PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, January 15, 2012

Siswa Mahu Bom Helikopter Najib, Menangis Kena Tahan Polis!!


Semalam MiM menyiarkan satu berita tentang seorang siswa civil engineering USM yang menulis satu perkara yang bodoh di dalam Facebook beliau. Baca Sini

Yang terbaru ialah siswa keldai tersebut telah ditahan oleh pihak polis dek kegatalan tangan siswa itu yang mahu bom helikopter Najib.


Inilah salah seorang daripada siswa yang tidak mengenang budi dan terlupa dengan jasa Najib Razak, Perdana Menteri kita.

Auuww ... Bapok Popular Hina Tun M ....


MiM tidak pasti sama ada lelaki yang satu ketika dulu sangat popular tetapi sudah sampai senja karier beliau itu seorang bapok atau berlakon bapok.

Tapi mulut lelaki itu memang amat kurang ajar.
Baca twitter si biadap itu di bawah :


MiM difahamkan bahawa twitter tersebut ditujukan kepada Tun M yang menyindir Azmin Ali yang telah kurang ajar dengan berkata 'kepala otak kau' Tun M! BACA SINI

Apa Nak Jadi? Ada Lagi Pihak Mahu Undang-undang Liwat Dihapuskan!

Di bawah adalah temuramah Media perdana dengan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) PROF. MADYA DR. SHAMRAHAYU ABDUL AZIZ, tentang kes liwat Anwar Ibrahim.

Di antaranya :

UM : Kenyataan Majlis Peguam bahawa undang-undang liwat ini adalah lapuk dan perlu dihapuskan. Bagaimana Dr. melihat perkara ini?

SHAMRAHAYU: Ini satu lagi kenyataan yang saya tidak gemar. Sebagai badan yang secara umumnya adalah sebahagian daripada peneraju kepada kelangsungan sistem perundangan negara, saya tidak tahu mengapa kenyataan tersebut perlu dibuat oleh Majlis Peguam. Ada agenda lain ke?

Pada pengamatan saya, ramai ahli Majlis Peguam yang aktif dalam program Seksualiti Merdeka. Adakah kenyataan ini ada kaitan dengan Seksualiti Merdeka? Saya tidak tahu, tetapi ia nampak seolah-olah wujud kaitan.

Suka saya sebut bahawa, Majlis Peguam mempunyai pengaruh tersendiri - dengan bidang kerjayanya yang profesional dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Peguam adalah profesion kelas tinggi.

Masyarakat sudah tentu memandang tinggi dan percaya kepada kerjaya ini. Bila begitu, badan ini sudah tentu mampu menarik perhatian masyarakat dengan kenyataan-kenyataannya. Sekiranya kenyataan sebegini disebarluas, ia sudah tentu boleh menarik masyarakat untuk mempercayainya dan bersetuju dengan idea tersebut.

Pada saya kenyataan sebegini mengajak masyarakat untuk tidak menghormati undang-undang. Ini berbahaya kepada sistem perundangan kita. Majlis Peguam seharusnya mengajak masyarakat untuk menghormati undang-undang, bukan mengajak masyarakat menidakkan undang-undang yang masih kekal di dalam buku secara jelas dan nyata.

Dari segi lain, pandangan mengenai status undang-undang sebagai lapuk dan perlu dihapuskan adalah pandangan di bawah perjuangan hak asasi Majlis Peguam. Saya tidak boleh menerima pandangan ini. Selagi masyarakat berpegang kepada agama, kelakuan sebegini dan jenayah ini tidak lapuk. Bercakaplah kita dari segi agama mana sekalipun.

Tidak ada agama yang benar membenarkan perbuatan ini. Ia sangat jelas. Tetapi sekiranya kita bercakap mengenai amalan dan hak asasi yang disandarkan kepada amalan sekularisme, humanisme dan liberalisme, itu yang membuat Majlis Peguam menyatakan ia adalah undang-undang lapuk dan perlu dihapuskan.

Saya tidak fikir majoriti masyarakat kita setuju. Majoriti kita, saya masih lagi berpegang kepada prinsip moral dan agama -yang memberi kita nilai. Bukan hak asasi sebegini. Hak asasi dalam sistem itu bukan sahaja meminggir, tetapi menafikan agama serta moral. Manusia dalam sistem ini hidup tanpa tujuan lain, kecuali mengikut kehendak hati yang tiada nur keimanan.

Hati-hati yang sakit. Inilah yang dibawa dalam pengucapan undang-undang lapuk dan perlu dihapuskan itu. Ia bukan saja berkait dengan Islam sebagai agama negara, tetapi ia juga berkait dengan nilai moral dalam budaya dan agama lain juga.

Saya perlu tegaskan bahawa, sekiranya undang-undang itu lapuk, kita bahas di Parlimen. Parlimen yang berhak untuk menghapus sesuatu undang-undang sekiranya dipersetujui. Parlimen mewakili majoriti.

UM : Malangnya Majlis Peguam pula seolah-olah bias dan terlalu 'melindungi' Anwar. Tidakkah ini menunjukkan ia bersikap prejudis terhadap pihak seperti Saiful yang juga mahu menuntut keadilan bagi pihaknya?

SHAMRAHAYU: Majlis Peguam seharusnya menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak. Barulah konsep asal tugas peguam untuk membantu mahkamah mencapai keputusan yang adil kepada kedua-dua belah pihak itu boleh dibanggakan. Bukan mendesak mana-mana pihak untuk memberi keadilan kepada sebelah pihak sahaja. Saya juga terfikir tentang elemen prejudis itu - UM.

TOLONG SIASAT!! Siswa Universiti Mahu Bom Helikopter Najib!!!


Rupa-rupanya ada seorang lagi siswa keldai yang cuba tunjuk pandai dengan menulis sesuatu yang bodoh di dalam FB beliau! baca sini


Siswa bernama Janartana V Chandra itu menulis : "najib is coming to our campus.....Lets bomb his helicopter."

Jika merujuk FB, beliau ialah siswa civil engineering USM.

Walau apa pun niat siswa tersebut, MiM berharap agar pihak polis dapat menyiasat perkara ini. Biar dia tahu tinggi rendah langit ini.

Lagipun, keceluparan siswa tersebut patut dibendung.

MiM juga berharap agar pihak universiti dapat menyiasat budak hingusan ini.

Memang betul negara ini mengamalkan freedom of speech tetapi janganlah sampai mahu bomb atau bunuh orang.

Tapi jika tengok foto budak itu, MiM pasti budak ini akan teriak menangis bila di interrogate oleh pihak polis. Padan muka!

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED