Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, December 24, 2012

MELAMPAU! TUNDUK HORMAT KEPADA SULTAN MELAYU IBARAT HAMBA ABDI!!


MiM merujuk kepada satu rencana di dalam Free MalaysiaKini. Isunya adalah mengenai pergolakan dalam DAP mengenai penganugerahan pingat kebesaran.

Yang paling memeranjatkan ialah pendedahan yang mendakwa :
'pemimpin DAP pernah menyatakan, perbuatan menunduk hormat semasa dikalungkan darjat kebesaran itu adalah satu perbuatan menghina konsep Malaysian Malaysia yang digunapakai DAP sejak sekian lama.  

Menurutnya lagi, hanya hamba abdi sahaja yang menunduk untuk diberikan sesuatu.Justeru, suka atau tidak, DAP perlu menghormati kehendak ini '
Realitinya, kita mahu tahu siapakah 'pemimpin DAP' yang dimaksudkan oleh penulis rencana itu.

Jika benar, nama individu itu mesti didedahkan kerana rakyat tidak mahu pemimpin politik yang biadap dan kurang ajar seperti yang dinyatakan. Rakyat mahu tahu jawapan dan pendirian parti DAP tentang kebiadapan rakan politik mereka itu.

Walau pun jawapannya tidak akan mengubah persepsi rakyat terhadap parti DAP yang dilabelkan sebagai rasis dan cauvinis, parti DAP wajar melakukan sesuatu terhadap pendedahan penulis tersebut yang disiarkan oleh Free MalaysiaKini (FMK)

Apakah mereka berani untuk menyaman penulis dan FMK kerana dakwaan itu sangat berat dan menambahmalukan mereka?

Tanpa sebarang tindakan, maka dakwaan yang diperkatakan oleh penulis itu adalah benar sama seperti kenyataan terbaru Tunku Aziz baru-baru ini!

MiM tidak menuduh tetapi inginkan jawapannya dan MiM yakin anda semua juga mahukan jawapannya.

Anda baca di bawah :
WALAUPUN tidak tertulis dalam perlembagaan DAP, amalan yang telah dimulakan sejak awal 90-an ini memang menjadi garis panduan jelas kepada semua pemimpin parti tersebut untuk menolak sebarang penganugerahan pingat kebesaran yang membawa gelaran tertentu dari raja-raja Melayu.

Justeru, tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Khang Chim menerima darjah kebesaran ini pada 2009 dan 2010 adalah satu pelanggaran yang nyata kepada polisi tersebut walaupun penulis difahamkan penganugerahan tersebut adalah atas cadangan kerajaan negeri masing-masing.

Teng dan Ngeh boleh sahaja menolak penganugerahan tersebut kerana sebagai pemimpin DAP, mereka tahu bahawa mereka terikat dengan polisi parti seperti yang penulis sebutkan di atas, tapi bila mereka berdegil untuk menerimanya juga, maka tidak salahlah untuk DAP mengambil tindakan tegas ke atas mereka berdua.

Maka itu, cadangan Pengerusi DAP yang baru dilantik semula, Karpal Singh untuk menghadapkan kedua pemimpin tersebut ke Jawatankuasa Disiplin parti itu memang tepat pada masanya.

Walaupun agak terlewat, tapi penulis rasa ia perlu dilakukan sekarang bagi memelihara intergriti parti dan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan parti tersebut sejak sekian lama.

Perkara ini penting kerana masyarakat bukan Islam yang menjadi penyokong kuat DAP selama ini tidak mahu parti tersebut dikaitkan dengan apa-apa darjah kebesaran di negara ini kerana kita tahu ia  diwujudkan sebagai lambang pengiktirafan kepada konsep ketuanan Melayu yang dipelopori oleh UMNO.

Seorang pemimpin DAP pernah menyatakan kepada penulis, perbuatan menunduk hormat semasa dikalungkan darjah kebesaran itu adalah satu perbuatan menghina konsep Malaysian Malaysia yang digunapakai DAP sejak sekian lama.  

Menurutnya lagi, hanya hamba abdi sahaja yang menunduk untuk diberikan sesuatu.Justeru, suka atau tidak, DAP perlu menghormati kehendak ini dan penulis melihat, tidak ada tindakan lain yang mampu memuaskan hati penyokong parti tersebut selain menyingkirkan kedua pemimpin ini jika mereka masih enggan memulangkan semula darjah kebesaran tersebut. seterusnya
Anda baca juga artikel kontroversi yang tidak mungkin akan disiarkan dalam media pembangkang : KLIK SINI

10 comments:

  1. Betul lah tu.. kita kan hamba ALLAH. Manuasia hanya tunduk sujud kepada sang pencipta sahaja iaitu ALLAH bukan sesama manusia.

    ReplyDelete
  2. Memang jelas bangsa asing dalam dap ini anti Melayu Islam dan raja2 Melayu.Sudah terang lagi bersuluh.

    ReplyDelete
  3. yg aku heran apsal sultan bagi anugerah dato kat diorang dulu

    cibai punya pr

    ReplyDelete
  4. Pasport yg korang guna pegi sana sini tu pun
    Atas kuasa agong maka dpt lak korang bebas berjaln kemana saja
    Klau tak bleh nak hormat agong atau sultan lebih baik buang kerakyataan malaysia dan berambus.....
    Jgn nak tunjuk kurang ajar klau nk duduk dlm malaysia.


    ReplyDelete
  5. Bangangnya si anony 6:25 penjilat DAPigs!

    Bukannya suruh tunduk sujud la....bangang la lu.

    Lu mesti pencacai celaka Ah Beng barua celaka...

    ReplyDelete
  6. anon 6.25
    ko bodoh sgt pesal xreti beza tunduk ngn sujud..??

    ReplyDelete
  7. Kalau menurut Anony 6.25, mcammana pemimpin politik PAS? Apa pula alasan mereka utk menyokong tindakan DAP pada masa yang sama membolehkan tindakan pemimpin politik mereka yg bergelaran?

    ReplyDelete
  8. anon 6.25 tu cina DAP menyamar melayu, satu puak dengan bos dia ceramah kat melayu pakai ayat quran.

    ReplyDelete
  9. APEDA PUNYA BANGANG MAMAT PR KAT ATAS TU

    TUNDUK HORMAT DENGAN TUNDUK RUKUK/SUJUD TAK RETI NAK BEZAKAN KE?

    KALAU HANG TAK RETI NAK HORMAT, BAIK HANG BERAMBUS DARI NEGARA INI. BANGANG!

    ReplyDelete
  10. Balik tionkok China atau Singapork la - p test Power - kalau duk sini hormat undang undang sini la ... We have to respect the law otherwise chaos .... Do we want that?

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.