
MiM sangat bersetuju dengan pandangan di bawah mengenai tindakan segerombolan pencacai pembangkang yang menjaja moto A.B.U bertujuan untuk menimbulkan 'kebencian' kepada parti UMNO.
Tetapi MiM difahamkan bahawa A.B.U sudah mula diketepikan dek kerana modus operandi 'membenci' yang tidak disenangi oleh rakyat termasuk penyokong-penyokong parti pembangkang sendiri.
Mereka mengatakan bahawa apakah pihak yang melaung-laungkan A.B.U itu sudah cukup sumbangan bakti mereka kepada rakyat selama ini, jauh lebih banyak daripada parti UMNO?
Jika tidak, lebih baik pihak itu jangan gunakan kaedah 'membenci' tetapi sebaliknya buktikan kepada rakyat bahawa mereka lebih baik dari segi usaha dan sumbangan mereka.
Bagi MiM, cadangan di atas mengundang kesulitan kerana penggerak A.B.U memang tiada sumbangan yang signifikan selama ini kepada rakyat!
Asal benci UMNO, Asal bukan UMNO… kalau masih guna strategi sama, apa terjadi kalau rakyat tidak lagi membenci UMNO?Dan dek kerana program A.B.U. parti pembangkang semakin merudum dan tidak dapat sambutan malah memalukan jawatankuasa A.B.U itu sendiri, MiM menerima laporan bahawa telah wujud gerakan baru menambah malukan jawatankuasa tersebut!
Kita tidak boleh menjalin hubungan dengan rakyat berdasarkan kebencian. Perkahwinan berdasarkan kebencian tidak akan kekal lama. Asas kepada perkahwinan yang kekal dan berpanjangan adalah berasaskan cinta.
Kalau pengundi tak cinta kepada kamu dan kalau mereka bersama kerana benci pihak yang satu lagi dan apabila perasaan benci mereka sudah tiada, tiada ada apa-apa lagi untuk kamu. Itu sahaja.
Ia asas yang rapuh. Pembangkang tidak mahu mendengar.
Di Pulau Pinang mereka berbalah, DAP lawan DAP, di Perak DAP lawan DAP, di Selangor PKR lawan PKR, Pas lawan Pas. Di Johor PKR lawan DAP, mereka bukan berlawan dengan BN tetapi berlawan sesama sendiri.
Anda rasa pengundi akan suka dan cinta kepada kamu. Malah pengundi beritahu saya bahawa mereka akan kembali kepada BN dan lupakan Pakatan - MM
Foto di bawah sudah mula diedar-edarkan di dalam blogs dan Facebooks untuk counter balik strategi pembangkang:
Realitinya, konsep kebencian yang ditanam oleh parti pembangkang pasti gagal untuk menarik sokongan rakyat!



