dijual juga dengan apa cara sekali pun!

Ini laporannya...
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad is asking Umno state leaders to postpone their plan to kill off Prime Minister Najib Tun Razak until after the general election, according to Anwar Ibrahim. 
The opposition leader said he “knew for a fact” that Mahathir had been asking state leaders to lend their support to Umno and Barisan Nasional while suggesting that they could “topple the leader after the election." 
“This message has gone to almost all state leaders. I think that is why because of this fear, Najib feels that his personal position is rather insecure,” he told a press conference here ...... FMT
MUNGKIN Anwar juga sudah merasai bahang kekalahan dalam pilihanraya nanti apabila kemantapan Najib Razak menerajui kerajaan turut dipuji oleh Karpal Singh DAP!


Di antara kenyataan itu :
Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat memuji sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sedang cuba sehabis terbaik untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.

Menurutnya, kesungguhan Najib itu dilihat daripada usaha kerap turun padang untuk mendekati rakyat dalam proses transformasi yang diperkenalkannya.

"Beliau dilihat bekerja keras untuk mendapatkan mandat rakyat namun segalanya bergantung sama ada beliau mencapai sasaran beliau atau tidak. Semuanya akan terbukti pada keputusan pilihan raya kelak.

"Beliau juga dilihat begitu komited bagi menjayakan program transformasinya sehingga melepasi kemampuan sendiri. Beliau bekerja keras untuk dapat semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional(BN)," katanya kepada media. seterusnya
Malah, kenyataan Tun Mahathir ini telah menafikan dakwaan Anwar itu : BACA SINI

8 comments:

  1. ha....ha, bila dihalusi ucapan si nuar tu....macam orang frust aja....wkkkkk.

    ReplyDelete
  2. kahkahkah.....Anuwar dah panas takut panik!! Kahkahkah...

    ReplyDelete
  3. Salam Doc.. Sudilah kiranya blog teman nie dilinkkan ke blog Doc.. http://kamuntingcentral.blogspot.com/ TQ Doc..

    ReplyDelete
  4. Salam Perkenalan dari KLPOS News Media : www.klpos.com

    Blog anda sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

    Di harap dapat berkongsi maklumat bersama kami.

    Mohon jasa baik anda agar turut memberi ruang kepada KLPOS disenaraikan menerusi senarai blog pilihan di blog anda.

    Sekian. Jutaan Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Drama sebegini amat mudah dibaca. Ambik pelakon baru bernama deepak. Kasi kat dia skrip untuk dihafal. Suruh dia ambik mood dan tuturkan segala-galanya di hadapan media mereka sebegini. Kemudian sebarkan khabar angin bahawa ada individu yang terlibat di belakang deepak semata-mata untuk menjatuhkan najib. Kemudian disebarkan pula kisah dongeng pasal konspirasi untuk menyingkirkan najib dari kerusi pm. Drama murahan sebegini amat mudah diteka jalan ceritanya. Pengarah drama yang takde kelas ni amat-amat kita kenali. Begitu juga dengan penulis skripnya yang sering mengambil idea lapuk yang takde kualiti dan takde nilai jika dijual sekalipun.

    ReplyDelete
  6. Anwar Al-Liwati Al-Juburi cakap lagu tu??.....Muahahaha....gabra tahap gaban dah ni....dengan pencacai tegar P'Gay'R, DAPpigs dan PAS-pis-pus boleh lah dia chong habis-habisan. Depa tu apa Al-Juburi cakap, habis dia orang telan bulat-bulat, tak ada censor dah....muahahaha.....

    ReplyDelete
  7. KALAU dah bapak penipu n kaki fitnah,menyelam ditujuh lubuk pun tetap x berubah.Bijak gunakan kebolehan berceramah,burubg terbang pun boleh berhenti,inikan pulak penyokong yg taksub!

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.