CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, January 22, 2012

MELAMPAU! Mata Menteri Besar Perak DiToreh!


MiM dapat cerita ini daripada rakan blogger Cucu Tok Selampit. Isunya tentang sikap bangsat sesetengah penyokong politik yang merosakkan banner DS Zambry dan isteri di Ipoh baru-baru ini.
Tidak habis-habis perasaan busuk hati dan dengki beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir.

Selepas insiden membakar poster wajah Menteri Besar di Kampung Masjid Tinggi, dekat Bagan Serai dan simbah cat merah pada papan tanda dewan orang ramai Kampung Changkat Ibol, unsur sabotaj membabitkan pemimpin nombor satu negeri Perak itu kini menular pula ke bandaraya Ipoh. seterusnya




Lihatlah kebiadapan mereka yang merosakkan banner Menteri Besar Perak.

Analisis - Betulkah Melayu Kamal Ashnawi Punyai Harta 20 Trilion (20,000,000,000,000) ?

MiM tertarik dengan satu laporan berita tentang seorang Melayu bernama Kamal Ashnawi yang mengaku sebagai individu pertama di dunia bergelar 'trillionaire' iaitu 1,000,000,000,000 atau pun 1,000 bilion!

Beliau mendakwa mempunyai wang simpanan lebih daripada 5 trilion Euro atau bersamaan dengan RM20 trilion. Apabila MiM kaji dengan lebih lanjut, Kamal Ashnawi adalah pemilik Sierra Petrolium yang didakwa terlibat dalam carigali dan infrastruktur petrolium.

Di dalam web rasmi syarikat tersebut, pelaburan mereka mencecah US1.5 trilion! Lihat di bawah :



Pada tahun 2005, Sierra Petrolium telah menarik perhatian ramai pihak apabila muncul di Malaysia dan Thailand dengan pelbagai perancangan bertemakan petrolium yang mencecah ratusan juta ringgit.

Perancangan termasuk Refinery Hub Centre di Kedah yang didakwa boleh menapis 100,000 tong sehari dengan perbelanjaan US866 juta.

Manakala paip akan dibina daripada Hub Centre itu ke Laut Andaman Thailand dimana minyak mentah digali. Kos projek piping itu pula bernilai US1.3 bilion.

Manakala total kos 160km Trans-Southern-Thailand (TST) projek pula bernilai US2.4 bilion.

Tetapi apakah yang terjadi selepas tahun 2005?

Refinery Hub Centre hanya tinggal kenangan. Kenapa? Adakah ianya ada kena mengena dengan politik ketika itu?




Di antara laporan berita itu::
Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi - UM

VIP Mat Salleh 'Seks Suka Sama Suka' Yang Seirama Dengan Anwar Ibrahim...

Jika merujuk kepada artikel terbaru dalam blog Anwar Ibrahim, salah seorang yang paling awal menyibukkan diri mempertikaikan keputusan membawa kes liwat Anwar ke Mahkamah Rayuan ialah Phil Robertson, Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW).


Apabila dilihat kembali profail Mat Salleh ini, terdapat kemusykilan besar terutamanya sokongan padu beliau mengenai kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT).

Diantara pendedahan AIDC :
“Keputusan (rayuan) ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangkan kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap satu kes yang sepatutnya bukan kes jenayah” kata Phil Robertson Timbalan Pengarah HRW Asia seperti dilaporkan FMT

Kenapa HRW menganggap dakwaan liwat Anwar bukan satu kes jenayah ?

Seks Suka Sama Suka Bukan Jenayah

Sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan terhadap kes liwat II itu, Robertson telah menjalankan satu missionari berkempen menggugurkan kes Anwar.

“Revoke Law Banning Same-Sex Sexual Relations, Drop Case against Ex-Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim” atau “Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim” yang dikempen oleh HRW banyak disambut oleh gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) seperti di pinknews dan gaystarnews.


Menurut Robertson, HRW, tindakan mengenakan pendakwaan ke atas Anwar melanggar privasi peribadinya kerana ia dilakukan secara suka sama suka.

Robertson berkata, “undang-undang yang menghukum perlakuan seksual secara suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.

“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan berlakunya penyalahgunaan kuasa”,
Ayat `pencerobohan hak privasi` yang diperkatakan oleh mat salleh berfikiran liberal itu sebenarnya turut dimainkan oleh Anwar Ibrahim!

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," katanya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam baru-baru ini. Baca Sini

MiM tidak percaya 'percerobohan hak privasi' mat salleh liberal dan 'merobek privasi orang' Anwar Ibrahim hanya satu kebetulan terutamanya kedua-dua bercakap tentang seks songsang?

Lebih-lebih lagi kedua-duanya juga bercakap tentang 'undang-undang lapuk' yang menghukum perlakuan seks songsang di negara ini?

Tidakkah kita sedar persamaan ini?

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED