PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, January 08, 2012

VIDEO : Kenyataan Dr Hasan Ali Tentang Pemecatan Oleh Hadi Awang.


video
Video : kenyataan Dr Hasan Ali

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, beliau amat terkejut dengan tindakan drastik jawatankuasa Pas pusat yang memecatnya sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta merta hari ini.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata, beliau berasa sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan pemecatan itu.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.

"Saya akan memanggil sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily, hari ini berkata keputusan memecat Hasan dibuat pada mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti. — BERNAMA

Kenyataan Rasmi Hadi Awang Tentang Dr Hasan Ali!

‎KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Kenyataan rasmi Hadi Awang tersebut telah membebaskan Dr Hasan Ali daripada segala wayang kulit kepimpinan tertinggi PAS selama ini. Yang jelas ialah parti PAS akan bergolak lebih teruk lagi selepas ini.

Dalam masa yang sama, kenyataan Hadi Awang itu telah mengesahkan ketidak relevanan Pemuda PAS Pusat.

MiM berkata demikian kerana sebelum ini Pemuda PAS Pusat telah menegur Azmin Ali supaya tidak masuk campur di dalam hal ehwal parti tersebut. Kesian!

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED