
Sebelum ini MiM telah menulis artikel tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong negara Israel. Diantaranya :

Baca seterusnya : KLIK SINI
Kenyataan Ketua Pemuda PAS adalah respons politik berkias dan behind the bushes tetapi kita semua tahu sebab kenyataan di bawah!


Kenyataan Ketua Pemuda PAS itu menjawab isu Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel walau pun tidak secara tak langsung.
Dan perkara ini mesti diumumkan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS yang selama ini mengagung-agungkan Anwar Ibrahim.
Tetapi apakah suara Pemuda PAS akan dilayan di dalam kepimpinan PAS atau sekadar 'buat kerja kotor' untuk kepimpinan PAS?
MiM berkata demikian kerana kepimpinan PAS tidak dapat menegur Anwar Ibrahim dek kepentingan politik mereka. Tetapi isu Israel yang diketengahkan perlu diperkatakan oleh kepimpinan PAS.
Jika tidak, PAS akan kehilangan lebih ramai ahli dan penyokong yang kecewa dengan sikap diam diri pemimpin mereka.
Maka, Pemuda PAS dijolok untuk memberikan keterangan dengan harapan ahli dan penyokong mereka mendapat persepsi bahawa seluruh kepimpinan PAS seirama dengan Pemuda PAS tanpa merosakkan hubungan dengan Anwar Ibrahim! Benarkah?
Inikah politik PAS yang mahu disokong lagi oleh ahli dan penyokong PAS?




